Percutian Farah ke Medan, Indonesia 2015 | Part IV - Menyusuri Pulau Samosir & Pulau Tomok

12:30


Assalamualaikum..
Percutian Farah ke Medan, Indonesia 2015 | Part IV - Menyusuri Pulau Samosir & Pulau Tomok -Mari kita sambung citer kat Medan lagi yer..Okey selepas settle urusan check out di International Cottage Danau Toba, kami semua dibawa ke jeti untuk menaiki bot ke Pulau Samosir dan Pulau Tomok..jeti tue tak jauh pun dari hotel yang kami stay.. kat bawah hotel jer..kami dah charted siap-siap bot untuk ke sana.. senang sikit tak payah nak berebut-rebut dengan orang lain sebab dengarnya kalau kita naik bot awam kita kena follow jadual perjalanan depa.. tak silap Farah jadual perjalanan bot awam sejam sekali kot.. kalau terlepas terpaksa la kena tunggu..

So disebabkan kami nak jimat masa, charted jer senang.. satu bot IDR500ribu atau bersamaan RM12 sahaja seorang..walaupun harga sedikit mahal kalau nak compare dengan bot awam yang cuma IDR8ribu atau bersamaan RM2 seorang , tapi bagi Farah lebih berbaloi sebab bot yang tunggu kita bukan kita tunggu bot..ho..ho..ho.. 

[CLICK)


Okey apa yang best di Pulau Samosir & Pulau Tomok nie????Bagi yang belum tahu.. dekat Pulau Samosir nie terdapat satu perkampungan penduduk berketurunan batak iaitu Ambarita yang terkenal dengan lagendanya tersendiri..manakala di Pulau Tomok terdapat Makam besar seperti Makam Raja Sidabutar dan keluarganya, Museum Batak, Patung Sigale-Gale dan Patung Gajah, tapi sayangnya sewaktu di Pulau Tomok kami tak sempat pun nak tengok semua tue.. sebab kami dok sibuk shopping jer..hahaha..


Pemandangan indah di Danau Toba

Ini la dia bot kami.. semua berebut-rebut nak dok kat atas..yer la kalau dok atas kan view dia of coz lagi menarik..nasib baik muat untuk semua orang kat atas tue.. kalau tak sapa yang kena pi dok kat bawah????.. Farah haruslah tak!!! hahaha..

Hah nampak tak?? Subhanallah cantik sangatttttt...sekali pandang memang tak nampak macam tasik pun..dah serupa lautan kan.. luas sangat..airnya sangat jernih dan bersih.. sampai kita boleh nampak la ikan dok berenang-renang kat dalam tasik tue..kagum!! 

Perjalanan menyusuri tasik danau toba nie untuk ke Pulau Samosir mengambil masa lebih kurang 45 minit.. sepanjang perjalananan ke sana mata kita akan dijamu dengan pemandangan indah ciptaan Allah..rasa tenang dan damai sangat ketika itu..rasa back to nature..dulu masa jiwa muda lagi tempat-tempat macam nie memang tak kena langsung dengan jiwa.. tapi sejak2 dah sedar diri semakin tua, kalau nak pergi bercuti  mesti nak pergi ke tempat-tempat yg back to nature jer..huhuhu.. 

Mula tue risau jugak nak dok kat atas nie.. risau Emir nanti tak boleh dok diam.. tapi lega Emir behave sangat.. maybe dok mamai tak habis lagi kot.. bangun awal sangat kan.. bangun tido terus jenjalan.. bertabah jer lah Emir yer.. hehehe

nampak tak Emir dok mamai lagi nie.. mata pun kuyu jer.. hahaha


Hahhhhh...kena angin sepoi-sepoi bahasa semakin terpejam la jadinya..wakakaka..


My cinta-cinta hati.. 


Bebey lion nie dia memang tak lepas...pi mana pun kena bawa.. nak mengentil jer..huhuhu


Sampai sudah di Perkampungan Ambarita.. kat sini kami dibawa melawat ke Rumah perkampungan orang batak, stone chair dan tempat orang penggal kepala..kawasan nie tak besar sangat.. tapi dijaga rapi..kawasan sekitar pun bersih jer..

Rumah orang batak... sorry tak dapat nak story lelebih tentang Rumah orang batak nie sebab masa tour guide kami dok sibuk bercerita..Farah dah hubs dok sibuk main aci ligan dengan Emir.. sebab Emir dok ligan ayam orang batak.. sampai ke belakang rumah dikejar ayam tue.. Adoiii Emir 'perak' tak biasa tengok ayam kot...huhuhu..





Design rumah kaum batak nie lebih kurang sama jer macam design rumah minang..FYI, rumah orang batak nie ada 3 bahagian dimana di bahagian atas sekali digunakan untuk menyimpan barang..tingkat 2 adalah untuk dihuni dan bahagian bawah sekali untuk binatang ternakan seperti ayam dan kerbau pendek..hehehe.. 

Di bahagian dinding rumah mereka jugak terdapat ukiran seperti patung cicak dan payudara. Mengikut kepercayaan mereka, ukiran cicak sebagai lambang penjaga/pelindung rumah manakala ukiran payudara sebagai lambang kesuburan.

Ini pula rumah ketua kampung..dekat depan rumah ketua kampung nie la terletaknya stone chair atau mahkamah tempat perbicaraan pesalah. mengikut tour guide kami lagi ..pesalah akan dikurung di bawah rumah ketua kampung sebelum dia dibicarakan.. 

Di sini semua akan bermesyuarat tentang hukuman yang bakal diberi kepada pesalah.. biasanya kes jenayah seperti membunuh dan merogal akan dijatuhkan hukuman pancung kepala..kemudian selepas dipancung mereka akan makan pulak daging si mati tue.. ishhhh gerun kan...

tapi itu dulu lah..sebelum agama kristian bertapak kat sini.. sekarang orang batak tak makan orang lagi dah..hehehe

Di sini lah tempat pesalah itu dipancung..tapi sebelum kena pancung bomoh akan tengok dulu tarikh dan masa yang sesuai untuk pancung mereka.. menarik jugak cerita yang tour guide kami kongsikan.. banyak benda diambil kira sebelum nak pancung.. bukan senang-senang pancung macam tue jer tau..

Tak berani nak dekat.. serammmmm..


Mana la tahu kan ada roh-roh yang dok cari kepala dia ke..huhuhu..mistik sangat..hahaha


Nasib baik Emir tak mengigau malam.. hehehe


Dekat Pulau Somosir nie jugak ada banyak deretan kedai tau.. nampak tak kat belakang Farah tue.. tapi harga barang-barang kat sini sedikit mahal.. Pak Regar suggest kami shopping di Pulau Tomok lagi sebab kat sana lebih murah pada sini.. so kami just cuci mata jer la kat sini.. tapi dalam dok tengok-tengok jer tue terbeli jugak la sehelai sweater danau toba untuk Emir..Farah dapat tawar separuh harga.. so ok la kan..hehehe..

Sorry gambar kat Pulau Tomok tak dak la..sebab semua dok sibuk shopping....hehehe..ini pun gambar sumber dari google..Farah nak tunjuk jugak pada u all suasana kat sini..kedai-kedai kat sini lagi banyak and harga pun jauh lebih murah berbanding di Pulau Samosir..kita boleh tawar sehingga separuh daripada harga yang mereka jual..banyak jugak lah rupiah kami melayang kat sini..ngeeeee


Dalam perjalanan balik kami dihiburkan oleh anak-anak kaum batak..boleh tahan sedap jugak suara mereka..Farah ada ambik video masa mereka menyanyi..kalau u all nak tengok boleh tengok kat instagram Farah okey.. 


Akhirnya, selamat kembali ke Parapat.. Next destinasi..bersambung lagi na...Bye!


Love,
Farah

[Entri Berkaitan -CLICK LINK]

You Might Also Like

22 comments

  1. lama tak nampak emir, rindu aunty... bila nak mai sini jumpa aunty lagi ni... ha ha ha...bukan baca pasal travel, dok ralit kak hang ni tengok emir... besaq dah...dah boleh tambah adik dah tu Farah oiii....

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah akak.. tgh dok usaha la nie..hehehe

      Padam
  2. Assalamualaikum kak farah. bestnya. lawa betul danau toba ni..

    BalasPadam
  3. seronoknya farah..mesti banyak tempat best untuk dilawati kan

    BalasPadam
  4. seronoknya dapat pergi negara orang :)

    BalasPadam
  5. naik bot mhl berbaloi tkpe kn..cantik view dr ats bot tu

    BalasPadam
  6. kat medan rumah nye bumbung besar and tinggi2 belaka... huhu

    BalasPadam
  7. Memang sangat cantik pemandangannya... sejuk jak mata memandang

    BalasPadam
  8. kerusi tu mmg warna hijau atau diliputi lumut, farah?

    BalasPadam
  9. Bestnya..cntik btul medan..

    BalasPadam
  10. Mcm syok ja. Farah naik flight dr mana. Ms akk pi bandung hr tu idr 1 juta = rm290. Kira farah dapat murah lagi la

    BalasPadam
    Balasan
    1. Farah naik dari Penang akak..a'a murah jugak la masa tukar 1juta=287.50.. hehehe

      Padam
  11. dah sampai Medan..ni yg buat sis JM pun rasa nak jejak ke sana nih

    BalasPadam
  12. seronok nyer !!!
    teringin nyer nak gi jugak...

    BalasPadam
  13. dah lame tak melancong...cantiknye tasik danau toba, tempat orang batak memang seramla even siang huhu...

    BalasPadam
  14. Assalam farah,
    haaaaaaaaaaa
    masa kat sini la hubby iols kena 'tarik' dek minah2 indon menega tuuuuuu
    ooohoooooiiiiiiiiiiii serik dah hokeyh he3

    BalasPadam
  15. Assalam farah,
    tumpang koemn lagi yer he3
    hat perkampungan tu iols skip
    macam farah kata tu la
    takuit la kang anak iols ngigau ka kena kaco ka
    kan ker bebudak he3

    BalasPadam
  16. Hari tu aida tak sempat nak pergi dua-dua pulau ni sbb masa suntuk sangat!tapi cantik lah pulau samosir tu..banyak ukiran sejarah kan..

    BalasPadam
  17. saya pernah terbaca dekat blog kaki travel pasal ni
    dia pun kata ada unsur mistik
    yelah kan, banyak sangat mangsa korban dekat situ
    apapun suka gambar farah snap! cantiknya!

    BalasPadam
  18. Seram pulak bace sejarah tempat hukuman tu..nak pulak dorg mkn daging kwn dorg kan..

    BalasPadam
  19. cerite org batak tu memang gerun.. meremang bulu roma tau..

    BalasPadam

Google+ Followers

Like me on Facebook

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping
|||| Click Banner For Details ||||