Percutian Farah ke Medan, Indonesia 2015 | Part 5 - Panorama Indah Air Terjun Si Piso-Piso & Menunggang Kuda di Berastagi

09:51


Assalamualaikum..
Percutian Farah ke Medan, Indonesia 2015 | Part 5 - Panorama Indah Air Terjun Si Piso-Piso & Menunggang Kuda di Berastagi | - Selepas selesai melawat ke Perkampungan Orang Batak kami singgah makan tengahari dulu di area Parapat..part makan-makan di Medan nanti Farah buat satu entri khas okey..sebab gambar semua sikit-sikit jer.. so kita gabungkan sekali, senang sikit kan.. 

Selepas makan tengahari kami meneruskan perjalanan lagi..hari nie kami akan ke Berastagi.. tapi semasa dalam perjalanan ke Berastagi kami akan stop sebentar di Desa Tongging untuk menikmati panorama indah Air Terjun Si Piso-Piso..

Info ~ Air Terjun Si Piso-Piso adalah yang tertinggi sekali di Indonesia dengan berketinggian kira-kira 120meter. Ia terbentuk daripada sungai bawah tanah yang mengalir melalui sebuah gua di sisi kawah Danau Toba. Nama Sipiso-piso berasal dari piso yang bererti pisau. Airnya yang deras mengalir turun dari ketinggian ini memang kelihatan seperti berbilah-bilah pisau yang tajam.. jadi sebab itulah penduduk setempat menyebutnya sebagai 'piso' dari Tanah Karo...=D

Perjalanan nak sampai ke sini..aduhaiiii jauh ya amat...kita akan melalui kawasan yg berbukit bukau...jalan dah la sempit..so bertabah jer la sementara nak sampai..nasib baik pak regar cekap memandu..risau jugak buatnya dapat driver yang kurang pengalaman memandu, boleh terjun gaung dibuatnya..hahahah

Lebih kurang 3 jam perjalanan akhirnya kami selamat sampai di Desa Tongging dimana terletaknya Air Terjun Si Piso-Piso nie..sewaktu kaki Farah melangkah turun dari kenderaan, suasana terasa dingin sangat.. mungkin lokasinya yang terletak di atas puncak kot.. Walaupun cuacanya sejuk, tetapi Farah tetap jugak tak mahu melepaskan peluang menikmati keindahan Air Terjun Si Piso-Piso nie.. memang betul gelaran yang diberi.. jika dilihat dari jauh air terjun nie memang kelihatan seperti berbilah-bilah pisau..


Mengikut info dari Pak Regar, kita jugak boleh turun ke bawah kalau nak tengok air terjun nie dengan lebih dekat.. tapi kalau nak turun ke bawah akan mengambil masa lebih kurang 1 jam! Fuh! kalau nak turun tue tak dak masalah lagi bagi Farah.. tapi Farah dok pikir time nak panjat naik nanti berapa lama pulak masa yg akan diambil?? mau 5-6 jam kot.. pitam!

So maybe next time la yer.. sekarang masih tak cukup stamina lagi nak turun kat bawah tuh! agagaga..

Tapi tetap jugak nak membayangkan view kat bawah macam mana..kalau dari atas sini pun dah kelihatan cantik..kat bawah confirm lagi cantik lah kan..ishhh mesti best kalau dapat mandi sekali kat bawah tue.. heee


Kalau Farah datang berdua jer dengan hubs boleh la kot nak try adventure sikit.. tapi main datang dengan budak tecik manjer nie memang tak lah kan.. so layan jer la keindahan tempat nie dari atas...

My adik and My mom..=D

Speechless!.. memang cantik sangat-sangat... gayat pun yer jugak masa nie..


Dari ketinggian ini kami dapat dengar dengan jelas bunyi air terjun yang mengalir deras kat belakang tue.. merduuuuu jer bunyinya.. dengan cuacanya sejuk sampai ke tulang hitam.. memang rasa macam nak dok lama-lama jer kat sini.. tapi what to do.. kami terpaksa mengejar masa nak ke Berastagi pulak.. dah la tadi kami terpaksa skip untuk singgah makan goreng pisang panas-panas di Simarjarunjung..melepas nak merasa goreng pisang dan kopi dia yang meletops dengarnya tue..huhuhu.. 

Sebelum bergerak ke Berastagi sempat tengok Danau Toba buat sekian kalinya...Ya Allah cantik sangat ciptaan Mu Ya Allah...moga ada rezeki kami datang ke sini lagi nanti..

Kemudian, lebih kurang pukul 6.30 ptg kami selamat sampai di Berastagi.. Ya Ampun kat atas nie lagi lah sejuk.. mengigil-gigil tau.. FYI, Berastagi nie lebih kurang sama macam dekat Cameron Highlands..nak shopping buah-buahan or pokok bunga kat sinilah tempatnya...tapi memandangkan kami sampai kat sini pun dah lewat so tak sempat nak tinjau pasar buah or pokok bunga dah...

So kami just layan naik kuda jer kat sini.. nak naik kuda cuma perlu bayar IDR50ribu atau lebih kurang RM14 untuk satu pusingan..ok lah layan jer la.. bukan selalu pun.. Farah pun naik tapi tak sempat dok lama atas kuda tue dah mintak nak turun.. gayat kot plus geli pun yer..hahaha..


Adik-adik Farah pun tak nak lepaskan peluang.. berani betul depa kan..Farah jer penakut..puiii..hahaha


Emir and Papa..

See! Emir pun tak takut.. hehehe.. tak nangis pun dia.. seronok la dapat naik kuda yer..



Selesai naik kuda kami singgah dekat satu warung nie pekena jagung bakar dan teh tarik.. Perghhhh memang sedap gila! Farah paling suka teh tarik dia..sempat jeling tengok susu apa yang mereka guna..agagaga... Di Berastagi, tak banyak aktiviti dapat kami buat memandangkan kami sampai kat sini pun dah lewat.. sebab tue la Farah kata kalau nak ke Medan better stay 4 or 5 hari.. baru puas nak menjelajah..Ermmm nampak gayanya macam kena repeat datang balik nanti..heheheh

Next kami bertolak pulak ke Medan dan bermalam di hotel yang sangat awesome!... next entri Farah share okey...Bye!


Love,
Farah


[Entri Berkaitan -CLICK LINK]

You Might Also Like

14 comments

  1. Bestnya..mmh wishlist akk pun teringin nk g medan.sbb nk tgk sndiri danau toba

    BalasPadam
  2. bestnya tengok pemandangan kat situ farah...mesti banyak pengalaman² best kat sana kan

    BalasPadam
  3. cantiknya view..:)

    klik iklan farah..:)

    BalasPadam
  4. Syok dapat naik kuda. Wah sedap nampak jagung tu. Terliur weyh.

    BalasPadam
  5. wah..bestnya bercuti di negara orang...

    BalasPadam
  6. Assalam farah,
    iols pi dolu pun tak kose nak turun bawah nun he3
    kat berastagi tu memang iols suka jagung dia
    ayor tebu ja iols tak berani minum
    my hubby & my mom minum kata soodaaappp he3

    BalasPadam
  7. tgk laluan nk trn ke bwh tu mcm sempit...kalu reramai yg trn mmg 5 jam laa nk naik semula ;-)

    BalasPadam
  8. Terkesima melihat lautan terbentang luas danau toba...i suka jalan penceritaan farah ni...dah rasa mcm julia plak pi medan...seronokkkkk emir, wish i can be there soon...oh my terrific!

    BalasPadam
  9. cantik dan indah ciptaanNYA,kan..

    BalasPadam
  10. Air terjun tu pun aida tak sempat pergi sebab kalut sangat nak shopping..aduyaii..heheh..tapi memang cantik!kalau kat Berastagi kalau tak naik kuda memang tak sah kan..sebab diorang bagi naik sendiri..hehee

    BalasPadam
  11. gambo air terjun tu cantiklah farah!
    suka tengok!
    emir, wah! sonok naik kuda ye

    BalasPadam
  12. Lahaiii..awat mama takut nk naik kuda tu..emir pun berani..hihi..cantik la fara air terjun tu..tp klu nk turun dh sejam nk wat cmne kan..takut ms abis kt ctu je..tmbh plak ade emir..xleh la..xpe nnt emir dh bsr blh je bwk turun skali..

    BalasPadam
  13. fifi terus google image air terjun tu.. hahaha.. sebab nak tengok pemandangan dari bawah.. awat fara tak turun.. hehe.. tapi kalau fifi pon.. fikir 3 4 kali nak turun..

    BalasPadam

Google+ Followers

Like me on Facebook

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping
|||| Click Banner For Details ||||