Percutian Farah ke Medan, Indonesia 2015 | Part 6 - Bermalam di 5-Star Hotel~The Grand Aston City Hall Medan Hotel and Serviced Residences

13:09


Assalamualaikum..
Percutian Farah ke Medan, Indonesia 2015 | Part 6 - Bermalam di 5-Star Hotel~The Grand Aston City Hall Medan Hotel and Serviced Residences - Lebih kurang 2 jam perjalanan dari Berastagi kami akhirnya selamat sampai di Medan City...Hotel yang menjadi pilihan Farah di sini adalah The Grand Aston City Hall..hotel nie bertaraf 5-star tau..tapi jangan terkejut rate semalam macam 3-star hotel jer! seriusssss.. 

[Click]
Percutian Farah ke Medan, Indonesia 2015 | Part 5 - Panorama Indah Air Terjun Si Piso-Piso & Menunggang Kuda di Berastagi

Harga semalam untuk Deluxe Room cuma RM226.65nett sahaja termasuk breakfast for two..murah tak?? Murah la oiiiii...mana nak dapat rate begini untuk 5-star hotel...kat Medan jer kita boleh merasa dok hotel 5bintangggg! kelasss...agagaga

Okey mesti ada yang nak tahu macamne Farah boleh dapat rate yg murah macam tue kan..meh la nak share..tipsnya adalahhhhh....sila buat booking through website mereka and pastikan u all klik button "BOOK DIRECT' untuk enjoy 15% diskaun daripada harga bilik sebenar...=D

Now meh kita layan gambar2 yang ada naaa...

The Hotel...

Ini la bilik kami.. 'DeluxeRoom' =D

the wardrobe.. 

ada wifi laju berdesuppp!! weeee

toilet yang sangat besar dan bersih.. 


Standing shower...

mini bar..

writing table..


in love lah dengan design bilik nie..nampak elegance jer kan..

Muhammad Emir Daniyal pun suka.. tak reti nak dok diam dia..ada saja yang benda yang dia nak buat.. sampai kami terpaksa sorok items yang ada kat Mini Bar tue..anak oh anak.. semakin besar semakin banyak akal..pffttt


Ini pula suasana yang dapat dilihat dari bilik kami..cantik kan.. kat depan tue jer Merdeka Walk..

Ini pulak pandangan dari bilik member Farah..cantik jugak kan.. kolam dia besarrr!

Walaupun kami sampai sudah agak lewat la jugak.. tapi itu tidak membataskan kami untuk keluar jenjalan dekat kawasan sekitar hotel nie..lagipun Merdeka Walk kat seberang hotel nie jer.. so haruslah pergi terjah kan...dah lapar pun sama..so marilah kita mengembirakan perut beramai-ramai....

di sini.....
dengarnya Restoran Nelayan kat sini best! so marilah kita try test tengok iyerrrr ke sedap???

Dim Sum Seafood! Ya Allah memang betul-betul sedap u all.. makan dim sum cicah dengan sambal pedas-pedas manis ...perghhh meletops u all..dim sum nie ada banyak jenis tau.. kami dah cuba semuanya.. memang sedappppp!!!.. harga tak mahal...tak silap Farah tak sampai RM5 untuk sebekas tue.. 

Nasi goreng apa tah..adoii dah lupa la namanya.. ini pun sedap jugak...

kalau u all berkunjung ke Medan jangan lupa singgah kat Merdeka Walk..cari kedai nama Restoran Nelayan okey..confirm u all tak menyesal.. walaupun harga sedikit mahal tapi makanan dia memang kena dengan selera.. =D

apabila perut pun sudah kenyang..


 marilah kita bergambar kenangan kat depan hotel pulak..

lepas tue sambung bergambar dekat lobby hotel pulak.. 

kebetulan ada photobooth kawin ala orang medan...cantik kan.. macam fairy tale jer tengok..Farah nie pantang tengok deco lawa-lawa macamni mula la nak bergambar..hehehe

Keesokannya....


Emir bebaii jer sebab Mama asyik-asyik nak bergambar..hahaha..ala layan jer la Emir..nanti besar boleh tengok balik mana Emir dan pergi kan.. =D


Cantik tau deco restoran hotel nie..suka!


kalau nak makan dengan tenang kena 'rasuah' Muhammad Emir Daniyal citer Upin Ipin @ Ultraman..kalau tak jenuh lah dok kena kejar- mengejar dengan dia kat sini.. =D

Settle breakfast...terus pi terjah swimming pool pulak..

as usual Muhammad Emir Daniyal lah orang yang paling tak sabar nak terjun kolam!.. hahaha


Tapi tungguuuuuuuu..sebelum boleh nak terjun kat dalam kolam tue..meh bergambar dengan Mama dulu naa..hahaha.. 


Satu jer yang tak berapa nak best kat sini sebab Farah punya la dah bersemangat nak mandi kat sini..sekali staff dia kata tak boleh!!!! Uwaaaaa......


tahu sebab apa..sebab Farah pakai tshirt! huhuhu.. sedeyyy i.. baru nak buat kuak lentang kat dalam tue.. biasalah kan nama pun hotel 5-star..so mereka kena lah jaga standard kan..tak pe i okey jer...tak mandi pun tak pe....dapat celup kaki pun jadi laaa..=D


so layan jer la hubs & Emir bersuka-ria mandi kolam..


seronok la depa..


Farah jadi juruphotog jer la...huhuhu

tapi tak kisah la kan....yang penting my kesayanganss happy.. =D


tetap nak jugak fefeeling bersantai kat sini kannn..hehehe


Okey..Overall bagi Farah, The Grand Aston City Hall Hotel nie memang sangat best and awesome!!.. really value for money...highly recommended..InsyaAllah kalau datang ke Medan lagi pasti hotel nie akan menjadi pilihan Farah lagi.. =D

After check out... kemanakah destinasi kami yang seterusnya??? Ehh of coz la shopping!!!! weeee...nanti sambung lagi na... Bye..


Love,
Farah



[Entri Berkaitan -CLICK LINK]

You Might Also Like

15 comments

  1. Farah..tak tau pun dah selamat kembali dari medan..Hihihi..Sorry lama tak menyinggah..wahh memang aston ni the best kan!aida pon suka n yang penting selesa amat!!yeahh

    BalasPadam
  2. bestnya..:)

    klik iklan farah..:)

    BalasPadam
  3. untung fara...dan hotel tu memang nampak mewah...rezeki fara kan...
    cantik la medan...sangatt!!1

    BalasPadam
  4. Wow! kalau farah yang recommend harus la diterjah jugak ni! Menarik view dia ... :)

    BalasPadam
  5. seronok nyerr.baca pun dah happy apetah lagi yg menginap kannn ;)

    BalasPadam
  6. wahhhs yoknye ....
    medan antara destinasi pilihan aku jugak .....

    BalasPadam
  7. Seronoknya. Hotel pun cantik.

    BalasPadam
  8. Hotel-hotel diorg memang agak mewah jugak kan farah, tapi taklah mahal sangat

    BalasPadam
  9. fuyoo, memang cantiklah hotel dia
    yelah kan 5 star, memang kalau saya pun mau tak nak balik =)
    puas hati btul =)

    BalasPadam
  10. kat malaysia...kompem x dpt harga tu!!! ;-)

    BalasPadam

  11. Same la..rasuah danish pun pakai tab..cantik hotel ni..murah pun murah..swmmg pool bsr tp sygnye fara xdpt mandi..

    BalasPadam
  12. Assalam farah,
    iols ghaser macam nak kena repeat medan niiiiiiiiiii
    he3

    BalasPadam
  13. bilik die cantik.. menarik.. kemas besar dan nampak sangat selese..

    BalasPadam

Google+ Followers

Like me on Facebook

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping
|||| Click Banner For Details ||||