Pelancaran Susu Formula Dutch Lady Nutri Plan Dengan 5x DHA Untuk Tahap-Tahap Kebijaksaan Si Manja

08:36

**24hrs Sticky Post**
**Please Scroll Down For New Entry**

Assalamualaikum...
Tahukan anda apabila anak-anak sedang membesar, keupayaan mereka untuk belajar juga turut berkembang. 

Perkembangan ini ditunjukkan dalam tahap-tahap kebijaksaan yang berbeza. Bermula dengan semangat ingin tahu (CURIOUS) yang mendalam, kemudian mula meneroka persekitaran mereka (EXPLORE). Seterusnya mereka membina (CREATE) sesuatu berpandukan imiginasi dan apabila mereka memasuki alam persekolahan tumpuan diberi untuk belajar (LEARN).

Maka bagi memastikan Muhammad Emir Daniyal dapat membesar dengan sempurna, Farah tanpa ragu lagi memilih Susu Formula Dutch Lady Nutri Plan Dengan 5x DHA baharu yang dirumus khas untuk menyokong 4 tahap kebijaksaan ini. Farah yakin tahap-tahap kebijaksaan yang sediaada ini akan membuatkan Muhammad Emir Daniyal lebih menyerlah lagi selepas ini.

Bagi mengetahui dengan lebih mendalam lagi tentang formulasi baharu yang terkandung di dalam Susu Formula Dutch Lady Nutri Plan Dengan 5x DHA, pada 18 April 2015 bertempat di Sunway Pyramid Convention Center telah berlangsungnya satu majlis pelancaran dimana Farah dan keluarga turut dijemput untuk bersama-sama mengetahui kebaikan yang terkandung di dalam susu formulasi mereka yang telah diperbaharui.

Majlis pelancaran bermula pukul 10.00 pagi dan Farah adalah antara yang terawal sampai di sini..maklum lah kami datang dari jauh.. so kena la awal.. takut nanti tersesat susah pula nanti..

Sementara menanti pendaftaran dibuka, kami relax dulu kat sini sambil melihat gelagat Muhammad Emir Daniyal yang tak reti nak duduk diam.. heee..

Okey dah ready nak masuk ke dalam auditorium.. jom tengok ada yang ada di dalam yer...

Di sini terdapat beberapa aktiviti dimana Farah dan keluarga akan berpeluang untuk menjelajahi TAHAP-TAHAP KEBIJAKSANAAN (SMART MILESTONES) yang dilalui oleh kanak-kanak semasa mereka membesar iaitu seperti yang telah Farah jelaskan di atas tadi - CURIOUS, EXPLORE, CREATE dan LEARN.

Mula-mula sekali Farah menjelajahi Tahap yang pertama iaitu CURIOUS - Tahap ini adalah tahap yang pertama bagi kanak-kanak yang berusia 1-2 Tahun dimana pada usia ini kanak-kanak mempunyai sifat ingin tahu tentang dunia persekitarannya.

Sedikit penerangan tentang tahap kanak-kanak yang berumur 1-2 tahun. Salah satunya adalah tentang deria yang penting untuk kanak-kanak pada tahap ini..anda tahu tak apakah deria itu??..tak tahu?? okey tak mengapa, meh Farah kongsikan...Jawapannya adalah Penglihatan!



Ya memang benar, kanak-kanak pada umur ini mempunyai sifat ingin tahu dengan belajar daripada apa yang mereka lihat. Sebab itu la kanak-kanak pada umur ini suka meniru aksi orang lain dan suka mencari-cari objek yang tersembunyi.

Jom ke aktiviti yang lain pulak.. FYI, Tahap yang pertama ini terdapat 3 ruang/bilik yang harus kami terokai untuk mengetahui apa yang membuatkan kanak-kanak itu merasa ingin tahu. (CURIOUS)

Bilik yang ke-2 - Aktiviti di sini pula adalah untuk mengetahui bagaimana kanak-kanak cuba mencari binatang yang betul berdasarkan bunyi yang didengar. 

Untuk aktiviti ini Muhammad Emir Daniyal dapat full marks! Alhamdulillah..walaupun memang la ini bukan lagi tahap untuk Emir tapi apa salahnya kita bagi dia mencuba kan.. 

Bilik ke-3 - untuk menguji tahap kanak-kanak yang ingin tahu bagaimana BAYANG-BAYANG itu wujud.. Sempat la Farah ajar Emir bagaimana nak hasilkan bayang-bayang berbentuk burung.. hehehe.. Mama pun tak nak lepaskan peluang mengimbau kembali zaman kecil dulu..hehehe

Selesai Tahap Pertama..kami seterusnya ke aktiviti yang disediakan di Tahap yang ke-2 pula (EXPLORE). Tahap ini adalah bagi kanak-kanak yang berumur 2-4 Tahun dimana pada tahap ini mereka ingin mengetahui tentang dunia persekitaran dengan cara merasa dan menyentuh segala yang mereka lihat berulang kali. Perbuatan ini akan mencabar ketahanan semulajadi mereka.

tak sempat nak capture gambar Emir semasa melakukan aktiviti ini. tapi caranya sama jer seperti yang Duta Dutch Lady si comel Mia Sara ini buat..kita kena rasa dihujung pangkal bunga ini and guess what.. rasanya manis tau kerana terdapat madu di dalamnya.. 

Masa ini Emir tengah nak pegang serangga yang terdapat di keliling kolam ini.. mulanya Emir takut-takut juga.. tapi selepas itu dah okey...mungkin dia tahu bukan serangga sebenar kot..terus dia menjadi berani...hahaha..habis semua serangga yang ada nak diambil..

So cepat-cepat bawa Emir keluar dari kawasan ini...risau nanti habis dikerjakan oleh Emir... tempat ini memang untuk tahap umur Emir sekarang.. patut lah semua benda nak di-EXPLORE yer..


Seterusnya kami beralih ke Tahap yang ke-3 pula iaitu CREATE.. 
  
Tahap ini adalah untuk kanak-kanak yang berusia 4-6 Tahun dimana mereka akan bersifat lebih kreatif dan suka berimaginasi. 

Muhammad Emir Daniyal sedang asyik berimaginasi dengan melakukan contengan di board ini.. layankan jer la.. lagipun masih belum tahap Emir lagi.. tapi like i said before.. apa salahnya bagi peluang Emir explore kan...

Di sini juga kanak-kanak diminta membuat sesuatu yang kreatif dengan menggunakan pasir.

Sekali lagi Emir tak melepaskan peluang untuk turut melakukan aktiviti ini.. Emir memang suka main pasir! mainan dia la nie..hehehe.

Mencuba untuk mencantumkan kotak yang disediakan menjadi satu objek rumah...

Yeayy Muhammad Emir Daniyal berjaya mencantumkannya.. tapiiiiii dengan bantuan Papa..hehehe

Tahap yang terakhir adalah LEARN. Tahap ini adalah untuk kanak-kanak yang berumur 6 tahun dan ke atas dimana DAYA TUMPUAN dan INGATAN yang baik menyokong dalam proses pembelajaran. Pada usia ini, kanak-kanak belajar tentang kepentingan sosial dan kemahiran lisan.



Nampak tak Muhammad Emir Daniyal pun turut bersosial di situ..tak padan dengan umur nak menyibuk sama..hehehe

Haa bab conteng-conteng nie memang serah dekat Muhammad Emir Daniyal la.. pantang pegang pen mula la dia nak menconteng..

Tapi kali nie menconteng yang membawa manfaat.. sambil conteng sambil belajar mencari perbezaan yang terdapat di dalam potret yang disediakan.

Dan sekali lagi Muhammad Emir Daniyal berjaya mendapat kesemua perbezaan yang terdapat di dalam gambar.. tapiiiiiii dengan bantuan Papa juga... hehehe


Buat aktiviti susun nombor pula di sini.. sabar betul kakak tue melayan gelagat Emir...hehehe

Ini lah rupa Susu Formula Dutch Lady Nutri Plan Dengan 5x DHA yang diperbaharui mengikut tahap-tahap kebijaksanaan si manja kita..Di sini juga disediakan satu kaunter susu bagi kanak-kanak mencuba susu formula yang baharu.. tapi bukan kanak-kanak sahaja yang mencuba..para ibu dan bapa pun turut mencuba juga! Sedap kot!

Carta untuk tahap-tahap kebijaksanaan si manja.


Banyak lagi aktiviti-aktiviti lain yang ada di sini.. seperti mewarna...aktiviti ini pun Muhammad Emir Daniyal buat juga..Emir memang suka mewarna dan menconteng...itu memang hobi dia la kat rumah..

Tebus goodies bag di sini..Farah juga turut tidak melepaskan peluang dengan mendaftar sebagai Ahli Dutch LadyMoms Club. Banyak benefit yang bagus tau..meh Farah kongsikan sedikit info yang Farah tahu dengan anda.


Buat pertama kalinya di Malaysia, setiap pek Susu Formula Dutch Lady Nutri Plan Dengan 5x DHA yang kita beli akan menyumbang kepada masa hadapan pendidikan anak kita.Mari tengok apakah perlindungan yang ditawarkan.

Menarik bukan? Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang ini insurans ini, sila layari www.smartmoments.com.my

Bagi peluang Muhammad Emir Daniyal pusing roda untuk tebus lucky draw.. dan dapat la set pensil warna dalam bekas comel..jadi la kan..hehehe...

Ramai juga yang datang memeriahkan lagi majlis pelancaran ini.

Akhir sekali tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan Duta Dutch Lady siapa lagi kalau bukan Mia Sara.. dah besar dia sekarang.semakin comel! =D

Berjumpa juga dengan blogger Anim.. tapi sayangnya tak sempat nak borak panjang.. Nice meeting you dear..=D

Bergambar beramai-ramai..yang kenal kat situ cuma Bro Framestone dan wife sahaja..yang lain kalau baca entri ini sila kenalkan diri yer..

Overall banyak ilmu yang dapat Farah semasa di sini yang boleh dijadikan panduan di dalam membesarkan Muhammad Emir Daniyal. Terima kasih kepada pihak Dutch Lady Malaysia kerana sudi menjemput Farah sekeluarga ke majlis pelancaran ini.

-Untuk memahami dengan lebih lanjut bagaimana ibubapa boleh menyokong perkembangan anak-anak, sila layari:-


- Maklumat tentang susu formula Dutch Lady Nutri Plan dengan 5x DHA yang diperbaharui, sila layari:-


Love,
TheOnlyFarah


    You Might Also Like

    12 comments

    1. best dpt pegi event camni..bdk2 suka la mcm2 aktiviti..mia sara dh kurus skarang..dlu berisi skit

      BalasPadam
    2. seronoknya farah berkesempatan pergi ke sana kan.Dari jauh tu..Tapi berbaloi sebab banyak input yang farah dapat dari situ..sernok emir dok explore aktiviti kat situ..

      BalasPadam
    3. Very interesting event my dear farah...mmg susu Dutch Lady setanding dengan susu2 mahal di luar sana...kandungan yang julia baca pun mmg terbaik. Well done dear, dekorasi event kali ini mmg betul2 informatif dan berinteraksi dengan pengunjung...wowwwww....emir sure puas hati dapat explore around situ dan cuba pelbagai aktiviti...very awesome.

      BalasPadam
    4. nice meeting you too farah hehe.

      BalasPadam
    5. bestnye dpt pegi event mcm ni..byk aktiviti yg bole merangsang perkembangan otak anak..terbaik entry farah..

      BalasPadam
    6. Bestnya dapat join aktiviti macam nih.

      BalasPadam
    7. dgn bantuan papa...mana aci emir...

      mmm patut laa buat kat SCC... sbb mmg memerlukan ruang yg lbh bsr... banding sblm ni kecik ja ;-)

      BalasPadam
    8. Feveret ni susu dutchlady ni hihi

      BalasPadam
    9. Assalam farah,
      sonoknya dpt invitation :)

      BalasPadam

    Google+ Followers

    Like me on Facebook

    New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping

    New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping
    |||| Click Banner For Details ||||