AirAsia Free Seats!

09:35


Assalamualaikum..
Mungkin ramai yang dah tahu kot yang Air Asia kembali dengan promosi Free Seats!- tempoh tempahan start from 22 Jun 2015 till 28 Jun 2015 and travel from 15 Feb - 31 Aug 2016.. so ramai ke yang dah grab tiketnya?.. Farah tengah dok plan lagi nie destinasi mana yang nak pergi...blurr tak tahu nak pilih yang mana satu.. sebab semua destinasi idaman harga tiketnya murah dan masih di dalam lingkungan bajet..hehehe.. lagipun sekarang kita just beli tiket jer dulu.. yang lain2 boleh booking kemudian..so sempat la menabung sikit2 sebelum pergi bercuti tahun depan..ini lah style Farah kalau nak pergi travel...heee

So kemanakah destinasi impian Farah?? actually Farah tengah mencari destinasi yang sesuai untuk celebrate birthday Farah tahun depan. asyik setiap tahun dok belanja husband jer naik AirAsia untuk celebrate birthday dia..not fair la kan..tapi tak boleh salahkan dia jugak..dah 2 tahun berturut-turut tarikh birthday Farah jatuh pada bulan ramadhan..so nak travel pergi jauh2 memang tak la kan.. so jadi la just merasa husband belanja dinner buffet ramadhan..itu pun dah cukup bermakna..hehehe..

Tapi yang jadi terlebih excited nak grab tiket free seat AirAsia nie sebab tahun depan birthday Farah tak lagi jatuh pada bulan ramadhan...so apa lagi..marilah kita pergi bercuti sebagai ganti hadiah jadi yang tertangguh....atau mana la tahu kot2 AirAsia bermurah hati ke nak bagi hadiah birthday Farah...kecik tapak tangan 4 keping tiket AirAsia aku nakkan..boleh gitu..agagaga..kenapa 4 tiket sebab kalau boleh nak bawa Mama dan MIL follow sekali sebagai hadiah sempena hari ibu..lagipun bukan selalu nak dapat peluang untuk mengembirakan mereka berdua..pasti best!!!

Ok antara destinasi yang menjadi pilihan Farah untuk celebrate birthday tahun depan adalah...jeng..jeng..jeng.. cewah kemain..secara jujurnya salah satu destinasi impian adalah Farah teringin sangat nak pergi ke Sydney.. Why Sydney???? hehehe.. meh nak story..Sebab utama Sydney menjadi destinasi pilihan Farah adalah kerana setiap tahun di sana ada satu festival yang dikenail sebagai 'Vivid Sydney Festival'...

Apa itu Vivid Sydney Festival??? 

Vivid Sydney is an 18-day festival of light, music and ideas.. it is also an annual outdoor lighting festival with immersive light installations and projections in Sydney. Part of the lighting festival also includes the performances from local and international musicians and an ideas exchange forum featuring public talks and debates from leading creative thinkers.

Ok di antara ketiga2 acara tersebut, Farah lebih tertarik untuk melihat 'Vivid Light'...ini kerana pada hari tersebut 'Vivid Light' akan mengubah Bandar Sydney menjadi sebuah taman khalayan yang dipenuhi dengan cahaya seni, pemasangan lampu inovatif dan unjuran berskala besar. Ia adalah sambutan galeri cahaya seni yang terbesar di dunia yang akan menerangi dan mengubah Bandar Sydney selama 18 malam berturut2 serta boleh dinikmati oleh semua pengunjung secara percuma!


Wow hebat bukan.. teringin sangat nak melihat dan menjadi sebahagian daripada jutaan pengunjung yang menikmati festival itu secara live di depan mata..dan sudah pasti ianya akan menjadi satu kenangan dan hadiah hari lahir yang paling bermakna lebih-lebih lagi dapat menikmatinya bersama insan2 tersayang...

Ok meh layan beberapa gambar tentang kemeriahan dan keindahan sambutan festival 'Vivid' pada tahun 2015 yang telah berlangsung pada 22 May - 8 Jun 2015 yang lalu...pasti u all pun akan teruja untuk bercuti ke sana... hehehe

Ohh awesome!!! Farah tengah verangan feeling 'romantic de amor' dengan husband sambil tiup lilin kek hari jadi kat tengah2 kota yang bermandikan cahaya bergemerpalan..heee..

Idea yang dihasilkan oleh pereka terkenal dari seluruh Australia nie sangat kreatif bukan.. 

Meh layan versi video pula.. pasti akan membuatkan u all bertambah..tambah..tambah.. teruja lagi untuk ke sana.. =D


Ya Allah, please make my wish come true..Amin! =D
So macamne.. hebat bukan.. jadi apa tunggu lagi jom kita grab tiket ke Sydney sekarang!..Sila layari airasia.com untuk maklumat selanjutnya.. weeeeeee. Ok. Bye!



Love,
Farah

You Might Also Like

21 comments

  1. Wah sis nak terbang ke Sydney erkkk

    BalasPadam
  2. bestnya klu dapat sampai sana..:)

    BalasPadam
  3. wahhh...nak g sydney ke..bestnya sis...
    bawakla ahkak..hahahaha

    BalasPadam
  4. nanie nak g korea or japan. aduyaiiii teringin nyeee

    BalasPadam
  5. Sydney memang best..tapi saya pergi tahun lepas time spring, so tak merasa lah light festival ni.highly recommended!memang jatuh cinta tak nak balik..hehe

    BalasPadam
  6. waahhhh..bestnyeee..nk gi sydney jgkkkkk..hihi

    BalasPadam
  7. Tq for info..baru tahu ni..biasa selalu terlepas..hehe

    BalasPadam
  8. brapa kali masuk nak buat bayaran tp fail. ramai lawan ni. huhuhu

    BalasPadam
  9. Akak dh byk kali cuba masuk...tp bila nk byr je error..tension tau

    BalasPadam
  10. Vivid sydney!! 😍😍

    BalasPadam
  11. insya allah...ada rezeki pasti akan dpt peluk kangaroo ;-)

    BalasPadam
  12. Assalam Farah,
    waaaaaaaaaa
    sydney tu
    moga segalanya tercapai AMIN

    BalasPadam
  13. Memang menarik farah, baru saya tahu kenapa farah nak ke Sydney semoga tercapai hajat

    BalasPadam
  14. Good luck kak farah semoga tercapai.nanti

    BalasPadam
  15. ssmoga impian kak farah trcapai ya

    BalasPadam
  16. bestnya impian farah.. semoga tercapai impian tu ya..

    BalasPadam
  17. Semoga impian farah tercapai..

    BalasPadam

Google+ Followers

Like me on Facebook

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping
|||| Click Banner For Details ||||