"Meriahnya Syawal" @ 1 Utama Shopping Centre

14:09


Assalamualaikum...
Sedar tak sedar sudah 21 hari kita berpuasa kan..means ada 9 hari lagi menjelang syawal.. jadi macam mana dengan persiapan raya u all.. dah settle ke belum?? atau u all masih lagi tercari2 'port' yang sesuai dan berbaloi-baloi untuk shopping raya..kalau itu yang membuatkan u all buntu dan tak tahu di mana nak shopping raya apa kata jom jalan-jalan di 1 Utama Shopping Centre!


Bertemakan "Meriahnya Syawal", 1 Utama Shopping Centre menyediakan berbagai acara dan aktiviti yang menarik kepada semua pelanggan bagi merasai kemeriahan dan keseronokan sambutan hari raya yang bakal tiba tidak lama lagi...

Jangan ketinggalan untuk menikmati tawaran hebat di bahagian F&B terpilih, demostrasi masakan oleh chef terkenal, promosi perayaan, bazar hujung minggu, pertunjukan fesyen dan bermacam-macam lagi aktiviti yang menarik bermula pada 26 Jun sehingga 20 Julai 2015..


Apa yang menariknya lagi, di ruang LG Oval telah dihias dengan begitu indah sekali berkonsepkan suasana kampung...Farah pasti suasana sebegini akan membuatkan kita terkenang kembali kenangan indah berhari raya di kampung halaman..tak percaya jom tengok gambar2 yang ada di 'Makan Village' nie..

ha siapa pernah ada pengalaman kacau dodol sewaktu hari raya..mesti best kan..saling tolong-menolong antara satu sama lain..kacau dodol nie tak boleh terleka sikit pun..sebab kalau tersilap kacau, pagi raya makan dodol keras la jawabnya.. hehehe=D 

vespa scooters..nice...

menarik bukan dekorasi raya di sini..

terasa seperti berada di kampung halaman dah..


fefeeling berada di kampung.. ngeee

'rare' kan basikal nie..mana ada dah sekarang..

Eh tahu tak dulu abah Farah pun pernah ada sebuah basikal macam ni tau.. =D


Selain itu, di sini juga terdapat beberapa booth yang menjual bermacam-macam kelengkapan untuk sambutan hari raya u all..raya setahun sekali jer kan.. so of coz la semua benda kena baru..hehehe




Antaranya.. booth Acrylic Culture.. aduhai berkenan betul dengan bekas nie..mesti cantik kalau diisi biskut raya...=D


Booth Tefal..menawarkan perkakasan barang elektrik seperti blander, ketuhar, vacuum dan dll..

Rendang Atuk pun ada kat sini..=D

Pada yang tak sempat nak sediakan sendiri biskut raya.. jangan risau kat sini ada bermacam-macam jenis biskut raya..

pilih jer yang mana satu.. ada tart nenas..samperit dan banyak lagi lah..

bagi pengemar cookies pula.. u all boleh singgah dekat booth Famous Amos nie..

Booth aiskrim..

Booth goreng panas-panas..

Mascot 'Meriahnya Syawal" 

if u all berminat nak tengok demotrasi masakan secara 'live' oleh Top Malaysian Chef jangan lupa singgah di 'Rumah Penghulu' nie yer..Chef2 terkenal ini akan berkongsi tips dan teknik bagaimana nak menyediakan juadah istimewa khas untuk sambutan hari raya nanti...so please save the date ok..=D
  • Chef Jaafar Onn ( 28 June 3.00pm)
  • Chef Zaidah ( 11 July 5pm)
  • Chef Sherson Lian ( 3 July 4pm & 12 July 3pm)
  • Pengacara 'Diari Mangkuk Tingkat Ili' (5 July 3pm) 
Chef Sherson Lian in the house..
(Chef rancangan 5 rencah 5 rasa-TV3)

Chef Sherson Lian berkongsi resepi menarik iaitu 'Nasi Beriyani Ayam Percik'

menu nie memang mudah dan cepat disediakan..sesuai dijadikan sebagai menu hari raya nanti..

Tadaaaa! siap dah.. tak sampai 1 jam pun nak sediakan menu meletops nie.. aroma dia perghh jangan cakap lah..tahan air liur jer Farah hari tue..huhuhu


Me and Chef Sherson Lian..


1 Utama Gift Redemptions - khas untuk ahli ONECARD dan juga pemegang kad Maybank sila rujuk gambar untuk keterangan selanjutnya yer..ada hadiah menarik menanti anda..


Bagi pemegang kad keahlian ONECARD yang datang berbuka puasa F&B Outlet yang terpilih dan berbelanja minimum RM50 dalam single resit akan menikmati 3 kali ganda Upoints sehingga maksimum 3,000 point atau bersamaan dengan RM30!


Outlets yang terpilih adalah seperti TGI Friday's, Sushi King, Starbucks, Shogun, Secret Recipe, Pizza Hut, Penang Road Famous Teochew Chendul, Pasta Zanmai, Papparich, Abdolute Thai, Betjeman & Barton, Burger King, Chili's, Coffee Bean, Fish & Co, KFC, Little Fat Duck, Madam Kwan's, O'Briens and Nana's Greem Tea.


Senarai penuh aktiviti-aktiviti yang ada di 1 Utama Shopping Centre boleh rujuk kat sini yer..


Last but not least, terima kasih kepada 1 Utama Shopping Centre dan The Butterfly Project kerana sudi menjemput Farah ke sidang media ini.. kami sekeluarga sangat happy dapat shopping raya di sini.. #muahciked

For more details on 1 Utama's Hari Raya event and promotion contact:-

Customer Service : 03-7710 8118


Love,
Farah

You Might Also Like

23 comments

  1. hang mai sini tak habaq naaa...lama dah kak tak jumpa anak menakan kak yang sorang tu... bila lah dapat jumpa dia lagi...ihiksss....

    BalasPadam
  2. mmg meriah tgk decorationnye...jauh farah dtg ye..ingtkn farah td yg masak ngan chef tu

    BalasPadam
  3. lama tak makan famous amos...huhu...

    BalasPadam
  4. Farah kt kl tak bg tau pun...whatsapp julia eh 0136327333 leh jumpa kalau free nanti...wahhhhh best lah one utama...lama tak pi...this week nak terjahhhh

    BalasPadam
  5. terbaiklah farah..memang meriah..:)

    BalasPadam
  6. Deco yg mmbangkitkan suasana raya dikmpg...terbaikk

    BalasPadam
  7. Meriahnya...pernah pergi 2kli je kot sini

    BalasPadam
  8. Wah, jadi cam dalam kampung pulak 1 utama tu noo. Meriahnya...

    BalasPadam
  9. bestnyaa.... macam dekat je nak sampai One Utama tu.. hihihih.. ujung minggu ni nak terjah laa

    BalasPadam
  10. farah... betul ke basikal? bukan ke gerek? hahaahah

    dodol real ke tu? kenapa itam semacam je... sempat rasa x? hahaha

    BalasPadam
  11. Dasat.org p raya kat kampung dia p raya kat bandar hihi

    BalasPadam
  12. ok walopon gambar kampung bandar tp skrang ni cam tak sabar nak pack barang balik kampung . haha

    BalasPadam
  13. wah bertuah dpt jemputan.
    deko nyer memang tradisional :)
    cantik menarik !

    BalasPadam
  14. terasa macam berada di kampung halaman pulak.. hehe

    BalasPadam
  15. wow bestnye farah...mcm2 ade...tu laaa lieya pun kalo musim raya ngan musim krismas suke gi mall...tgk suasana deco2 kat mall2...lawo2 kan....ade yg kreatif...ade yg hias ala2 jek.....yg kat sini mmg beriya2 deconyer...team deco2 dieorg mesti hebat2....kreatif sgt2....

    BalasPadam
  16. Alah..Farah mai OU x habaq pon...dekat dah dengan rumah. HAHAHA sentap tau =)

    Kalau OU tang oval/new wings tu decor dia memang terbaiklah..memang cantik2...semua perayaan pon sama...decor bagai x hengat. HIHIHI

    BalasPadam
  17. deco mcm dok kt kmpung...meriah2

    BalasPadam
  18. kalau jumpa decoration mcm ni kerjanya selfieee.. hehe

    BalasPadam
  19. jelesnya bergambar ngan Chef hensem tu!!

    BalasPadam
  20. Baru tau farah pi one utama atas jemputan jugak...bestnyaa......

    BalasPadam
  21. Assalam farah,
    ooohooiiiiiiiiii
    jauh bebenor uols opim ghayer :)

    BalasPadam

Google+ Followers

Like me on Facebook

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping
|||| Click Banner For Details ||||