Tempat Makan Best Di Georgetown Penang | AB Cafe | Food ReviewByFarah

16:02

TEMPAT MAKAN BEST DI GEORGETOWN, PENANG |AB CAFE


Assalamualaikum...
TEMPAT MAKAN BEST DI GEORGETOWN, PENANG |AB CAFE- Tidak lengkap rasanya jika berkunjung ke Pulau Pinang tetapi tidak mencuba makanan yang terdapat di sini..sebab Pulau Pinang sememangnya terkenal sebagai 'Syurga Makanan' tau..u all sebut jer nak makan apa semua ada kat sini.. nasi kandaq...pasembor..roti naan..capati..laksa penang..rojak tonggek..jeruk madu...eh pendek kata semua ada..semuanya meletopss kebabommm dan lazat sehingga menjilat jari!


Hari nie Farah nak recommend kat u all satu tempat makan best yang patut ada dalam list jalan2 cari makan u all sewaktu berkunjung ke Pulau Pinang..if u all ingin mencuba makanan ala2 western...apa kata u all terjah ke AB Cafe yang terletak di Argyll Road..FYI, AB Cafe nie baru jer beroperasi pada bulan Mac 2015 yang lepas..cafe nie masih baru lagi.. tapi their  foods i tell u.....marvelousss ok!!!!! Farah dah pi cuba minggu lepas bersama beberapa rakan #bloggerutara..dan Farah memang highly recommended u all to come over here..

Sedikit info tentang owner cafe nie - AB Cafe ini telah diilhamkan oleh seorang 'fashion designer' yang bernama AINI BEKKER..perkataan AB tue stands for nama owner dia lah...selain minat beliau yang mendalam di dalam bidang fashion, beliau jugak sangat meminati industri F&B.. sebab itu lah beliau membuka cafe ini yang berkonsepkan black & white... sebelum melangkah masuk pun Farah dah tertarik dengan konsep yang diketengahkan..very stylish and modern.. ala2 international cafe dah sekali tengok.. 

Sewaktu melangkah masuk jer ke dalam cafe nie lagi bertambah teruja!! terus jatuh cinta dengan konsep cafe yang cantik and stylish begini..

Great place to relax and unwind

di cafe nie jugak turut menyediakan perkhidmatan wifi kepada pengunjung yer..

good atmosphere.. suka sangat...=D

Ok meh tengok menu apa yang menarik ada kat sini..actually di AB Cafe nie bukan western food jer ada.. local foods pun ada tau..

Menu Pilihan di AB Cafe


Antara menu pilihan antara yang sempat dicuba oleh Farah dan #bloggerutara yang lain ketika mengunjungi AB Cafe. Setiap menu yang kami order nie mempunyai keunikannya yang tersendiri. Menu yang terdapat di sini jugak merupakan menu pilihan Puan Aini Bakker iaitu pemilik AB Cafe sendiri...so no doubt la menu yang diketengahkan nie adalah yang terbaik dan pasti akan memenuhi citarasa semua..




Menu Pilihan Farah
Jika ditanya menu yang mana paling WIN.. serius sukar untuk Farah membuat pilihan..sebab semua menu yang terdapat kat sini lazat tahap menjilat pinggan..hehehe.. betul nie tak tipu..semuanya sangat menyelerakan dan tak over jika Farah katakan kelazatan makanan di sini adalah setaraf hotel 5 bintang!!!

tetapi jika Farah kena pilih satu jer menu yg paling WIN.. maka SPAGHETTI MEATBALL menjadi pilihan Farah..rasa spaghetti dengan sos dia memang ngam habis..ditambah lagi dengan ketulan meatball homemade menjadikan rasanya bertambah lazat lagi!


antara beverages yang kami order hari tue..unik betul nama minuman yang terdapat kat sini...yang paling win bagi Farah adalah mocktail Catch A Rising Star (Raspberyy, Apple Juice & Coke)..=D



Kemudahan Yang Terdapat Di AB Cafe
Selain perkhidmatan wifi percuma..AB Cafe ini jugak turut menyediakan kemudahan surau yang terletak di bahagian belakang cafe nie..lengkap sekali dengan tandas tau di bahagian dalam surau..=D

Oh ya di AB Cafe nie jugak menerima tempahan untuk sebarang event seperti Birthday Party ke Family Gathering atau apa2 event la..just deal jer dengan Puan Aini Bekker yer..

Yayy we are #bloggerutara.. utara mari naaa...heee

Lokasi AB Cafe




Waktu Operasi
AB Cafe beroperasi dari jam 3.00ptg-11.00mlm...tapi kalau pukul 3.00ptg-6.00ptg hanya disediakan kopi dan kek sahaja. Menu sepenuhnya adalah pada jam 6.00ptg -11.00mlm. AB Cafe ditutup pada hari isnin.

Contact AB Cafe
Sebarang pertanyaan/tempahan hubungi :

Facebook AB Cafe
Instagram AB Cafe

Aini Bakker
Director
h/p no : 017-3593597
email : ainibakker@gmail.com


Aini Bakker Sdn. Bhd.
32, Argyll Road,
10050 Georgetown,
Penang.
04-2642640

You Might Also Like

31 comments

  1. Jom kita buat gathering blogger utara kat sini

    BalasPadam
  2. Waahhh, seronoknya makan.. Wawa suka spagheti tu..")

    BalasPadam
  3. menarik klu pi penang boleh cari

    BalasPadam
  4. wahhh kalau pergi penang lagi mesti cari tempat nie nanti makanan yang menarikk...^_^

    BalasPadam
  5. menarik!harga pun berpatutuan..

    BalasPadam
  6. Meriahnya makanan dia farah..best!

    BalasPadam
  7. wah..menarik tempat dia..makanan pun menyelerakan

    BalasPadam
  8. Bagus blogger utara macam ni...rasa mcm nak join je dgn korang...mewahnya sajian, menyelerakan...

    BalasPadam
  9. wahh fashion designer gitu owner dia..terbaekkk
    mesti terjah satu hari nanti
    jom farah banjer el haha

    BalasPadam
  10. rs nk p lg...smua sedap2

    BalasPadam
  11. Alah!! ruginya that day pi penang x singgah ni... lambatlah Farah inform kalau daq..merasa i makan sana tau. HEHHE. TQ sharing Farah.

    BalasPadam
  12. wahhh.. sedapnya..

    bile blogger jb nak buat gini ye.. kita blogger suam2 kuku

    BalasPadam
  13. kemain taww.. husna berkenan kat fish n chip dya yg lain dr kebiasaan tu..

    BalasPadam
  14. tak dak rezeki nak try masa pi sana haritu
    kalau tidak msti Farah bawa Zaza pi makan kat AB Cafe ni huhu

    BalasPadam
  15. Assalamualaikum kak Farah! Alahai, lamanya tak bw sini.. Huhu.. Gambar2 makanan itu membuatkan perutku lapar.. Mengaum mintak makan.. Glup!
    RosmizaAli.Com

    BalasPadam
  16. menu menarik..harga pun berpatutan lah farrah.bleh try bila kepenang nanti..

    BalasPadam
  17. Rindu penang. Sob sob

    BalasPadam
  18. Teringin nak try makan kat situ ^-^

    BalasPadam
  19. Assalam Farah,
    Asai tengok ja teringin tau3
    punggaaaaaahhhh he3

    BalasPadam
  20. asal tengok entry AB Cafe memang tingat perebutan spageti hahaha..
    jom kak bebila kita p lagi =D

    BalasPadam
  21. sedap2nyeeee..cafe pun nmpk cantik..siap ade nasik kandar tuuu

    BalasPadam
  22. Wah,sedap2 makanan tu..teringin nk ke sini..=)

    BalasPadam
  23. bestnya makanan pun nampak sedap tu

    BalasPadam
  24. Wahh rindunya kat penang!macam macam ada dah sekarang..bila lah dapat ke sana..makanan pun kat sini nampak marveles meleleh leleh ayaq liuq tgk..hihihi

    BalasPadam
  25. kemain zaf mcm menyambut tetamu.. hehee
    tak sempat lg nk terjah AB ni

    BalasPadam

Google+ Followers

Like me on Facebook

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping
|||| Click Banner For Details ||||