PENANG HOP ON HOP OFF | "FAM TRIP FUN RIDE"

12:57

PENANG HOP ON HOP OFF | "FAM TRIP FUN RIDE"  
Assalamualaikum...
Pernah satu hari tue masa tengah dok lunch dengan hubs dekat Esplanade Park...Farah ternampak la bas double-decker nie tengah melalui area situ..masa tue tertanya-tanya jugak...Eh best ke naik bas double-decker nie.. mahal ke tak harga tiket...route mana dia cover...tak gayat ke naik bas double-decker nie dan bermacam-macam lagi lah persoalan yang bermain di minda Farah....tapi akhirnya segala persoalan telah terjawab apabila pada 25 Oktober 2015 yang lepas Farah bersama-sama geng #bloggerutara seramai 11 orang telah dijemput untuk merasai sendiri pengalaman menaiki bas Penang Hop-On Hop-Off atau nama ringkasnya HOHO.


Pada hari kejadian, kami semua diminta untuk berkumpul di (Pit-STOP 01) iaitu di Gurney Drive..kami semua akan dibawa untuk menjelajah ke tempat-tempat menarik yang terdapat di Penang..perasaan pada masa tue, jangan cakap la..memang sangat-sangat teruja!!!! dah la lama kot Farah tak naik bas..last naik, semasa pi Krabi tempoh hari..Ehhhh lama ke??? agagaga *tangankebahumatakeatas...






FYI, perkhidmatan HOHO  telah bermula sejak November 2014 lagi..terdapat 2 jenis  laluan yang mereka covers..satu CITY ROUTE dan satu lagi BEACH ROUTE..u all boleh pilih nak bermula dari route yang mana satu...waktu operasi HOHO pula adalah dari jam 9.00pg sehingga 8.00mlm setiap hari..





Terdapat 2 jenis Pit Stop untuk HOHO yang u all kena tahu.. satu STANDARD STOP & satu STOP ON DEMAND. Perbezaan antara keduanya adalah di STANDARD STOP, bas akan berhenti di hentian yang sepatutnya mereka berhenti selama 10 minit..

manakala bagi STOP ON DEMAND, jika kita hendak berhenti di mana2 hentian yang meliputi lebih 50 tempat menarik di Penang, kita hanya perlu menekan loceng dan bas akan berhenti...dan sekiranya kita ingin kembali, kita cuma perlu pull the hole (seperti gambar di atas) sehingga tanda berubah menjadi Pick Me Up..kemudian tunggu la nanti HOHO bus pasti akan berhenti untuk mengambil kita..

Bagi INTERCHANGE pula hanya terdapat di (Pit-STOP 01- Gurney Drive) dan (Pit-STOP 09-Chowrasta Market) sahaja..


antara senarai hotel yang dilalui oleh HOHO..


untuk harga tiket pun u all boleh pilih nak yang 24jam or 48jam..kalau nak lebih relax dan enjoy better beli yang 48jam.. tidak la terkejar2 masa sangat..Berikut Farah kongsikan harga tiket dan kat mana nak beli....

BUY YOUR TICKET:-
1. On the Hop-On-Hop-Off double-decked bus
2. Gurney Drive (Stop 1) mobile counter
3. Chowrasta (Stop 9) mobile counter
4. Online (www.myhoponhopoff.com)
5. Authorised ticket agent


WAIT!!! relax dulu...jangan stop baca sampai sini jer.. sila baca keseluruhan entri ini sehingga habis dulu..sebab Farah ada SURPRISE untuk u all!!!! hehehe

Before that..meh nak sambung story lagi tentang kisah pengalaman #bloggerutara menaiki HOHO tempoh hari..ENJOY!!!!!

acah-acah tengah tunggu bas kekdahnya... =D


semua pakat teruja dah nak naik HOHO..


Tadaaa!!! akhirnya bas yang dinanti kunjung tiba...beginilah rupanya Penang Hop-On Hop-Off Bus yer..cantik kan..berwarna-warni gitu..FYI, HOHO di Penang ada menyediakan 10 buah bas..5 buah untuk CITY ROUTE dan 5 buah lagi untuk BEACH ROUTE..so kita tak perlu risau..tempat duduk pastinya sentiasa ada....=D

taklimat ringkat dari pihak HOHO..

dan bermula la aktiviti bergambar sampai lebam..btw cantik tak T-Shirt #BLOGGERUTARA????..=D

well.. kalau tak selfie banyak2 bukan blogger la namanya..yer dak??? hehehe

selfie dengan couple dari Korea..suka Nina!!! =D

Tour kami bermula dengan laluan pantai (BEACH ROUTE)...antara tempat menarik yang boleh dilihat sepanjang jalan ke sana adalah seperti berikut - stop 26 Batu Ferringhi Sidewalk Bazaar | Yahong Art Gallery | stop 27 Batu Ferringhi Beach | stop 28 Spice Garden |Tropical Spice Garden | stop 29Teluk Bahang Fishing Village |Pantai Kerachut | Teluk Bahang |Penang National Park | stop 30Batik Factory | stop 31 Escape |Toy Museum | stop 32 Butterfly Farm | stop 33 Teluk Bahang  |Taman Rimba

Bulatan area Gurney Drive..

Rumah-rumah banglo yang tersergam indah di atas bukit..tak mampu aih nak beli..mampu tengok jer la.. =D

Pantai Batu Feringghi..

 
saujana mata memandang..tenang jer tengok..


masih berjerubu lagi masa nie..tapi tetap memukau pandangan..

Bestnya tengok pasir pantai kat sini.. bersih jer..

with blogger Kak El..CP and ME..

antara tarikan lain yang menarik di sini..


The Ship Restaurant.. 


kat area Batu Feringghi memang banyak hotel yang best-best..dan salah satunya adalah Hard Rock Hotel..aduhaii bila tah nak datang stay kat sini..heee

di Empangan Teluk Bahang..

dengan cuaca panas membahang.. tapi tak pe 'wat lexx lu wat pisss' lu...heee

Sampai di ESCAPE Park, bas akan berhenti selama 10minit kat sini.. so kami semua ambik peluang turun sekejap untukkkkk.....

Group selfie bersama HOHO bus and the team..pose sana..pose sini.. heee

kembali semula ke hentian yang pertama tadi (Pit Stop 01) setelah selesai tour di BEACH ROUTE..dari sini kami akan menaiki HOHO untuk tour  ke CITY ROUTE pula..lebih kurang 20 minit juga kami menanti, baru lah bas tiba.. ini adalah standard yer..sebab jarak masa untuk setiap HOHO bus datang ke setiap hentian adalah lebih kurang 20-30minit..=D


begini la caranya membeli tiket secara direct di atas HOHO bus..ticket assistant sentiasa bersedia melayani kita dengan mesra..hehehe..




di Taman Botanical.. cantik kan..


kami tak turun pun dekat sini.. cuma layan dari atas bas jer.. tapi tetap terpesona dengan keindahan tempat nie..=D

Penang Time Square..

Mercu tanda Penang..KOMTAR!

bulatan dekat area Padang Kota Lama..



di Padang Kota.. dekat sini kalau hujung minggu sentiasa penuh tau..

Fort Cornwallis...

baru dapat lihat dengan jelas apa yang ada kat dalam nie...heee




Kek Lok Si Temple..

dan akhir sekali tempat yang paling wajib untuk dikunjungi -Penang Hill-.. kat sini u all boleh la turun dan naik cable car yang akan membawa u all ke atas puncak..and feel the atmosphere di atas sana..serius best!!! 

sambil menikmati pemandangan indah dari atas HOHO...sambil selfie tanpa henti...hohoho


Lebih kurang jam 2.30 petang tamat sudah pengembaraan kami bersama HOHO..kami semua sangat enjoy pada hari tue..sampai rasa tak nak turun dari bas kekdahnya..hehehe.. btw terima kasih kepada Cik Munirah and team kerana sudi menjemput dan melayan kami semua dengan mesra..sekarang baru la kami tahu best rupanya dapat pusing-pusing Penang dengan HOHO!!

Ok..FYI, sekarang ni pihak KL/Penang-Hop-On Hop-Off tengah buat promosi istimewa untuk semua pemegang MYKAD.. u all hanya perlu membayar RM5 sahaja.. Ya..Ya.. hanya RM5 sahaja to see it all dan tiket itu valid selama 24jam.. Promosi ini sah sehingga 30 November 2015!!! 

So hurry!! cuma perlu isi borang seperti di atas untuk menikmati tawaran harga istimewa nie..kat mana nak isi..ok meh la Farah kongsikan sekali link untuk membeli tiket promosi nie.

BORANG DAFTAR PENYERTAAN PROMOSI TIKET RM5

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi...

ELANG WAH SDN BHD
Alamat : 98-3-3C, Jalan Fettes, Tanjung Tokong,10470 Penang
Tel : +6 04-899 2713
Fax : +6 04-899 2713
Hot-Line : 1800-88-5546

http://www.myhoponhopoff.com
atau berhubung terus dengan bahagian pemasaran Cik Angeline

Ehhhh jap..jap..tak habis lagi!!!!! tadi Farah promise nak bagi SURPRISE kan...haaa tibalah masa yang dinanti-nantikan..jeng..jeng..jeng...


Nak tiket FREE tak??????? kalau nak sila komen "SAYA NAK TIKET HOHO" di KOTAK KOMEN di bawah.. 3 orang pemenang dicari..dan setiap seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket HOHO.. Tiket nie valid untuk HOHO PENANG & K.LUMPUR yer..Yay!!!

psst:-*pemenang akan dipilih secara random. Tarikh tutup : 08 November 2015.. Result akan diumumkan pada 09 November 2015.. Good Luck!!!


With Love,

Farah

You Might Also Like

32 comments

  1. wah..bestnya...nak jugak tiket free tapi tak taulah nak gi bila...rezeki orang lain kot!!

    BalasPadam
  2. saya bukan xnak..tp sy dok jauh..so, jeles..:)

    BalasPadam
  3. Wahhh bestnya sis...nakk juga tpi jauh sobs sobs ..next time klau smpai penang Lya cari sis hoho

    BalasPadam
  4. tni kira tour de penang laa yek... jerebu ke x jerebu ke yg penting enjoy kan farah! ;-)

    BalasPadam
  5. "SAYA NAK TIKET HOHO"
    Muahhcikedd

    BalasPadam
  6. tk tau pn kt penang pn ada..ingat kl je ada..syok la geng blogger rmi2 naik ni kn..oh yg promo rm 5 tu utk kt penang je ek..untungla murah


    "SAYA NAK TIKET HOHO"

    BalasPadam
  7. ok. boleh jadikan guide untuk saya dan kwn2 bercuti di Penang :)

    jom singgah blog kita http://shoyumilks.blogspot.my/

    BalasPadam
  8. baru faham mengenai perkhidmatan bas HOHO. Kalau tak sebelum ini asyik berteka teki...berapa harga, macam mana nak beli tiket...macam-macam perkongsian menarik...

    BalasPadam
  9. SAYA NAK TIKET HOHO

    Saya nak mengembara ke seluruh Penang bersama sahabat saya yag suka buat keje gila. Dan mungkin tiket HOHO ni adalah hadiah sempena konvo kami sekiranya sy dapat tiket HOHO.

    SAYA NAK TIKET HOHO
    SAYA NAK TIKET HOHO
    SAYA NAK TIKET HOHO

    BalasPadam
  10. Bestnya fara...pemgalaman baru tuh

    BalasPadam
  11. Bestnya fara...pemgalaman baru tuh

    BalasPadam
  12. mggu ni nak g naik lg HOHO ni

    BalasPadam
  13. alhamdulilah semua berjalan ngan baik trip kita tu kan
    semua seronok..semua happening hahaha
    hope ada next plan tuk kita amin

    BalasPadam
  14. best nya.. harga tiket pun berpatutan.. macam teringin pula nak naik..

    BalasPadam
  15. Ya allah. Ni lah impian nanie nak naik HOHO ni. Dapat naik kat kl pun jadilah kak.sy suke sy suke.

    Nak free ticket.
    Nak free ticket.
    Nak free ticket.

    Btw nanti sy dtg penang nak jumpa akak la. Bole jadi tour guide sy. Hikhik

    BalasPadam
  16. wow!
    terbaik la.
    aida da baca kat blog blogger utara jugak.
    aida boleh bayangkan keseronokan nyer sebab aida da naik hoho kl.
    one day nanti mau naik hoho penang jugak :)
    terpesona dgn beach route tu.
    kat kl takde :)

    BalasPadam
  17. wahhh..siyokkknye farahhh..spi ke batu feringgi pun pegi..

    Ok..Saya nak tiket HOHO..

    Ehh..dap abissss..huwaaaaa..

    BalasPadam
  18. weh sakan hampa pi jalan2 tinggal ceq na.. tapa tapa.. ceq ingat !! ahaha..

    BalasPadam
  19. ala!! dah lepas! cam best aje naik menatang tu...hehe

    BalasPadam
  20. hahahha.. jgn risau penduduk KL dan Penang.. ada promo smpai 31 dec.
    bestnyaaa.. rasa nk ulang naik kt penang

    BalasPadam
  21. Sy pon nk ticket hoho...Ada lg x 😋

    BalasPadam

Google+ Followers

Like me on Facebook

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping
|||| Click Banner For Details ||||