Perasmian Pembukaan MBO Cinemas Central Square Sungai Petani, Kedah | ReviewByMrsSecretaryBlog

23:44

Assalamualaikum...
Pada 26 Disember 2015, secara rasminya MBO Cinemas telah membuka satu lagi cawangan terbaharunya yang ke-26 di Central Square,Sg.Petani Kedah.
Pada hari tersebut, Team Projek Blogger Utara telah dijemput sebagai wakil media untuk bersama-sama memeriahkan lagi majlis perasmian pembukan MBO Cinemas ini...FYI, sehingga kini MBO Cinemas telah menawarkan sebanyak 191 skrin di seluruh Malaysia..

Terdapat juga kaunter pendaftaran keahlian bagi pengunjung yang datang..Pendaftaran keahlian MBO StarClub adalah percuma..jadi Farah pun turut tidak melepaskan peluang untuk mendaftar sebagai ahli juga..=D
sampai2 jer terus mendaftarkan diri dulu..Weeeeee...dapat token berupa tiket wayang bernilai RM240.00.. Yayy...boleh lah marathon tengok movie kat sini nanti...heee
Kaunter tiket 
ruang legar yang luas dan selasa..
kaunter jualan makanan dan minuman..
Bagi cawangan MBO Cinemas di Central Square Sungai Petani, Kedah, mereka menyediakan 8 buah dewan yang terdiri daripada 1157 tempat duduk dan dewan terbesarnya mampu menampung sehingga hampir 300 orang.  

MBO Cinemas Central Square, Sungai Petani

ruang menunggu yang menarik dan selesa..
Pawagam MBO di seluruh Malaysia menawarkan pelbagai kelainan menonton wayang serta keistimewaan kepada pengunjungnya. Antaranya adalah :
  • Merupakan pawagam pertama beralih dari projeksi filem 35mm kepada projeksi digital sepenuhnya pada kesemua skrin
  • Menawarkan pengalaman sinematik yang selesa, menarik dan tidak dapat dilupakan
  • Menerapkan ciri teknologi terkini iaitu kerusi penggerak bergetar dengan bunyi filem & sistem audio Auro 11.1 3D, yang menyediakan 3 lapisan pembesar suara beserta simulasi akoustik 3D paling semulajadi
  • Selain ganjaran teknikal, pengunjung juga boleh menyertai secara percuma & mendapat kelebihan dengan MBO Starclub yang mana ahli AllStar layak untuk menikmati pelbagai ganjaran dengan menggunakan StarPoints untuk menebus tiket pawagam percuma, popcorn, minuman dan item eklslisif premium
  • Merupakan satu-satunya pawagam dengan program kesetiaan yang menawarkan pelbagai faedah dan keistimewaan (lorong istimewa keahlian, tiket filem percuma pada bulan hari jadi & tayangan percuma khas untuk ahli)
  • Tempahan tiket atas talian yang mudah & boleh menggunakan telefon bimbit secara percuma
  • Harga tiket adalah sama untuk tayangan wayang 2D & 3D
  • Menerapkan konsep 'Blockbuster Setiap 20minit', dengan tayangan filem-filem blockbuster sertiap 20minit pada waktu puncak supaya pengunjung tidak perlu menunggu lama

Team Projek Blogger Utara juga turut diberikan peluang bersama-sama wakil media yang lain ke sesi movie screening..kami dipertontonkan movie2 terbaharu yang bakal ditayangkan di MBO Cinemas..

Kumpulan Zero pun ada sekali tau...heee
Selepas sesi movie screnning.. Mr. Cheah Chuan Wai, Pengarah Pemasaran dan Jualan MBO Cinemas memberikan sedikit taklimat kepada semua wakil media dengan berkata;
"Ini adalah hari istimewa kerana Sungai Petani adalah lokasi ketiga di Kedah Darul Aman selepas Alor Star Mall di ibu negeri ini dan juga Landmark Central Kulim.

Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan acara memotong riben sebagai simbolik perasmian MBO Cinemas..

Mr. Cheah Chuan Wai & Kumpulan Zero
Selepas acara perasmian... kami dihiburkan pula dengan persembahan Kumpulan ZERO (Juara Maharaja Lawak 2014)
tak kering gusi kami dengan persembahan mereka..
Team Projek Blogger Utara tidak melepaskan peluang untuk selfieeeee bersama Kumpulan ZERO...heeee

Terima kasih kepada pihak MBO Cinemas dan Integrated Public Relations (IPR) kerana sudi menjemput Team Projek Blogger Utara ke majlis perasmian pembukaan MBO Cinemas di Central Square Sungai Petani nie ya! =D


Untuk mengetahui tawaran menarik dari MBO Cinemas bolehlah layari www.mbocinemas.com


With Love,
Farah



You Might Also Like

12 comments

  1. sronok geng blogger utara dpt jemputaan sempena perasmian MBO...kt kt kalo MBO xbyk sgt cite ..slalu tgk kt TGV or GSC

    BalasPadam
  2. wahhh..kemahen sakan la dok tgk wayang lepas nih...hehehe

    BalasPadam
  3. pegi SP nnt boleh laa menebeng kat sini ;-)

    BalasPadam
  4. aterrrrr..jeles xsempat join masa sidang media tu..huhuhu

    BalasPadam
  5. untunglah dekat ngan MBO leh repeat movie byok kali huhu

    BalasPadam
  6. Salm kak farah. Lama xsinggah sini. Seronok nye. Bertuah btol dpt token rm240 tu hreheheh

    BalasPadam
  7. perggh terbaik...baru je masuk MBO sini 2 minggu lepas...hehe tempat best!!

    BalasPadam
  8. wahhh..hebatnyee..untung PBU dpt jemputan MBO tu..siap dpt jumpe retis lg..

    BalasPadam

Google+ Followers

Like me on Facebook

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping
|||| Click Banner For Details ||||