Tempat Makan Best Di Pulau Pinang | Restoran MUTIARA BONDA Juru, Pulau Pinang | Set Kari Kepala Ikan Berasap Berkepoiii-Kepoiiii

16:19

Tempat Makan Best Di Pulau Pinang | Restoran MUTIARA BONDA Juru, Pulau Pinang | Set Kari Kepala Ikan Berasap Berkepoiii-Kepoiiii

Assalamualaikum...
Satu lagi tempat makan best yang u all wajib singgah kalau berkunjung ke Pulau Pinang -Restoran Mutiara Bonda yang terletak di 1797-G-09, Kompleks Autoworld, Jalan Perusahaan, Juru Interchange, 13600 Perai, Pulau Pinang.. Restoran dibuka dari jam 11.30 pagi hingga 10.00 malam setiap hari kecuali hari Ahad... 

Apa yang menariknya lagi tentang Restoran Mutiara Bonda ini adalah mereka menyediakan 2 jenis masakan iaitu masakan ala kampung dan juga masakan ala thai dengan harga yang berpatutan.. Jom checkdaut!!! =D

Jemput masuk!!!

Boleh pilih samaada nak duduk kat bahagian dalam or kat luar.. memandangkan time Farah pi nie tengahari, so lebih sesuai duduk kat bahagian dalam la..panas lit-lit kot kat luar..hehehe.. tapi kalau malam Farah prefer dok kat luar.. baru romantik sikit..=D

Menu yang paling win kat sini adalah set hidangan kari kepala ikan.. tapi kalau u all tak nak makan set, boleh jer nak order ala carte pun.. ikut la citarasa masing-masing yer.. macam Farah of coz la nak cuba menu yang paling special kat sini.. sebab i memang 'hantu' kari kepala ikan tau..

sementara tunggu set makanan kami di hidangkan, kena la beramasss-mesra sikit kan.. nina kot nie..so kena la selfie..hehehe

Team Projek Blogger Utara & juga blogger jemputan..

peramusaji ke??? Eh tak kisah.. i multitasking ok.. semua boleh.. ok now, jom tengok menu apa yang disediakan oleh pihak Restoran Mutiara Bonda untuk kami..

Tadaaaaa...Nampak tak????? berkepoiiiii-kepoiiii oiiiii asap dia.. - The Best Fish Head Curry in Town - set hidangan nie untuk 10-12 orang makan..

SET MUTIARA BONDA
meh zooommm sikit!!!

Ikan Siakap 3 Rasa 

Sotong Goreng Tepung 


Ayam Goreng Kampung 

Udang masak merah

Telur Bistik


Sayur Kailan Ikan Masin

Kerabu Mangga

Ulam-Ulaman dan Sambal Belacan 

Jus Amra dan Lemon + asamboi

Untuk harga set hidangan istimewa boleh tengok kat sini.. kalau tak jelas..sila klik pada gambar...

Zommm sekali lagi.. -  Before -


and....-After-!!!!- muahahha.. rasa-rasanya kalau begini la kan keadaannya kan...maknanya sedap ke tidak???? Yer...sudah tentu la sedap!!!!! nak-nak lagi part bibir ikan tu ha... perghhhh i like!!!!

FYI, Restoran Mutiara Bonda juga menerima tempahan untuk makan tengahari, makan malam dan juga sebarang majlis..mereka juga turut menyediakan servis penghantaran bagi u all yang tinggal di sekitar Seberang Perai, Seberang Jaya dan Bukit Mertajam. Tempahan boleh dibuat secara online melalui Restoran Mutiara Bonda Delivery Eat.(KLIK)

 Overall Farah bagi 4.5/5 bintang!!!! 

**Terima kasih kepada pihak RESTORAN MUTIARA BONDA kerana sudi menerima kunjungan Team Projek Blogger Utara..

Psst:- Jangan lupa singgah kat sini tau kalau u all nak makan Kari Kepala Ikan Berasap Berkepoiii-Kepoiii!! Bye

With Love,
Farah




You Might Also Like

14 comments

  1. aniim scoll lelaju sebab tak tahan tengok makanan yang posing seksi atas meja ni hahaha. Kalau jejak Penang nanti, nak singgah la .... telioq dibuatnya!

    BalasPadam
  2. nampak sedap semua masakan dia...nnt kena cuba la sekali :D

    BalasPadam
  3. Yayaya.. tengok je laa.. jauh sangat nak pergi makan situ..

    BalasPadam
  4. Ths week nk blk penang..nk try la bt proposal kt hubs..hahahah

    BalasPadam
  5. Menariknyeee lauk2 dia. Sedap gileee. Mst nak kne try ni klu g penang

    BalasPadam
  6. wahh meriahnyerr., nyum2

    BalasPadam
  7. farah o farah..menitik air liur nengoknya..

    BalasPadam
  8. sedapnya lauk pauk dio... aduhhhh terliur tengok ni..

    BalasPadam
  9. terliur plak tgk kari kepala ikan tu..

    BalasPadam
  10. jatuh iman hakak ruhil tgk kari kepala ikan tu haha

    BalasPadam
  11. Sedap n buat x sabar nk pergi penang

    BalasPadam
  12. perrghhhh melelehhhhhh

    BalasPadam

Google+ Followers

Like me on Facebook

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping
|||| Click Banner For Details ||||