Memanjakan Diri Di Anggerik Spa & Beauty,Penang

15:59


Assalamualikum...
Pfftttt...Letih kot hari-hari terpaksa berulang-alik dari Sg.Petani-Penang untuk ke office...bertambah penat lagi apabila setiap hari jugak terpaksa mendengar bebalan dari sang suami sebab si isteri yang keletihan suka ketiduran di atas motor..agagaga..apa lagi gundah- gulana la sang suami takut si isteri terjatuh dari motorsikal yang dipecut lajuuuu..Ohhh sayang jugak rupanya sang suami pada si isteri yer...heee... 

Tapiiii ermm what to do.. begitulah rutin i setiap hari..rasanya kalau kerja swasta nie dah lama kot i berhenti kerja.. tapi sebab terkenangkan kerja gomen terpaksa lah i hadappp walaupun sengsara...Uwaaaaaaa! 

Dalam dok stress pasal nie..tiba-tiba team PBU bagi tahu we all dapat offer untuk memanjakan diri dekat Spa.. Haaahh apa lagi.. seperti orang yang mengantuk disarungkan bantal lah.. harus lah i nakkkkkkkk! dapat la hilangkan sikit sengal-sengal badan dan kebas-kebas vontoottt i nie..lagipun dan lama kot tak berspa nie..seingat i last berspa masa kat Bali dulu...perghhh dah lama sangat tu!! so kecik tapak tangan seluruh badan la i tadahkan..hahaha

So after dah set time, semua gegirlsss team PBU pun datang menerjah ke sini untuk memanjakan diri masing-masing..auwwwww bestnya...

MAKLUMAT MENGENAI ANGGERIK SPA AND BEAUTY

Untuk pengetahuan semua, Anggerik Spa and Beauty ini dimiliki oleh Puan Liza Ibrahim dan telah pun beroperasi selama 6 tahun di dalam pasaraya besar Giant, Bayan Baru, Pulau Pinang..



Puan Liza merupakan Pakar Industri DPIN & DSE di dalam sektor Medical & Pharmaceuticals, Cosmetology Kesihatan, Penjagaan Diri dan Alternatif Terapi.. Beliau juga menjadi sebahagian tenaga pengajar dalam bidang ini.. Bukan itu sahaja, beliau juga memberi peluang kepada pelajar untuk menjalani latihan industri di sini..



Cik Ira, staff praktikal Anggerik Spa & Beauty


sebelum start sesi memanjakan diri...kenalah la buat sesi rondaan kawasan dulu kan.. actually spa nie tak la besar sangat...cute jer saiz dia...tapi walaupun begitu, jangan risau fasilitinya lengkap dan sangat selesa...

ada banyak pakej yang ditawarkan antaranya u all boleh tengok kat banner di atas nie.. dalam banyak-banyak pakej tu i pilih Pakej Full Body Scrub With Coffee and Cucumber Mask untuk kulit wajah.. Pakej nie bagus untuk hilangkan selulit kat badan dan memutihkan kulit..hahaha..memang sesuaiiii sangat kan pakej nie untuk i.. 

Ok jom tengok kat kat bahagian dalam spa nie pula.. 
Wahhh..terkesima terus tengok kat bahagian dalamnya.. memang setanding pusat Spa di Bali okey! 


fasiliti semua lengkap.. ada jakuzi.. ada spa shower bath yang dihiasi dengan batu-batu kecil..sangat cantik..



ditambah lagi dengan alunan muzik yang mendayu-dayu yang pastinya membuatkan perasaan kita terbuai-buai seperti berada di sebuah pantai yang indah..wahhhh gitu imiginasinya ya..=D

sebelum memulakan sesi rawatan or sentalan.. kena buat rawatan foot spa dulu..bau dia wangiiiii.. ada 7 jenis bunga kat dalam nie...


Selesai sudah sesi rawatan.. hehehe.. Ehhh mesti ada yang tanya mana gambar masa tengah body scrub kan.. hahaha..hellooo tak kan i nak tayang body kat blog kot.. kah..kah..kah.. cuma i boleh bercerita jer la kat u all pengalamannya...hehehe



Ok selepas treatment foot spa tadi..staff kak liza iaitu Cik Ira memulakan sesi body scrub ke seluruh badan i dengan menggunakan scrub coffee..wanggiii beb..satu badan bau macam kopi starbuck dah..hahaha.. yang salute-nya lagi Cik Ira nie nampak badan ja kecik.. tapi bila scrub makkk oiiii berasa sampai ke lapisan kulit paling bawah tu haa..sentalan hebat dia memang keluar habis kot daki-daki kat badan i nie..muahahaaa...tapi dia sental kat part yang sepatutnya jer la.. yang part yang tak sepatutnya memang tak buat yer..jangan dok lebih-lebih pulak na..hahaha.. Then after selesai semua rawatan i kena mandi untuk bersihkan badan dari scrub coffee tadi.. 



Selepas sesi rawatan nie memang on the spot tau nampak result dia..seluruh kulit i rasa lembut jer..selembut kulit baybeeee ok..percaya tak..hahaha..silalah percaya..memang bagus and sangat berpuas hati..badan pun rasa ringan seperti di awang-awangkan jer.. must try ok darling...harga pakej yang i buat nie around RM200.00 sahaja..serius berbaloi i tell u.. 

Overall kami sangat berpuas hati dapat memanjakan diri kat Anggerik Spa & Beauty! Thanks to Kak Liza kerana sudi menerima kunjungan kami semua.. muahciked! 

Nah i kongsikan sekali antara Pakej Promosi 2016 dan harganya...checkadaut!

I highly recommended u all to come over here.. bukan senang tau nak jumpa spa muslimah kat area Penang ni.. for me, this is the best muslim spa yang you all should come.. jangan tak datang tau..nanti mintak Kak Liza kasik special price sikit kat u all.. bagi tahu jer u all baca kat blog i...hahahaha...

ALAMAT DAN NOMBOR TELEFON

kalau u all nak memanjakan diri kat sini jugak..nah alamatnya..jangan kata akak tak payung ok!


ANGGERIK SPA & BEAUTY

F09, Giant Supermarket,

Bayan Baru,

11950 Pulau Pinang 


Tel : 04-6440 355 (SPA) / 017-4933 578 (Puan Liza) 

FB : Liza anggerik spa


With love,
Farah

You Might Also Like

13 comments

  1. wahh..bestnyee..lama tak g spa sejak ada anak..huhu

    BalasPadam
  2. wah memang gebu gebas farah & da Geng (PBU)..

    BalasPadam
  3. wah..sedapnya memanjakan diri...

    BalasPadam
  4. syokkk u all berspa ekin ni bila boleh berspa ni....

    BalasPadam
  5. saya pernah ke anggerik spa ni pada 2009 before wedding
    service memang tip to..

    BalasPadam
  6. muka ada nur lepas spa... kikiki

    BalasPadam
  7. akk suka nak terai berspa2 ni..tp seriusla na cari masa tu takde langsung..hahahaa

    BalasPadam
  8. untunglah depa dah berspa..
    muka pun berseri2 pas spa
    saham naik balik pa haha

    BalasPadam
  9. Ada peluang nak manjakan diri buatlah Fara
    Kakak rasa sejak dah tua ni tak pernah dah buat itu semua:)

    BalasPadam
  10. Sekali sekala dapat manja2 diri memang ohhhhhsemm sgt haaa

    BalasPadam
  11. terasa mcm ada org tgh urut ms bc entry ni hahahah

    BalasPadam

Google+ Followers

Like me on Facebook

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping
|||| Click Banner For Details ||||