Chocolate Boss Cafe | Best Hipster Cafe In Penang - Wajib Terjah!

11:25


Assalamualaikum...
Ya Allah rindunya dekat blog..sebulan lebih kot tak dapat nak update apa-apa..dengan masalah internet-nya....dengan masalah ke-busy-an yang melampau-nya....dengan kehilangan-nya mood dan arah tuju nak berblog.. dengan banyak-nya story-mory travel yang pending.. Ya ampun..Ya ampun... seriously memang rasa rinduuuuuuuu sangat-sangat nak update blog macam dulu-dulu balik..kalau boleh hari nie jugak rasa nak hadam semua citer dalam satu entri..hahaha.. tamak!!! 

review/event under familia projek blogger utara pun banyak yang tertangguh.. sampai surrender kejap nak join projek review yang team projek blogger utara dapat.. bukan apa.. tak nak la nanti semua review/event nak join... tapi at the end tak dapat nak bagi komitmen pulak...so better kita relax dulu yer dak..

memandangkan hari nie ada masa free sikit..meh nak mulakan entri dengan projek review yang dah lama sangat tertangguh nie ha..so let's go...


sekarang nie Cafe yang berkonsepkan ala-ala hipster nie memang menjadi trend kan..sebab tu lah juga pemilik Cafe Chocolate Boss, Bro Fauzi turut memilih konsep sebegini untuk cafe beliau yang terletak di Medan Suri, Sg.Nibong Penang..


FYI, Cafe Chocolate Boss ini mula beroperasi sejak 3 Oktober 2015 dan menyediakan 7 jenis menu buat masa sekarang..maybe ke depan nie akan ada menu baru lagi ..sebab menurut owner, mereka still dok buat R&D lagi tentang coklat bagi memastikan hasil coklat mereka adalah yang paling sedap dan berkualiti.. salute lah!



Antara menu yang ada kat sini adalah kek..brownies..waffle dan aiskrim.. semuanya homemade yer..kualiti dan keenakan menu-menu yang ada kat sini memang win..dan yang paling best lagi harganya sangat-sangat berpatutan..

jatuh hati betul dengan interior design Cafe Chocolate Boss nie..

  
Walaupun ruangnya agak terhad tetapi mereka berjaya menghias dengan baik.. color black and white tu pun memang kena sangat dengan tema ala-ala hispter nie.. 







pelbagai jenis coklat bar pun ada jual kat sini.. =D

 wifie kejap dengan kak murni and familia sementara dok menanti menu kami siap..

CHOCOLATE BOSS MENU


Brownies.. Ice Cream Oreo..Ice Cream Crush Cone 
RM6.00



Belgian Chocolate Cake
RM6.90 / slice

Boss Waffle 
RM8.00

Boss Tower
RM10.00

kalau rasa tak nak dok kat dalam.. boleh jer nak lepak kat luar..=D


Farah jugak turut tak melepaskan peluang mencuba semua menu yang ada kat sini.. memang favorite i kot kek and aiskrim tu.. ngeee


Yang paling win bagi Farah of coz la Belgian Chocolate Cake.. Eh Boss Tower pun best...Eh jap-jap Brownies pun sedap jugak!! Ehhhh senang cakap semua menu dia memang win lah!!! 


U all pun wajib singgah mai kat sini cuba sendiri.. confirm tak menyesal punya.. chocolate dia tak muak langsung u all..tak terlalu manis..just nice jer... =D


tak sia-sia kita datang merempit kat sini kan sayang.. lepas nie kalau rasa nak makan kek lagi kita merempit lagi na..=D

Farah kasikkkk 4.5 bintang!!!!! 
kipidap Chocolate Boss...maintain-kan kualiti terbaik u all nie ok! 


 
Checkadaut guys!!!

Last but not least, terima kasih kepada Bro Fauzi kerana sudi menerima kunjungan kami ke sini yer! Farah doakan semoga Cafe Chocolate Boss akan terus success dan terkenal seantero Pulau Pinang!!! 



CHOCOLATE BOSS

D9, Kompleks Medan Suri,
Sungai Nibong Besar,
11900 Bayan Lepas, Penang.

Waktu Operasi : 1.00 PM - 9.00 PM (Monday - Sunday)
Telefon : 012-4146407 / 019-5121271

Official Instagram : @chocolatebossofficial

Official Facebook : chocolatebossofficial




With Love,
FarahGlanz

You Might Also Like

10 comments

  1. wahhh best nyerrrrr!! aiskrim mengancam giler~

    BalasPadam
  2. menu nampak sedap n harga pun boleh tahan. rasa macam tau tempat ni..tp masa pergi tu cafe ni blom ada

    BalasPadam
  3. mak oi Belgian Choc dia menggoda

    BalasPadam
  4. Hai Ka farah. Lama ika tak bertandang ke sini. Perghhh memang menggiurkan semuanya. Walaupun cafe dia kecik tp no hal sbb nak makan dessert kan. Janji happy

    BalasPadam
  5. aiskrim tu nampak sedap sangat musim2 panas ni tau

    BalasPadam
  6. Telan ayaq lioq sattttt....
    Hmmmmm

    BalasPadam
  7. depa xmau panggil ke 2nd review..tuk menu2 baru
    ahaks

    BalasPadam
  8. hantu coklat wajib terjah ni ;-)

    BalasPadam

Google+ Followers

Like me on Facebook

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping
|||| Click Banner For Details ||||