GENAP 50HARI DAH.....

10:12


Assalamualaikum...
Genap 50hari dah arwah nani (nenek) pergi.. tapi kehilangan arwah masih lagi terasa sehingga ke hari nie.. tak mungkin dapat aku lupa seorang insan yang sangat-sangat aku sayang nie.. dia lah nenek..dia lah ibu..dari kecil dia yang menjaga kami adik-beradik ketika mama dah abah bekerja.. dan dalam adik-beradik, aku adalah yang paling rapat sekali dengan arwah.. sebab tu lah aku bawak dia tinggal bersama-sama aku sebagai membalas jasa dia membesarkan aku.. lagipun tenang sikit hati bila dia ada di depan mata aku...jika nak citer kenangan bersama arwah rasanya 100 muka buku pun tak akan cukup..terlalu banyak sangat!!!!!!!

setiap weekend memang tugas aku yang akan mandikan dan suap arwah makan..aku kerap mengusik dia suruh makan banyak-banyak sampai gemokkk! gelak besar dia setiap kali aku mengusik..selama hidup, arwah memang seorang yang sangat penyayang dan penyabar...tak pernah sekali pun arwah sakitkan hati orang..mungkin kerana sifat arwah tu lah Allah jemput dia kembali pada hari Jumaat (11 Mac 2016)...hari penghulu segala hari.. Allah..Allah..Terima kasih Ya Allah.. :(

aku memang sedih kehilangan dia, tapi dalam masa yang sama aku gembira kerana dia dijemput dengan cara begitu mudah dan tenang sekali.. 3 kali menarik nafas akhirnya dia menghembuskan nafas terakhirnya di atas pangkuan adik aku, Nurul.. ketika arwah nak pergi tu...tinggal sesudu nasik lagi untuk arwah habiskan makanannya.. tapi siapa yang boleh menghalang kuasa Allah S.W.T..tak akan cepat ataupun lambat walau seminit jika ajal tiba kan..

aku ketika tu ada kat ofis...terus jadi tak keruan..aku dapat panggilan kecemasan masa arwah tengah nazak..perasaan aku ketika tu tak dapat aku gambarkan..kalau boleh aku rasa nak segera berlari balik ke rumah.. tapi apakan daya jarak bukannya dekat.. sepanjang dalam perjalanan balik ke rumah aku menangis tanpa henti.. terbayang-bayang wajah arwah kat depan mata.. sampai jer kat rumah.. tangisan aku terhenti.. tak tahu kenapa..tapi aku dapat lihat ketenangan kat wajah arwah yang terbujur kaku...aku redo.. 

jenazah arwah dibawa pulang ke kampung..urusan memandikan sehingga kapankan aku lakukan untuk terakhir kalinya..sebab selepas nie tak ada peluang lagi dah nak buat..selesai mandi tiba-tiba adik aku Nurul bagi tahu, raut wajah arwah seakan tersenyum..aku turut melihat benda yang sama.. tak tahu la perasaan kami atau memang arwah dah tenang di sana.. Allahuakbar.. bertuahnya arwah nani aku kan.. seusai subah, arwah selamat dikebumikan..rezeki arwah lagi sebab liangnya betul-betul terletak di bawah kaki arwah suaminya iaitu dada (datuk) aku..

Al-Fatihah buat Allahyarmah Kalsumbi Binti Ibramsa.. semoga diampunkan dosa-dosa arwah..dipelihara daripada azab kubur dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.. "Nani..InsyaAllah kakak tak akan pernah lupa untuk sentiasa sedekahkan doa buat nani di sana" :'(


With Love,
FarahGlanzDotCom


You Might Also Like

15 comments

  1. sedih sangat baca ni :'( arwah nani akak mmng org yg baik.. semoga syurga buatnya

    BalasPadam
  2. salam takziah...moga Nenek farah tenang di sana...apa pun dia milik Allah swt yang abadi...sabar ye

    BalasPadam
  3. Innalillah hi wainna ilaihirrajiun..semoga Roh Arwah ditempatkan di kalangan org yg beriman..Aamiiin!

    BalasPadam
  4. semoga arwah ditempatkan bersama2 orang yang beriman
    sob sob baca kisah nani
    al-fatihah

    BalasPadam
  5. Semoga yang baik2 sahaja untuk arwah kat sana..

    BalasPadam
  6. alfatihah, semoga arwah baik2 di sana

    BalasPadam
  7. Innalillah hi wainna ilaihirrajiun.. semoga rohnya berada di kalangan orang2 yang beriman dan tenang di sana.. amin..

    BalasPadam
  8. innalillah. semoga arwah ditempatkan dlm kalangan mereka yg beriman. hayatnya dag cukup bertuah krn ada yg menjaganya sepenuh rela..

    BalasPadam
  9. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan org2 beriman.. teruskan sedekah al-fatihah ye nani

    BalasPadam
  10. Allahuakbar. Maaf kak terlambat ucap takziah. Al fatihah

    BalasPadam
  11. innalillahi wainna ilaihi raajiunn

    alfatihah...

    BalasPadam
  12. al fatihah.. dh lama xdak tok dgn wan.

    BalasPadam

Google+ Followers

Like me on Facebook

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping
|||| Click Banner For Details ||||