OUR 13TH WEDDING ANNIVERSARY | ESCAPE TO KUCHING, SARAWAK | PART II : FESTIVAL TASIK BIRU 2015

10:35

Assalamualaikum..
Kat entri sebelum nie, i promise nak share pasal chalet kan..tapi sorry la, nampaknya i terpaksa skip dulu yang tu...sebab banyak sangat gambar2 yang perlu melalui proses editing and sorting lagi...i pun sampai rasa nak pitam dah tengok gambar2 yang terlampau banyak tu...huhuhu...sabar la yer..nanti dah settle i pasti akan share jugak kat sini...*kenyitmata

Ok now...meh nak citer dulu kejadian pada hari kedua di Kuching, Sarawak..

walaupun trip kali nie just datang for horneymoon jer, tapi rasa tak molek la pulak kalau tak pulang ke kampung halaman Edy di Bau..lagipun bukan selalu nak dapat balik ke sini..so dah alang-alang sampai, singgah la kejap jenguk sanak-saudara kat sana..=D

On the way ke Bau - nyaman jer suasana kat sini..jalan pun lengang..

FYI, kampung halaman Edy nie agak jauh ke dalam sikit..jauh jugak dari town...kalau dari tempat kami stay kat Damai Beach Resort tu lagi la jauh! ambik masa lebih kurang sejam lebih jugak la nak sampai ke sini..



Sesampainya kat sini, tengok mak aiii ramainya orang..ada apa pulak kat sini..Ohh rupanya ada Festival Air kat Tasik Biru..Wahhh! rezeki kami la kan dapat join sekali...Edy kata, kat festival nie selalunya akan berlangsungnya perlumbaan perahu Jong..1st time i dengar pasal perahu jong??? benda apa tu??..u all tahu tak????..tak tahu tak pe nanti i citer..tak payah nak pening-pening pikir..hahaha

Hurm..tengok la gelagat Emir Daniyal nie..asyik nak membeli jer..semua booth yang ada mainan dia nak stop!..gggrrr

Papa dia nie pun sama..jenis melayan..semua yang Emir mintak, dia belikan.. kalau i sorry la..yang padan patut jer i akan beli...kalau dah melampau sangat memang i tak layan la..bukan apa tak mau ajar menurut sangat semua permintaan budak tecik nie..nanti mua orang utara kata...


Meriah betul..awal2 pagi pun dah ramai datang ke sini..


macam-macam ada kat sini...dari motor berkuasa tinggi...berkuasa kurang tinggi....

sampai la ke pameran pakaian tradisonal suku kaum Sarawak pun ada..macam dalam gambar nie tak silap i baju tradisional suku kaum Dayak kot..kalau salah mohon betulkan yer..=D

Haaa...kat atas tadi tak dapat nak bayangkan macam mana la rupanya perahu jong tu betul tak..Okay nah..macam nie la rupanya yer..comel jer kan perahu2 jong nie.. buat hiasan kat rumah pun lawa nie..hehehe =D



terjumpa cousin Edy, Atot kat sini..=D



game belum start lagi..sabar-sabar...

okay..semua peserta dah bersiap sedia dengan perahu jong masing-masing..




perlumbaan pun bermula..ready..set..go!!!

laaa..sekejap jer dah jauh..hehehe

btw terhibur jugak la tengok perlumbaan perahu jong nie..seronok dengar suasana riuh-rendah dengan sorakan orang ramai yang bagi sokongan..tapi perahu mana yang menang i tak tahu..sebab kami tak tunggu pun sampai keputusan diumumkan..hehehe

Sebelum bergerak dari sini.. lepak kejap sambil menikmati pemandangan indah kat depan mata.. 

ini la Tasik Biru.. lawa betul color air dia kan..

tak puas tengok dari atas..turun ke bawah pulak..

Aduhai cantiknya.. 

Edy kata dulu kecik2 dia suka datang mandi kat sini.. mesti best kan..dah la color air tu lawa.. dan macam emerald pool kat Krabi dah..

tapi katanya sekarang dah tak dibenarkan lagi mandi kat sini...huhuhu


Okay..selesai sudah aktiviti kat sini..

Masa on the way balik, kami singgah makan mee kolok tersedapppp kat Kuching.. kat mana nanti i share kat next entri yer.. Bye!


With Love,
FarahGlanzDotCom

You Might Also Like

16 comments

  1. rs nyer festival ni penah msk majalah 3 dulu

    BalasPadam
  2. xde org mandi ke dlm tasik biru tu?

    BalasPadam
  3. p/s org melaka pun panggil mua juga.. hehehe

    (jgn di mua kan sgt budak tu, nnt da besar pemalas!)

    BalasPadam
  4. cantiknya Tasik Biru tu. <3

    BalasPadam
  5. Catiknya warna tasik tue. Kenapa yer, dah tak bagi mandir sana?

    BalasPadam
  6. ntah bila nak jejak ke sini

    BalasPadam
  7. Sarawak tak sampai2 lagi...

    BalasPadam
  8. memir sakan shopping kalah mama... hahaha

    BalasPadam
  9. wishlist jugak ni..nak bawak anak2 jejalan kuching

    BalasPadam
  10. memang cantik air tasik tu farah

    BalasPadam
  11. Cantik permandangan kat sarawak

    BalasPadam
  12. laa..naper xleh mandi?? rasa macam nak terjun jer..

    BalasPadam
  13. bawak belon upin ipin ke hulur ke hilir..hihi..seronok ye..cantik tasik tu..pemandangan dia..

    BalasPadam

Google+ Followers

Like me on Facebook

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping
|||| Click Banner For Details ||||