Bangkok Hotel dan Tips Bercuti Ke Sana

15:02

Assalamualaikum...
Picture sumber google
Merancang percutian ke Bangkok? Sememangnya destinasi percutian ke Bangkok, Thailand pasti akan membuatkan anda akan berasa kagum kerana ia merupakan salah satu bandar yang terbesar dan paling meriah di Asia Tenggara. Rasanya sudah ramai yang tahu, apa itu Bangkok? Ia adalah ibu kota dan bandar terbesar Thailand yang terletak di sebelah timur tebing Sungai Chao Phraya yang berdekatan dengan Teluk Thailand. Ia juga merupakan salah satu destinasi pelancongan yang paling popular di dunia dengan lebih 15 juta pelancong yang datang melawat pada setiap tahun. Bangkok adalah nadi utama kepada Thailand kerana di bandar inilah tempat pusat pentadbiran, pelancongan, ekonomi dan sosial bagi negara mereka. Jadi, tidak hairanlah kalau terdapat banyak tempat yang menarik di sekitar hotels in Bangkok yang boleh kita boleh kunjungi. Bagi u all yang baru first time nak ke sana, ini ada beberapa tips yang boleh u all gunakan.



1.Pemilihan Tempat Penginapan



Sebagai destinasi pelancongan yang popular, terdapat banyak tempat penginapan yang u all boleh pilih kerana Bangkok Hotel dan guesthouses berada di merata-rata tempat. Terasa macam rambang mata untuk memilih sebab memang banyak sangat pilihan a place to stay dari rating 1 bintang sampailah 5 bintang. Bagi i tak perlulah untuk tinggal di tempat-tempat penginapan yang mewah sangat. Cukuplah sekadar dapat tidur dan mandi dengan selesa serta mempunyai beberapa kemudahan yang tertentu sudah cukup bagus. Kalau u all pergi dalam kumpulan yang ramai, i cadangkan tinggal saja di hostel. Kalau pandai cari, boleh dapat hostel bawah RM20 untuk 1 kepala. Haa, jimat kan?




Kalau boleh sebelum pergi book siap-siap accommodation mana yang u all nak stay sebab nanti kalau dah sampai kat Bangkok tidaklah teragak-agak nak pergi ke mana dan terus tunjuk saja alamat tempat penginapan kepada pemandu teksi, mereka sudah boleh hantar u all ke sana. Lagi satu, untuk memudahkan perjalanan u all, lebih baik u all cari accomodation yang berhampiran dengan public transport contohnya Bangkok City Hotel yang terletak di Petchaburi. Hanya lebih kurang 10 minit berjalan kaki sudah sampai ke BTS Ratchathewi yang menghubungkan u all untuk pergi ke tempat lain. Kedudukan tempat ini juga agak strategik dan berdekatan dengan beberapa tempat tumpuan pelancong seperti Jim Thompson House, Siam Square, Siam Discovery Centre dan Suan Pakkard Palace.


2.Rancang Perjalanan dan Pengangkutan Awam


picture sumber google 

Walaupun terdapat banyak pengangkutanan awam di sekitar Bangkok Hotel, u all wajib study dulu ke mana tempat yang harus kalian pergi sebelum sampai di sini. Kalau rajin buat siap-siaplah itinerary kat rumah supaya terancang perjalanan tu. Sediakan 1 buku nota kecil pun tidak mengapa tak perlu besar sangat. Then, tulis maklumat yang padat bagaimana kalian nak pergi ke sesuatu tempat tu, pengangkutan awam apa yang perlu digunakan, peta dan sebagainya. Ada sesetengah tempat tu u all terpaksa ke sana dengan menaiki bas dan sebagainya..sebab train, BTS dan MRT tidak dapat sampai ke tempat tersebut. Kalau tidak mahu berebut-rebut naik bas better u all naik teksi atau tuk-tuk saja tapi pastikan u all lebih berhati-hati dengan pemandu teksi yang tidak menggunakan meter sebab boleh jadi u all berasa mahal dengan caj yang mereka kenakan. Bagi tempat yang hanya sekangkang kera saja, I cadangkan u all pergi dengan berjalan kaki. Memang agak penat sikit tapi itu lebih jimat dan u all boleh melihat keadaan sekeliling dengan lebih dekat. Pastikan kalian memakai pakaian yang ringan dan loose tau sebab cuaca dekat Bangkok ni agak panas berbanding Malaysia.



3.Bekalan Makanan Halal yang Mencukupi



Sememangnya di sekitar hotels in Bangkok ni tidaklah susah sangat nak dapatkan makanan halal. Macam dekat sekitar Pratunama ada restoran Mak Yah dan Haryati yang turut menyediakan makanan halal Thai. U all juga boleh cuba makan di restoran Al-Maedah. Semua jenis makanan ada disediakan, makanan thai, india, arab dan lain-lain. Selain itu, u all juga boleh cuba makan di Chatuchak Market yang menghidangkan pelbagai pilihan makanan halal dan sedap yang diusahakan oleh orang islam. Jika u all jenis yang cepat lapar, i sarankan u all sediakan stok mee segera atau siap-siap beli makanan bungkus di luar untuk makan di hotel. Kalau nak dapatkan sumber makanan ringan yang halal seperti roti, cereal atau susu, u all bolehlah beli dekat 7-Elevan berdekatan.


Rasanya setakat ini dulu I kongsikan beberapa tips buat u all yang sedang merancang untuk pergi bercuti ke Bangkok nanti atau untuk lebih memudahkan urusan tempahan hotel dan sebangainya u all boleh layari...


Ok..sekiranya ada apa-apa pertanyaan lagi or ada sesiapa yang nak kongsikan tips bercuti ke Bangkok just drop in the comment section below yea.. =)

Bye..have fun!!! 


With Love,
FarahGlanzDotCom

You Might Also Like

17 comments

  1. cantiknya view di Bangkok

    BalasPadam
  2. bangkok, bab mkn mmg x yah risau... senang sesangat... mknn halal semakin byk

    BalasPadam
    Balasan
    1. jom nak repeat lagi tak?? boleh jadi tour guide farah..=D

      Padam
    2. lai lai laiiiiiiiiii


      p/s jgn nmpk kn nina komen ni hahahahahahah

      Padam
  3. teringinnya nak p..takpe tggu anak2 besau dlu sambil kumpul duit..hehehe

    BalasPadam
  4. teringin nk pegi..hrp 1 ari nnt dpt spi cni..

    BalasPadam
  5. bestnye kalau dpt g melancong :)

    BalasPadam
  6. jom kita p bangkok nak haha

    BalasPadam
  7. menarik tp takut kena bom ... hehehe
    nk masuk hatyai pun risau ....

    BalasPadam
  8. Wowww cantik dan luasnya blog farah....bestnya melancong...lama plak x on...

    BalasPadam
  9. cantik dan menarik tempatnya..

    BalasPadam
  10. Terkagum tgk view di sana. Nmpk mnrik je kak. Bestnyaaa klau dpt pergi ke sna..

    BalasPadam

Google+ Followers

Like me on Facebook

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping
|||| Click Banner For Details ||||