Tips Apa Yang Perlu Anda Tahu Dan Buat Sebelum Melancong Ke Seoul,Korea Pada Musim Bunga

14:22

Assalamualaikum...
Hai kesayangan...ok sebelum i nak mulakan travelog percutian ke Seoul, Korea pada musim bunga...meh la nak share sedikit tips yang mungkin dapat dijadikan panduan buat u all yang sedang merancang untuk pergi bercuti ke negara 4 musim nie.. tips nie adalah berdasarkan pengalaman i sendiri yang berbulan-bulan dok study sebelum nak menjejak kaki ke negara K-Pop nie..tapi sorry K-Pop i tak minat..negara dia jer i suka..hahaha..ok selepas dah tak blur-blur lagi tentang negara Korea hasil dari pembacaan di blog-blog..akhirnya i decide pergi bercuti ke Seoul, Korea pada musim bunga selama 5H4M tanpa menggunakan travel agent! 

Travelog i akan menyusul selepas nie okiesss.. now meh i list kan dulu tips mengikut point by point yer...let's checkdaut!

1. Musim
Korea adalah negara yang mempunyai 4 musim iaitu..musim sejuk.. musim bunga..musim panas dan musim luruh. so u all kena plan betul-betul musim mana yang u all suka..kalau teringin nak main salji di kawasan pergunungan boleh pergi semasa musim sejuk..kalau nak tengok bunga-bunga sakura atau cherry blossom berkembang mekar boleh pergi semasa musim bunga.. kalau nak jenjalan dengan tenang tanpa mengadap cuaca sejuk boleh pergi pada musim panas atau jika nak tengok dedaun merah, kuning dan oren yang jatuh berguguran boleh lah pergi semasa musim luruh..

Di antara 4 musim nie, yang menjadi pilihan majoriti pelancong negara kita bercuti ke sana adalah pada musim luruh..bunga dan sejuk.. musim panas agak kurang sikit mungkin sebab faktor cuaca negara kita pun dah panas jugak yer dak..so terpulang la pada taste masing-masing nak bercuti pada musim yang mana yang sesuai dengan bajet masing-masing...

2. Waktu Terbaik Bercuti Pada Musim Bunga
Sekiranya memilih bercuti untuk pergi bercuti ke Seoul, Korea pada musim bunga, sebaiknya datang la pada penghujung bulan Mac sehingga pertengahan bulan April..pada waktu nie bunga-bunga sakura dan cherry blossom dan mulai berkembang dan panaroma di sekitar bandar Seoul akan bertukar menjadi seperti kebun bunga yang besar di tengah bandar.. sana sini dapat tengok bunga...view memang ohsem!

3. Itinerary 
Buat yang pertama kali nak jejak kaki ke sana, wajib buat itinerary supaya trip dapat berjalan dengan lancar..kalau tak buat i rasa boleh kucar-kacir jugak la..melainkan u all guna travel agent..so bole biar jer travel agent jer yang handle semua..tapi sekiranya nak travel ala-ala backpacker style, better la buat itinerary siap-siap, mana nak pergi..apa nak buat..supaya masa kita kat sana tak terbuang macam tu jer..sebab dekat Seoul nie banyakkkk sangat tempat best yang u all boleh pergi..so kena plan dan list betul-betul tempat mana nak pergi dengan tempoh masa yang ada.. 

later, kat next entri i akan share tempat-tempat best yang wajib kena pergi kalau bercuti ke Seoul, Korea pada musim bunga ok..


4. Pakaian
Suhu pada musim bunga jugak agak sejuk yer.. biasanya suhu adalah sekirar 4°C- 20°C.. so sila lah pakai baju yang bersesuaian bagi suhu tersebut..suhu sejuk dia nie boleh sampai ke tahap mengigil jugak tau..so bawak la 2-3 helai baju sejuk untuk percutian selama 6H5M...

selain baju sejuk..make sure pakai gloves...serius memang kena pakai tau..sebab bila kita travel malam suhu akan jatuh lagi sejuk berbading waktu siang..so  untuk menggelakkan jari-jemari menjadi kebas, sila lah bawak sekurang-kurangnya sepasang gloves..kalau boleh beli yang jenis boleh touch screen tu..so tak de la nanti bila nak touch hp kena buka berkali-kali.. gloves jenis tu boleh dibeli di kedai daiso...harga RM5.30/each.. 

bagi kasut pulak better pakai yang jenis bertutup..kasut sport/kasual pun dah ok..janji bertutup..sebab again i bagi tahu cuaca pada musim bunga tetap sejukkkk..bole rasa sampai ke tulang okiess...lagi satu kat sini banyak kena berjalan dan berlari..ahaa..so make sure pakai la kasut yang bersesuaian..

5. Ubat-Ubatan
Ini Penting!!! make sure bawak siap-siap ubat-ubatan seperti paracetamol ke minyak urut ke..atau apa-apa yang dirasakan perlu..sebab kita kan akan beralih cuaca..so kalau tiba-tiba jatuh sakit kat sana tak perlu la risau lagi..

6. Tukaran Wang
Seeloknya tukar wang siap-siap di Malaysia..tahu tak nilai duit Korean Won adalah 3x ganda lebih besar daripada mata wang negara kita.so kalau nak pergi sana make sure saving awal-awal.. sebab duit kita kecik sangat kat sana..sobs...sobssssss...

7. Mesti Download App..

sistem jaringan pengangkutan di Seoul sangat la memeningkan kalau kita tak betul-betul faham route dia..tapi don't worry...InsyaAllah tak akan sesat kalau kita...




download app Korea Subway nie.. memang  sangat membantu melancarkan perjalanan kita.. hanya perlu masukkan nama tempat kita berada pada masa tu dan ke mana destinasi yang kita nak tuju..app tu akan tunjukkan segala maklumat lengkap kat situ berserta dengan kosnya sekali.. 

satu lagi..please download jugak Visit Korea App nie.. sangat-sangat berguna jugak kalau kita nak tahu tempat mana best ada di sana.. kalau boleh sebelum bertolak boleh dapatkan voucher diskaun kat pejabat mereka di KL.. tapi kena collect sendiri kat pejabat mereka.. i tak pi collect pun..sebab jauh kan..so download app nie jer la sebagai info...

8. Penginapan
Pilih tempat penginapan yang strategik..yang dekat dengan metro access..sebab dapat menjimatkan masa..tenaga dan kos.. tapi kalau ada bajet lebih stay jer dekat area Myeong-Dong atau Gangnam..lagi best sebab dekat dengan tempat shopping..atau kalau prefer nak senang dapat makanan halal, boleh la stay dekat area Itaewon..

Seelokknya tempah penginapan 3 bulan lebih awal untuk dapat harga yang berpatutan..konsep hotel nie selalunya semakin makin dekat kita tempah semakin mahal harga yang ditawarkan..so nak jimat sila booking awal..untuk tempahan boleh tengok di Agoda.com, Booking.com atau Airbnb.com

9. Internet
Rata-rata public area di Seoul,Korea nie ada disediakan WIFI secara percuma..tapi ada jugak yer area yang tak de coverage dan ada jugak yang kena bayar...so bagi yang jenis tak boleh hidup tanpa internet...macam i la tu..hehehe.. so boleh la rental Wiyo Wifi siap-siap dekat Malaysia.. harga u all boleh check kat website dia..dont worry harga berpatutan dan coverage pun lajuuuu berdesupp walaupun jauh sampai ke nami island tu haaa.. 




10. T-Money
Sampai jer kat airport benda pertama yang kita wajib beli adalah kad T-Money.. kad T-Money adalah kad prabayar yang digunakan untuk membayar pengangkutan awam seperti subway...bas..taxi..dan ada jugak convenience store yang accept kad nie..

Kad T-Money boleh dibeli di kedai serbaneka 7-Elevan dan jugak GS25 dengan harga 2500KRW/each

11. Stanby Botol Air Kosong
Travel ke negara bukan islam nie kena lah bersedia untuk menghadapi situasi tandas tanpa paip yer..so bagi yang rasa tidak kurang selesa tu, sila bawa botol air kosong bersama-sama yer..


12. Makanan
FYI, makanan halal susah sangat nak dapat di Seoul, Korea nie kecuali di Itaewon la.. kalau ada pun kat tempat lain selain Itaewon tu..harga memang betul-betul mahal.. i pernah makan dekat satu restoran halal nie utk 4 orang makan nasi goreng bersama air jus mencecah sehingga RM300..rasa pun tak de la sedap mana pun.. so kalau nak jimat boleh lah bawak bekalan makanan siap2 dari Malaysia..i suggest brahim pack food tu dan mee maggiiiiiii!

13. Aktifkan Kad Debit
Sekiranya anda tidak mempunyai kad kredit, jangan risau..dekat Seoul menerima kad debit dalam urusan jual beli mereka.. tapi make sure aktifkan dulu kad debit tu sebelum pergi bercuti yer.. 

14. International Plug Adapter
Wajib ada tau..kalau terlupa bawak boleh beli di mana-mana 7-Elevan shop dekat sana..

15. hurmm...kalau ada lagi tips lagi yang i perlu kongsikan i akan update lagi yer..so bagi yang merancang nak ke Korea tue silalah bookmark entri i nie ok..hehehe..stay tuned!... =D


psst:- a very special thanks kepada SYM yang banyak jugak membantu memberikan info travel ke Seoul, Korea nie..Muahciked! =D 


With Love,
FarahGlanzDotCom 

You Might Also Like

11 comments

  1. Wewit...
    Rindu nak p tmpt sejuk2 lagi

    BalasPadam
  2. Ok..entry ni mmg akan akk rujuk kalau ada rezeki ke korea..tq sis for this entry..really helpful

    BalasPadam
  3. terbaiklah tips uols bg
    padat mampat tepat mendalam

    BalasPadam
  4. Thanks. i am going to korea after my japan trip

    BalasPadam
  5. last time pergi 2011.mesti dah banyak perubahan kat situ. aiihhh bile la dapat pergi lagi

    BalasPadam
  6. rm300? mkn kt malaYsia kt pizza hut pun x smpi harga tu adezzz RM... RM...

    BalasPadam
  7. berguna sgt tips ni utk yg plan nk pegi korea..xsabau nk bace travelog farah ke korea..

    BalasPadam
  8. Good tips. Tq kakak. Nk plan g korea pulakkk.

    BalasPadam
  9. Klau la dpt pergi ngra 4 musim ni, nk pergi musim bnga @ luruh. Teringin sngt. Hihi

    BalasPadam

Google+ Followers

Like me on Facebook

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping
|||| Click Banner For Details ||||