JUARA PERTANDINGAN AKHIR CABARAN RAJA KUAH KNORR 2016

13:16

JUARA PERTANDINGAN AKHIR CABARAN RAJA KUAH KNORR 2016



Sewaktu berlangsungnya MAHA 2016 di Serdang telah diadakan pertandingan akhir CABARAN RAJA KUAH KNORR 2016 pada 9hb December 2016.

Pemenang dari setiap zon (Sentral, Selatan, Pantai Timur dan Utara) telah bertanding untuk memenangi gelaran Raja Kuah Knorr 2016. Pemenang dari setiap bahagian akan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM15,000 dengan pakej umrah eksklusif untuk 2 orang.

Pertandingan akhir Cabaran Raja Kuah Knorr (RKK) ini diadakan untuk memberikan penghargaan lebih tinggi untuk hidangan masakan berkuah Melayu yang mempunyai populariti hebat di kalangan semua rakyat Malaysia. Untuk 2016, Cabaran RKK diadakan untuk mencari hidangan kuah Melayu terbaik di Malaysia sekaligus menghargai pengendali makanan yang kreatif dalam usaha mereka memberi hidangan yang terbaik dalam salah satu hidangan kuah kari, masak kicap dan masak lemak.


Pertandingan ini telah diadakan dengan meriah sekali dan diadili oleh Chef Celebriti iaitu Chef Jo, Chef Profesional UFS, Chef Mohd Hadzrin Mohd Din, Blogger Makanan terkenal dan Pengasas Projek Blogger Utara, Nor Ariffin Hamzah serta Penulis Buku Resepi dan Blogger, Ruzita Idias Ismail akan menentukan pemenang-pemenang terbaik mengikut kriteria seperti kebersihan, persembahan dan citarasa.

Antara finalis-finalis Pertandingan Akhir Cabaran Raja Kuah Knorr 2016 terdiri daripada:

Raie Mahidin (Juara Zon Sentral)
Tema: Hantaran & Hidangan Perkahwinan

Mohd Salezahrin Mohd Salleh (Juara Zon Selatan)
Tema: Santapan D'Raja Sri Menanti Istana




Mohd Hilmi Mohd Alia Ahmad (Juara Zon Pantai Timur)
Tema: Warisan Kampung Knorr


Budiman Bistari Mohamed (Juara Zon Utara)
Tema: Hidangan Portluck Knorr 1 Malaysia


Juara Cabaran Raja Kuar Knorr 2016 telah dimenangi oleh Encik Budiman Bistari Mohamed dari Zon Utara yang bertemakan Hidangan Port Luck Knorr 1Malaysia yang membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM41,500. Tahniah kepada Encik Budiman. Encik Budiman, 41 merupakan pengusaha trak makanan dari Selangor.


Hidangan Port Luck Knorr 1Malaysia merupakan resepi generasi turun-temurun dari arwah datuk dengan olahan semula untuk memenuhi tema dan masa pertandingan.




Terima kasih pada juri-juri dan semua yang terlibat dalam menjayakan pertandingan akhir Cabaran Raja Kuar Knorr 2016. Cabaran Raja Kuah Knorr dijayakan bersama dengan penyertaan jenama peralatan dapur komersial Butterfly serta jenama Harmuni untuk santan dan kicap.


Tahniah pada pihak UFS atas anjuran pertandingan ini. Diharapkan pertandingan seumpama ini memberi insprasi kepada pengendali makanan untuk terus mencipta menu2 yang kreatif dan terbaik.


#projekbloggerutara
credit:- http://arwendanish.blogspot.my/




You Might Also Like

7 comments

  1. wahhhh untungnya jadi juara....pakcik kayoooo

    BalasPadam
  2. encik bos tu skrg dah terkenal..asik muka je dia skrg kat fb denai hahahaha

    BalasPadam
  3. untung la pakcik tu.
    Tengok makanan terus lapor...ahaha

    BalasPadam
  4. bestlaaaa CP asyik makan ja hahaha

    BalasPadam
  5. dgn skill dan minat boleh hasilkan $$$ hebattttt

    BalasPadam
  6. Tahniah kepada semua yang menjayakan program ni

    BalasPadam

Google+ Followers

Like me on Facebook

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping
|||| Click Banner For Details ||||