MAHA 2016 Catat 3.7 Juta Pengunjung!

23:45

Assalamualaikum and Haiiii..
Walaupun MAHA 2016 dah berlalu, tapi sana sini orang masih bercakap tentang keunikan dan kehebatan pameran nie sepanjang 11 hari ia berlangsung..Bertemakan OUR FOOD, OUR FUTURE, Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur atau ringkasnya MAHA 2016 telah berjaya menarik minat 3.7 juta pengunjung berbanding pada tahun 2014, dan jumlah nie merupakan yang terbesar berjaya direkodkan dalam sejarah penganjurannya. Wow! terbaik lah.
.
Antara tarikan utama MAHA 2016 yang menyebabkan orang ramai berpusu-pusu datang, adalah kerana penganjuran kali nie membawakan kelainan terbaharu dengan pendekatan agrotainment seperti Kampung Durian Runtuh Upin & Ipin, Kampung Mak Cun, Festival Muzik Ritma Petani dan Tapak Perkhemahan untuk 5000 remaja yang ternyata memberikan impak yang positif serta ditambah lagi dengan pembabitan 1,500 gerai pameran membuatkan pameran ini berjaya menarik setiap lapisan golongan masyarakat untuk datang merasai sendiri kemeriahan sepanjang ekspo berlangsung..



Seawal pagi lagi, orang ramai sudah berpusu-pusu ke sini untuk mendapatkan produk makanan hasil dari pertanian yang terbaik Malaysia..Khabarnya sepanjang 11 hari ekspo berlangsung, jumlah kutipan yang berjaya dibuat mencecah sehingga RM380 juta okay!




Lembu sado antara yang mencuri tumpuan orang ramai yang datang ke MAHA 2016! 


Selain itu, aktiviti pada waktu malam di MAHA 2016 juga tidak kurang hebatnya, kerana para pengunjung yang datang berpeluang untuk menonton Konsert Rhythm of the Farmers secara percuma yang dipersembahkan oleh artis-artis tempatan yang terkenal seperti Ramli Sarip,Ebiet G.Ade, Projector Band, Man Bai, Khalifah Band dan ramai lagi.. 




Ratu Rock Malaysia, Ella juga turut tidak ketinggalan membuat persembahan di Pentas Kampung Mok Cun...Hurmm, bertuah la kepada mereka yang pergi ke MAHA 2016..confirm best dapat tengok Ella perform live depan mata kan.. 

Ok last but not least, jom layan Timelapse Video MAHA 2016..seriously sangat happening!



Tahniah diucapkan kepada pihak penganjur MAHA 2016 dan diharapkan agar penganjuran bagi MAHA 2018 nanti akan lebih hebat lagi yer...𝨾

Untuk maklumat selanjutnya boleh layari:-

Facebook : maha.gov.my



With Love, 
FarahGlanzDotCom

You Might Also Like

3 comments

  1. walaupun dekat tp kami tak pergi pun hehehe... tgk dari jauh je

    BalasPadam
  2. best kan kalau berpeluang boleh pergi program macam ni.. tapi apa kan daya jauh nak pergi tengok dari fb jer...

    BalasPadam

Google+ Followers

Like me on Facebook

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping
|||| Click Banner For Details ||||