Percutian Ke Seoul,Korea Pada Musim Bunga 2016 | Day 3- Part 1 : Changdeokgung Palace and Huwon, Secret Garden (창덕궁과 후원) [UNESCO World Heritage]

11:47

Assalamualaikum..

Haiiii...ok jom sambung citer hari ke-3 di Seoul, Korea..Itinerary hari ketiga nie agak tersasar jauh dari yang telah dirancang..semuanya disebabkan adik i Nurul punya hal..boleh pulak last minit dia pi deal untuk bisnes discussion dengan supplier kat sini..mula tu i okey jer..sebab ingat tak akan ambil masa yang lama..paling lama pun maybe dalam 2 jam kot..so ok lah..sementara tunggu dia, kami just lepak jer la kat hotel..


kemudian setelah agak lama menunggu...tengok2 jam dah hampir ke tengahari dah.. Haa..sudahhhh! mengarut dah budak nie..bila whatsapp tanya, dia kata lambat lagi...mula la i nak hanginn!!! tak kan kami just nak buang masa terperap jer kat dalam bilik kan..

sepatunya plan asal kami awal pagi nak ke Yeouido Park (여의도공원) untuk tengok cherry blossom..tapi dah jadi macam nie, terpaksa la tukar plan ke Changdeokgung Palace..sebab jarak tempat nie dengan hotel tak jauh..cuma 10 minit berjalan kaki jer...so kami bertiga ke sana tanpa adik i Nurul..padan muka dia nak bisnes sangat..hahaha...

setelah 10 minit berjalan akhirnya kami sampai di sini...


Changdeokgung Palace and Huwon, Secret Garden (창덕궁과 후원) [UNESCO World Heritage]


Getting Here:
Anguk Station (Subway Line 3), Exit 3. Go straight for 5min.
or
Jongno 3(sam)-ga Station (Subway Line 1, 3 or 5), Exit 7. Go straight along Donhwamun-ro Street for 10min.

dalam banyak2 palace yang ada dekat Korea nie..make sure u all datang ke Changdeokgung Palace nie tau sebab tempat dia sangat lawa ..dan yang menariknya lagi kat sini, kita boleh masuk sampai ke secret garden yang dikenali sebagai tempat rehat bagi raja-raja, kat dalam taman tu ada pokok gergasi yang telah berusia lebih 300 tahun, kolam kecil dan pavilion..senang cakap..secret garden  nie macam taman istana untuk raja dating gitu la kekdahnya..heee

tapi hari tu, kami tak berpeluang nak masuk ke secret garden nie sebab tiket sold out! huhuhu..sedihhhhh...rupanya sehari ada 4 sesi sahaja untuk tour ke secret garden..nak masuk sini, kita memang kena follow tourist guide...kalau tak, tak boleh masuk..

tak pe la tak dak rezeki nak tengok tempat raja dating...dapat masuk istana pun jadi la.. so kami beli tiket entrance untuk tour istana sahaja..


Changdeokgung Palace

Admission Fee:

Regular Tour (Changdeokgung Palace)-Adults 3,000 won/Children 1,500 won
Huwon Tour (Secret Garden area)–Adults 5,000 won/Children 2,500 won
Interpretation Services-Changdeokgung Palace:
Korean: 09:30, 11:30, 13:30, 15:30, 17:30
English: 10:30, 14:30/Japanese: 12:30/Chinese: 16:00

Interpretation Services-Huwon:
Korean: 10:00, 11:00, 12:00, 13:00, 14:00, 15:00, 15:30, 16:00, 16:30
English: 11:30, 14:30/Japanese: 10:30, 13:30/Chinese: 12:30


di pintu gerbang Changdeokgung Palace

nie la tour guide kami.. kami tak fokus sangat dia dok membebel apa.. sekejap ja kami follow dia..lepas tu terus gerak sendiri.. nak tunggu dia memang lambat la..tour ambik masa dalam 2 jam tak silap..hehehe

tengah jalan2 terjumpa ajumma comey pakai hanbok..so ajak bergambar..adik i Ikmal yang paling syiokkkkk sekali..tak habis-habis dok puji awat depa lawa sangat...Edy pun sama..kemainnnnn senyum leborrr! haishhh..

view dalam istana nie memang ohsem! sebab datang pada musim bunga..so dapat tengok la tempat nie penuh dengan bunga-bungaan..




teringin nak pakai hanbok nie..tapi tak tahu la ada saiz ke tidak..agagaga..




kawasan istana nie sangat luas tau..ada banyak tempat yang kita boleh singgah untuk ambik gambar..antaranya kat kawasan awam istana, bangunan2 kediaman keluarga diraja dan taman2 istana.. 


yang nie maybe tempat singgahsana raja la kot..tapi kita tak dibenarkan masuk sampai ke dalam..just boleh intai dari tingkap jer..


okiess now jom layan gambar jer la.. nak citer pun tak tahu info..sebab kami kan dah tinggalkan tour guide kami jauh di belakang sana..hahaha.. kalau ikut tour guide boleh la jugak tahu apa cerita tentang tempat-tempat nie dari A-Z.. hehehe..kalau tak rushing..okey jer..boleh la khatam citer pasal istana nie kan..macam kami yang nak cepat, kena redah ikut kepala sendiri jer la..



memukau pandangan mata sungguh!







kat sini pun ramai tourist singgah..nak masuk ikut pintu kecik macam gambar i kat atas tu..









perasan tak..nie la gambar kat header i tu..



mentang cuaca dingin.. pose kemain aih..

lawa sangat pokok nie kalau tengok dari bawah..bunga dia putih suci..



On the way nak balik, nampak ada taman cantik nie..so kami singgah relax dan rehatkan kaki kejap kat sini..kejang dah berjalan banyak sangat kat dalam istana tadi..

tenang rasa dapat tenung lama2 pokok yang memutih jer bunga dia nie..bunga apa tah namanya...malas nak google..kalau tahu meh share sat..heee

ok la habis dahpart nie..tunggu next entri la pulak okiesss..Bye!


With Love,
FarahGlanzDotCom


You Might Also Like

11 comments

  1. dah macam autumn in my heart dah ni..syoknya gi sna farah

    BalasPadam
  2. cntik nya view ! comel sgt hanbok girl tu !!!

    BalasPadam
  3. wah..bestnya..bla blh g jgk ni..:)

    BalasPadam
  4. romantik yerrr..bila lg kan, masa mcm ni la masa kita hihii

    BalasPadam
  5. tak puas tengok pemandangan & rara..cantik sangat..tapi betul cantik sungguh gadis2 korea ni..kalau bawa pokcik mesti dia senyum sampai telinga..aishhh xbleh jadi ni..hihihih

    BalasPadam
  6. alololo..romantiknye farah..
    cantik btl view musim bunga kat sana..

    BalasPadam
  7. amboi kemain edy posing ats tangga tu... sik baik x tergolek... hehehe... tmpt yg mmg x asing lg kalu tgk drama / movie2 lama korea... mmg cantik

    BalasPadam
  8. dh macam p honeymoon pulak sweet2 memang sesuai utk couple tmpt ni

    BalasPadam
  9. so sweest kak farah n suami... comelnya bunga sakura

    BalasPadam
  10. sukaaa tgk tempat ni lawaaa

    BalasPadam

Google+ Followers

Like me on Facebook

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping
|||| Click Banner For Details ||||