Percutian Ke Seoul,Korea Pada Musim Bunga 2016 | Day 2- Part 1 : N Seoul Tower (N 서울타워)

11:12

Assalamualaikum...

N Seoul Tower (N 서울타워)

Destinasi di hari ke-2 : 04.04.2016 | N Seoul Tower!!! dekat sini terdapat tempat menarik seperti Namsan Park..Seoul Tower dan Love Padlocks..

Seusai subuh..kami terus bersiap dan cepat-cepat turun untuk breakfast..kena makan kenyang2 sebab hari nie ada beberapa tempat yang akan kami pergi..so stamina kena cukup la supaya tidak pancit di pertengahan jalan..sambil makan sambil dok study map..maklum ler first time travel ala-ala backpacker style..so semua kena urus sendiri..tapi best jugak rupanya travel as backpacker nie yer..terasa sel-sel otak i berkembang sikit..hehehe=D

Ok..nak ke N Seoul Park, kami naik subway dari Jongo-3ga Station then turun dekat Myeong-Dong Station...dah sampai situ, kena cari landmark building Pacific Hotel.. once dah nampak hotel nie, maksudnya u all berada di jalan yang benar dah la untuk sampai puncak Namsan Tower..hehehe..


dari Pacific Hotel kena ambik lorong di sebelah kiri..then jalan terus mendaki bukit sehingga la u all nampak cable car station..hazabbbb oiiiii mendaki bukit nie..keluar peluh jantan semua..sampai kat atas tercungap-cungap!!! hahaha..actually kalau tak nak mendaki bukit nie kita boleh jer ambik taxi atau bas untuk naik ke atas..ikut taste masing-masing la.. tapi kalau nak dapat pengalaman baru boleh la guna option macam kami.. walaupun penat tapi enjoy!

sebelum mendaki, singgah kedai 7-Eleven tapau banana uyu banyak-banyak..baru ada power!

Yayy! akhirnya berjaya sampai kat atas nie..Fuh! semputttt... 





hilang segala penat dan lelah mendaki bukit tadi apabila terpandang pemandangan yang Ohsem! macam nie..




kaunter tiket cable car..nak naik cable car untuk ke puncak kena bayar 8,500KRW/return untuk seorang..






Pemandangan dari dalam cable car.. cantikkkkkkkk sangat!!!

bila dah sampai puncak.ingatkan dah tak kena panjat tangga lagi..rupanya ada lagi.. so bersiap-sedia la yer..

Subhana Allah indah sangat pemandangan kat atas nie.. 

sepanjang jalan kita bole nampak Love Padlocks tergantung di mana-mana..

Unamjeong Pavilion

dekat belakang kami tu adalah Unamjeong Pavilion, ia dibina untuk memperingati Syunman Ryee pada tahun 1959, telah dirobohkan oleh pergerakan 4.19 pada tahun 1960, dan kemudian dibina semula pada 11 November 1968. Ia adalah tempat utama untuk melihat matahari terbit pertama tahun ini.





N Seoul Tower.. kalau nak masuk sini bukan free yer..kita kena bayar entrance fee 10,000KRW/seorang.. tapi kami tak masuk pun..sebab risau tak cukup masa..tapi kalau tak masuk pun tak rugi la..kawasan sekitar sini pun dah cukup menarik untuk dilawati..trust me!


see..cantik tak??? memang tak tergambar dengan kata-kata bertapa indahnya pemandangan kat atas nie..




fefeeling baru jer semalam kami akad nikah terus datang sini horneymoon..hahaha

padahal dah  14 tahun pun kami hidup bersama..heee...Alhamdulillah!


kalau datang time spring, tempat nie memang penuh dengan bunga-bungaan saja la..




dekat sini pula kita boleh tengok pemandangan keseluruhan bandar Seoul..kota yang sangat padat kan..


Love Padlocks Tree.. berapa juta mangga la agaknya yer..

Kerusi cinta.. punya la susah nak bergambar dekat sini..orang ramai gila..kena pandai2 la selit kalau nak bergambar dekat sini..






after 1/2jam menanti..dapat jugak duduk dekat atas kerusi yang menjadi rebutan nie..hehehe

kami pun tak terkecuali untuk kunci cinta dekat sini jugekkkkk..hahaha..Edy beli mangga couple.. satu color kuning..satu color merah..tapi kami letak yang color kuning jer..yang merah nak bawak balik buat kenangan..sebab harga mangga nie mahal okey! after convert dalam RM30+.. hahaha..

Yayy! dah locked..nanti ada rezeki datang lagi...i nak tengok ada lagi tak love padlock kami nie..hehehe



acah-acah jurrrrr nie..hahaha







hurm, tak puas rasa walaupun berjam-jam kat atas nie..kalau tak terkenangkan banyak tempat lagi menanti, memang nak dok jer kat atas nie sampai sunset..huhuhu..
InsyaAllah next time kalau ada rezeki nak datang lagi laaaaaaa.. =D

Ok Next! tungguuuuuuu...Bye!

With Love,
FarahGlanzDotCom 

You Might Also Like

14 comments

  1. bestnya bercuti ke korea

    BalasPadam
  2. environment sejukk buat kulit jadi cerah.. nak dok sana jugak laaa

    BalasPadam
  3. happy holiday Farah. baru dpt melawa your blog ^_^

    BalasPadam
  4. Bila nak sambung cerita ni

    BalasPadam
  5. Farah, saya nak ke jepun, 14 days. Then to korea. Thanks kongsi ni. Bkleh jadi panduan saya kat sana.
    T kasih.

    BalasPadam
  6. Gambar clear sgt. Guna kamera apa ni kak.

    BalasPadam
  7. Travel sendiri eh g korea ni? Senang x public transport bila g sendiri? Takut x paham signage je..

    BalasPadam
  8. cantiknya permandangan kt Namsam ni

    BalasPadam
  9. awat x beli mangga siap2 kt DIY then bawa ke sana? rm30 tu lps mkn churros hehehehe

    BalasPadam

Google+ Followers

Like me on Facebook

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping
|||| Click Banner For Details ||||