Percutian Ke Seoul,Korea Pada Musim Bunga 2016 | Day 2- Part 2 : Cheonggyecheon Stream (청계천)

09:42


Assalamualaikum...
Haiiiii..okay our next stop adalah di Cheonggyecheon Stream - khabarnya dulu sungai nie sebenarnya kotor dan tidak terjaga..tapi atas usaha kerajaan Korea memulihara semula sungai nie..sekarang tempat nie telah menjadi salah satu tempat attraction yang sangat terkenal dan sentiasa dikunjungi di Seoul! 

Cara nak ke sini boleh tengok info kat bawah nie yer.. 

Directions 
[Subway] 
- City Hall, Jonggak, Jongno 3(sam)-ga, Jongno 5(o)-ga, Dongdaemun, Sinseol-dong Stations (Seoul Subway Line 1) 
- City Hall, Euljiro 1(il)-ga, Euljiro 3(sam)-ga, Euljiro 4(sa)-ga, Sindang, Sangwangsimni Stations (Seoul Subway Line 2) 
- Jongno 3(sam)-ga Station (Seoul Subway Line 1, 3 and 5)
- Dongdaemun History & Culture Park Station (Seoul Subway Line 4)
- Gwanghwamun Station (Seoul Subway Line 5) 
[Bus]
Take any bus bound for Gwanghwamun or Jongno. 

Cheonggyecheon Stream (청계천)

ini la anak sungai cantik yang mengalir di tengah-tengah kesibukan bandaraya Seoul..

FYI, di Cheonggyecheon Stream nie jugak terdapat 22 buah bridge yang menyeberangi sungai..so kalau u all punya banyak masa, boleh la ambik peluang untuk berjalan-jalan di sepanjang sungai nie..=D


terpegun tengok keindahan tempat nie..kawasan di sekitar sungai nie memang bersih dan terjaga...tapi kalau u all nak datang sini, i suggest datang pada waktu malam..sebab waktu malam tempat nie lagiii cantikkkkkk! sebab akan ada cahaya2 lampu yang menghiasi di kiri dan kanan sungai nie..kalau tak percaya cer try google..seriussss lawa!!!

macam kami hari tu, tak dak rezeki nak datang kat sini pada waktu malam.. sebab itinerary kami memang padat sangat-sangat..singgah kat sini pun just snap n go jer..huhuhu


seronok betul berada kat sini..sebab cuaca dia sejuk dan nyaman jer walaupun matahari tengah terik kat atas kepala...heee...itu yang  bestnya datang sini pada musim bunga..rasa selesa jer nak jenjalan..tak berpeluh langsung dan yang penting make up pun maintainnn...hahaha

kami berada dekat sini tak lama pun..ada la dalam 10-15minit macam tu jer..so kami tak turun pun sampai ke bawah sana..just layan view dari atas bridge jer..


masa on the way nak ke station, nampak ada bunga lagi..so kena stop la sekejap kan untuk ambik gambar buat kenang-kenangan..hee..

Oh yer, selain Cheonggyecheon Stream nie, u all boleh la singgah sekali ke tempat2 menarik lain yang ada berdekatan seperti Gyeongbokgung Palace, King Sejong Museum dan Gwanghwamun Plaza..just walking distance sahajaaaa ke tempat-tempat tersebut..kami hari tu tak sempat cover pun tempat2 tu semua...sobs..sobs...kesat air mata..tak pe2..nampak gayanya ada la alasan nak kena repeat Korea yer lagi dak!!!! Yeehaaaaaaa

Ok Next????? next entriiii laaa...Bye! 

With Love, 
FarahGlanzDotCom

You Might Also Like

14 comments

  1. cantikkan pemandangan kat sana...bila gaknya dapat gi sini

    BalasPadam
  2. nampak macam panas terik tapi sejuk dan nyaman ye. Harap dapat jejak kaki disana satu hari nanti...teringin nak rasa cuaca sejuk macam tu :)

    BalasPadam
  3. ntah bila la nak pi sini..tp asben x suka pi sini.takan nak pi sorang hahaha

    BalasPadam
  4. Cantik gambar dan view tempat.

    BalasPadam
  5. Cantik2 gambar sis snap...cantik cuaca kat sini

    BalasPadam
  6. cantiknyaaa... kalau kat Malaysia... T_T

    gambaq berempat dah macam nak buat cover album... nak sainnnn

    BalasPadam
  7. Bestnya siap bagi subway direction. Boleh refer sini nanti bila nk g korea :)

    BalasPadam
  8. Cantiknya gambar-gambar tu..
    Korea owh korea..

    BalasPadam
  9. x jumpa sesapa shooting drama kat situ? hehehe

    BalasPadam

Google+ Followers

Like me on Facebook

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping
|||| Click Banner For Details ||||