Percutian Ke Seoul,Korea Pada Musim Bunga 2016 | Day 2- Part 3 : Shopping @ Namdaemun Market (남대문시장) & Dongdaemun (동대문 쇼핑타운)

15:29

Assalamualaikum..
Nak tahu kat mana tempat paling best untuk shopping dekat Korea???
Haa, kat Namdaemun Market lah!!! ianya merupakan sebuah Pasar Borong yang terbesar dan tertua sekali di Korea sejak tahun 1964..waktu operasi tempat nie bermula dari 7am-7pm..Sabtu hanya dibuka sehingga pukul 2pm saja manakala hari Ahad tutup..cara nak datang kat sini ada satu station sahaja iaitu dari Myeong-dong Station..then kena turun dekat Hoehyeon Station Exit 6.. 

Namdaemun Market (남대문시장)




Namdaemun Market nie memang syurga buat kaki shopping..macam-macam ada jual kat sini..antaranya pakaian wanita/lelaki/kanak-kanak..kitchenware..Mountain,Ski,&Fishing Gear..brooch..topi..hangbag/bag..sampai la ke ginseng pun ada jual...harga barangan kat sini pula jauh lebih murah dari Myeong-dong tu..Hurm..patut la kan ramai sangat dok suggest tempat nie untuk shopping..

okiess..now let's shopping till drop!!



antara barangan batu-batu permata yang boleh dibeli..kualiti pun bagus..


barangan kulit..

barangan perhiasan wanita..


Fuhh..i paling banyak berhabis kat sini lah.. rambang mata tengok semuanya berkilau-kilauan..kira-kira habis dekat RM300+ jugak la untuk brooch sahaja..hahaha.

buah-buahan segar..

Namdaemun Market..OK CHECKED ✔✔✔✔!!!! 


Dongdaemun Shopping Complex·Dongdaemun Shopping Town (동대문 종합시장·동대문 쇼핑타운)

Next stop kami singgah di Dongdaemun...

Dongdaemun Shopping Town adalah salah satu tempat shopping yang paling terkenal di Korea...dekat sini terdapat pelbagai jenis kedai yang menjual pakaian..kasut..topi..cenderahati dan banyak lagi..kat sini pun sama jugak macam di Namdaemun..hari Ahad closed!..kalau ada kedai yang buka pun, cuma sebahagiannya saja..macam kedai yang menjual barangan perkahwinan dan perhiasan rumah jer..

actually sebelum kami ke Namsan Tower..awal pagi tu kami datang shopping kat sini dulu...

masa kami sampai, Doota Shopping Mall nie masih tak buka lagi..so sementara tunggu buka, kami mengopi dulu la..pekena secawan cappuccino panas kaw-kawwwwww..terus cerah bijik mata! =D

my sista..dia nie la yang paling tak sabar sekali nak shopping!


FYI, Doota shopping mall  nie dibuka pukul 11.00pm..dekat sini semua barangan dia branded dan kebanyakannya menjual koleksi dari fashion designer Korea..so dari harga sudah semestinya la meletops pop..pop..pop mahalnya!!! tapi kalau ada extra bajet, apa salahnya nak membeli..bukan selalu dapat peluang untuk membeli koleksi hasil sentuhan designer dari Korea yer dak...=D

dia jer la yang banyak membeli pun.. i mampu tengok sipi-sipi jurrrrrr! hee

dah settle jenjalan kat shopping mall..kami singgah kat bazar nie pulak..dekat sini lagiii macam-macam ada..naik rambang mata dah oiiiii....pakaian...kasut...handbag..topi..scarf..cenderahati..kain ela..comforter..dan banyak lagi la..dan yang bestnya harga dia jauhhhhh lebih murah dari di shopping mall!!! kualiti pun bukan yang cikai-cikai na..semua best kualiti punya..


i ada la ter-shopping sikit2 kat sini..kat sini kita boleh bargain tau..so pandai-pandai la kita bargaintapi pastikan cash u all cukup na..sebab dekat sini kad kredit tidak diterima..cash only! sebab dah murah kan.. harga barangan yang dijual kat sini memang berbaloi-baloi!


jangan risau..dekat sini bukan tempat yang sesuai untuk orang pompuan jer..geng Oppa pun boleh naa..macam-macam ada kat sini..

Edy pun punya la sakan membeli sampai lupa bini ehhh diri!

Ok..selesai sudah aktiviti shopping kami dekat Dongdaemun dan Namdaemun..tak puas sebenarnya..kalau boleh rasa nak dok lebih lama lagi dekat sini..tapi kena istighfar banyak-banyak..jangan terlalu mengikut nafsu..kami dah serupa orang kerasukan dah masa kat sini..semua benda tengok..kalau boleh nak membeli..hahaha..balik Malaysia rasa menyesal pulak tak memborong comforter dan kain ela.sebab murahhhhhhhh sangat tau!!! uwaaaaaa...menyesal pun tak guna dah.. tunggu la confirm kena repeat lagi!!! ngeee


With Love,
FarahGlanzDotCom

You Might Also Like

12 comments

  1. Wahh seronok nya dapat shopping. Dapat pergi tempat murah-murah macam Nadaemun market tu lagi seronok. Doakan saya untuk sampai ke Korea ni. Dapat la saya shopping jugeks.. hihihi

    BalasPadam
  2. broochhhhhhhhhhhh!!!!!


    p/s nnt nurul shopping kat sn sy nak lari jauh2 hahahaha

    BalasPadam
  3. wow ! shopping sampai malam.. hari ni hari shopping ea... heee

    BalasPadam
  4. tudiaaa....borong brooch sakan aih

    BalasPadam
  5. wahhh..bila lg nak shopping, nilah ms ye kan..reward tuk diri sendiri

    BalasPadam
  6. Bestnyer. Sy hari tue xsempat shopping. Blk awal 3 hari sebab anak demam teruk. Kena repeat blk nnti nie. 😅

    BalasPadam
  7. Buah-buahan... beg tangan.. perhiasan..
    juling mata sha nengok gambar2 nie..

    BalasPadam
  8. rambang mata hahahaha. holiday paling best part shopping perabis duit lah ekekeke

    BalasPadam
  9. tgk dalam tv je.. bestnye dpt ngk real life cm nie.. strawberry dia merah menyala..

    BalasPadam
  10. wow rambang mata tengokkkkk

    BalasPadam

Google+ Followers

Like me on Facebook

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping
|||| Click Banner For Details ||||