Percutian Ke Seoul,Korea Pada Musim Bunga 2016 | Day 2- Part 4 : Itaewon

14:35

Assalamualaikum...
Itinerary hari ke-2 kami memang sangat padat..start dari Dongdaemun | Cheonggyecheon Stream | Namsan Tower | Namdaemun Market dan akhirnya tour untuk hari ke-2 berakhir di Itaewon..apa yang menarik dekat sini..ok jom tengok...=D

Itaewon Shopping Street 
(이태원 쇼핑거리) 



kami sampai dekat sini pun dah lewat petang..tujuan datang sini sebab nak tengok satu-satunya masjid yang ada di Seoul, Korea..plus nak dinner sekali..last makan banyak time breakfast tadi jer..lunch pula, cuma menjamah roti dan buah jer..so untuk dinner kena la cari makanan yang heavy sikit..so kat Itaewon nie la port yang terbaik sekali...sebab senang nak dapat makanan halal..

keluar jer dari subway station Line 6-Exit 3, kita akan nampak banyak deretan kedai-kedai...barangan yang dijual kat sini sama jer seperti di Namdaemun..Dongdaemun...harga pun lebih kurang sahaja.. so kalau nak sambung shopping lagi boleh la..hee

tengah leka dok shopping..tiba-tiba tengok hari dah nak gelap..so cepat2 kami teruskan perjalanan ke Masjid Itaewon..cara nak ke masjid tu boleh refer kat bawah yer.. 

Direction:- 
Itaewon Station (Seoul Subway Line 6), Exit 3 
Go straight 100m and turn right onto Usadan-ro Road 
Go straight 150m and turn left onto Usadan-ro 10-gil Road 
Continue 200m to arrive at Seoul Central Masjid on the left. (credit:-www.therafim.com/)



lokasi Masjid Itaewon nie terletak betul-betul kat atas bukit..so kita kena mendaki sikit untuk sampai ke atas...Eh, bukan sikit tapiiii banyak!!! ahaa..memang mencabar..stamina kena kuat!

Seoul Central Masjid 
(서울 중앙성원)

Alhamdulillah sampai jugak..so singgah sekejap menunaikan kewajipan kat sini..

FYI, Seoul Central Masjid nie merupakan masjid pertama yang dibina dan terbesar sekali di Seoul..masjid nie jugak menjadi salah satu tempat yang kerap dikunjungi oleh semua orang Islam dari serata dunia..


RESTORAN HALAL
ITAEWON



ok..kat sepanjang jalan nak naik ke masjid, ada banyak restoran-restoran halal yang kita boleh pilih..kami ada jugak singgah kat beberapa restoran untuk tengok menu yang disediakan..salah satunya kat MURREE TANDORI & CURRY..restoran nie antara yang femes jugak la dekat sini..dok baca review, ramai orang kita suka singgah sini.. tapi tidak bagi kami..sebab menu dia gagal memikat hati kami untuk melangkah masuk ke dalam restoran..hehehe.. 


jalan punya jalan..akhirnya kami singgah dekat SITI SARAH RESTORAN - MELAYU & EGYPTIAN FOOD..Eh! bila pulak bini suib bukan restoran kat sini..hahaha..tak de la nama jer sama..


tengok menu kat sini nampak menarik..so kami singgah..order sorang satu pinggan nasi+half chicken..portion dia punya la besar...jenuh nak habiskan..tapi licin jer pinggan kami..hahaha.. kebuluran dah seharian tak dapat nasi..ahaa..picture makanan sorry tak dak nak share..sebab bateri hp i kong terus masa nie..

tapi seriously makanan kat sini memang sedap..harga pun tak mahal sangat..i lupa dah berapa harga dia..tak silap i sepinggan dalam RM30+ kot..tapi ok la tak ralat bayar mahal sikit sebab memang sedap!.. so kalau u all datang sini jangan lupa singgah tau! Highly recommended!

selesai makan..kami tak terdaya lagi dah nak menapak naik subway..so kami ambil taxi jer balik ke hotel..penat betul seharian tour..keluar awal pagi..balik dah gelap..tapi walaupun penat tapi kami berpuas hati, sebab banyak jugak tempat yang kami dapat explore pada hari ke-2 nie.. Yayy!!

Ok...Next i sambung hari ke-3 pulak..Bye!

With Love,
FarahGlanzDotCom

You Might Also Like

10 comments

  1. klau xdak pic makanan tu kira sedap x hingat la tu....hihihihi

    BalasPadam
  2. Bestnya dapat jalan2 negara orang kan.. Kena masuk dalam wishlist juga ni..

    BalasPadam
  3. Boleh jadi rujukan bila ke Korea ni

    BalasPadam
  4. Uishhh bestnya itaewon😍😍😍

    BalasPadam
  5. oo..ok la..xde la susah sgt nk cari mknan halal kt korea ye..

    BalasPadam
  6. Nasi tu makanan ruji.. hehehe..
    Kalau sedap memang berbaloi bayar..
    Puas dapat jenjalan ye..

    BalasPadam
  7. Korea pun salah satu wishlist kira. teringin nak pi pulau nami tu

    BalasPadam
  8. x jumpa ke umat malaysia yg sm2 dtg ke itaewon tu?

    BalasPadam

Google+ Followers

Like me on Facebook

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping
|||| Click Banner For Details ||||