Percutian Ke Seoul,Korea Pada Musim Bunga 2016 | Day 4- Part 1 : Nami Island (남이섬 종합휴양지)

13:06

Assalamualaikum..
Haiii...berjaya juga buat entri pertama untuk tahun 2017! hahaha.. ampunkan i yer sebab tak berjaya nak habiskan travelog ke Korea seperti yang telah dijanjikan..huhuhu..padahal tak banyak dah pun..ada 2 entri jer lagi..lepas tu dah boleh tutup citer travelog Korea nie haa...Hurm, biasa la..part time blogger, busy macam-macam hal..sampai tak menang tangan nak settle semua dalam satu masa..pffttt...Eh! okok..tak payah nak melalut panjang...meh sambung citer travelog korea i nie yea.. lepas settle entri nie ada satu entri lagi..lepas tu lega!!! bole sambung citer lain pulak yang dah siap bersusun...heee

Hari ke-4 di bumi Korea.. seawal pagi lagi kami dah keluar dari hotel.. sebab hari nie ada 2 tempat yang sangat jauh untuk pergi..1st ke Nami Island dulu..then lepas tu ke Everland Park! Hah gila tak, sehari cover 2 tempat jauh sekaligus..hahaha..sesekali memang kena buat kerja gila macam nie..sebab kami kat sini kan just 5h4m jer..so itinerary memang padat! sobs..sobs...

FYI, nak ke Nami Island ada beberapa cara..boleh naik subway or bus..kalau nak mudah boleh naik bas sebab direct sampai dekat terminal feri. tapi kena ambik tahu jadual perjalanan bas dulu..sebab bas tak akan tunggu kita yer kalau lewat..macam kami hari tue la....terlepas bas...hahaha....so terpaksa la turun naik subway..lecehhh..sorry i pun dah lupa berapa kali tukar station..hahaha..tips tak nak sesat, pastikan turun dekat Gapyeong Station!..then dari Gapyeong Station kena ambik taxi untuk pergi ke terminal feri.. tak jauh pun.. dalam 10 minit jer.. 

sampai kat sini tengok orang dah beratur panjang...

Harga tiket/entry visa ke Nami Island 8000KRW seorang..



dah beratur beli tiket kat kaunter, kena beratur lagi sekali kat sini untuk naik feri..orang ramai so kena la ikut turn..tapi don't worry feri dia sentiasa ada..

satu feri nie boleh masuk ramai.. nak dok luar boleh..nak dok kat dalam pun boleh..

kalau rasa tak nak naik feri, boleh try yang lebih adventure sikit..naik flying fox..bole fly terus sampai ke Nami Island..but i is penakut..so lupakan jer lah hasrat nak terbang ke sana..

dah berlepas dari terminal feri.. view sepanjang menyusuri sungai sangat ohsem!


sejuk jangan cakap la..rasa sampai ke tulang.. tapi adik i tak pasti la kebal kot dia..selamba dia berseluar pendek macam tu..haishhhh...

pose fefeeling horneymoon namanya nie..hahaha..

Main entrance Nami Island...punya la ramai manusia kan..

kalau melancong ke Korea, tapi tak singgah kat Nami Island nie memang tersangat lah rugi okiesss... sebab keindahan kat Nami Island nie tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata...i just boleh gambarkan melalui gambar saja..kih..kih..kih...

ok now, meh layan gambar2 yang sempat i snap semasa kat sini..sila jangan berdarah mata tengok sudah na..



Eh! nak jugak buat macam orang baru2 kawin..hehehe

selalu dok tengok retis jer dok posing kat sini kan..Alhamdulillah akhirnya tercapai jugak impian i nak posing macam retis jugak kat sini..hahaha


macam drama winter sonata tak????? kih..kih..kih.

actually Nami Island nie tak dak la besar mana pun tempat dia..pusing-pusing kat situ jugak..cuma yang woww kat sini adalah tempat dia yang indah overload tu..jalan setapak jer rasa nak bergambar..jalan la tengok tempat cantik, stop bergambar lagi.. sebab tu la beribu-ribu lemon gambar kat sini saja.. jenuh pinau bijik mata pilih nak masukkan dalam blog..

terselit jugak bendera Malaysiaku tercintaaa kat sini..

playground untuk kiddos..

dah sampai sini, sila jangan lepas peluang untuk berbasikal yer..best tau cycling kat sini sebab cuaca tak panas membahang..sejuk berangin jer..basikal pulak ada banyak jenis..nak single ada..nak couple ada..nak triple pun ada...pilih la yang mana sesuai..

nah i tempek info Rental Fee...syarat nak sewa mudah jer, just kasi passport..then passport kita akan dipulangkan selepas kita pulangkan semula basikal mereka..

kami sewa 3 buah basikal..2 single 1 couple..yang basikal couple tu of coz la i punya..sebab nak fefeeling romantic sikit dengan Edy..hahaha..tapi jenuh kayuh weiii...semput!!!

semput-semput pun tetap enjoy dan happy sangat...



sesekali dapat habiskan masa macam pengantin baru nie best jugak rupanya..hahaha









pusing-pusing ternampak merak cantik.. turun jalan slow2 dekat dia.. percubaan nak belai la kononnya.. tapi tak sempat rapat dia dah lari..kau memang sombong tau merak! hehehe

tak rugi sewa basikal kat sini.. sebab kalau nak jalan kaki pusing kat sekitar kawasan sini mau lecak jugak ketiak.. 

dah penat mengayuh..stop sat kat sini pekena aiskrim..gebuss tau texture aiskrim dia..sedap!!

then sambung jalan-jalan lagi sambil menikmati keindahan alam semulajadi kat sini.. seriously jatuh cinta kat Nami Island yang super cantikssss!




berbunga-bunga hati sepanjang berada kat sini..

motif????

ok..kat sini tempat wajib bergambar! kerana drama Winter Sonata nie la tempat jadi femesss terus..

sebelum nak gerak dari sini..kami plan lunch dulu.. dah target nak try nasi goncang yang jadi bualan ramai tu...tapi memusing kami cari, sampai ke sudah tak jumpa..huhuhu.. last2 malas nak mencari..kami singgah makan kat Restaurant Asian Cruise nie..

tempat makan ala-ala mewah sikit..hahaha.. harga tak payah tanya na..kat Korea makanan semua memang mahal!! gggrrrrr


lupa dah nama menu nie semua..lama sangat kepam citer..hahaha...tapi not bad la..masih bole diterima dek tekak..

settle makan, terus bergegas keluar dari sini..sebab kami nak menuju ke Everland Park pulak.. jauh jugak tempat tu..penat pun kena tolak tepi..sebab esok nak balik dah..so nak tak nak, kena redah jugak la..heee

Ok..Next tunggu i share last part yer..Bye

With Love,
FarahGlanzDotCom

You Might Also Like

9 comments

  1. so sweeetttttt...ni klu p honeymoon kali kedua syok jugak nooo..

    BalasPadam
  2. Last part nanti cuba buat rumusan. Tentang benda yg paling menarik hasil dari lawatan tu. Saya nak ke sana, this feb. Insyaalah.

    BalasPadam
  3. ya allah, nami island memang best giler, nak2 lagi naik basikal kat sana...osem betul hehe

    BalasPadam
  4. sedapnyaaaa nasi goreng.. hahaha. ok la kalau nina malas naik feri kot. flying suda. kekeke
    xdapat nk ckp sbb semua lawa

    BalasPadam
  5. nami island mmg cantik, best ye

    BalasPadam
  6. So sweet sangat kak farah

    BalasPadam

Google+ Followers

Like me on Facebook

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping
|||| Click Banner For Details ||||