Buffet Ramadhan Hotel Royale Chulan Penang | Selera Ramadan : Macam-Macam Ada di Sri Tanjung Cafe

23:48

Assalamualaikum dan Haiiii...
Alhamdulillah akhirnya ramadhan yang ditunggu-tunggu telah tiba..rasanya masih belum terlambat lagi kot untuk i ucapkan Salam Ramadhan kepada semua..semoga ramadhan kita kali ini akan lebih bermakna! InsyaAllah...

Hari nie dah hari ke-3 kita berpuasa..serius tak terasa langsung kan masa berlalu..tup-tup esok dah pun masuk hari ke-4..ada lagi 26 hari to go! so macam mana dengan juadah berbuka u all...dok bersilat kat dapur ke atau pergi tawaf bazaar ramadhan..heee..kalau hari-hari masak or terjah bazaar pun mesti bosan juga yer dak.. so apa kata i cadangkan u all bawa orang tersayang pergi iftar di Hotel Royale Chulan Penang! alaaa bukannya selalu pun makan kat hotel.. setahun sekali jer...sebab bila lagi nak mengembirakan hati orang tersayang..sekarang lah waktu yang sesuai untuk belanja mereka makan buffet ramadahan kat tempat yang special sikit..lebih-lebih lagi di Hotel Royale Chulan Penang yang baru diberi inisiatif penjenamaan semua nie.. 


Minggu lepas, i telah dijemput ke sesi Preview Buffet Ramadhan mereka yang bertemakan "Selera Ramadan: Macam-Macam Ada" bertempat di Sri Tanjung Cafe...actually buffet Ramadhan ini telah pun bermula yer...dari 28 May 2017 sehingga 23 Jun 2017 jam 7.20ptg-10.00mlm.

Sesuai dengan tema macam-macam ada..terdapat pelbagai jenis juadah yang disediakan yang terdiri daripada masakan Tradisional Melayu sehingga ke masakan dari negara Timur Tengah dengan harga:-

Harga Buffet "Selera Ramadan : Macam-Macam Ada"
RM78 nett (Adult)
RM40 nett (Senior Citizen/Child)
* for the first and last week of Ramadhan

RM88 nett (Adult)
RM44 nett (Senior Citizen/Child)
*for the second week and third week of Ramadhan





Main Dishes Menu
Terdapat 2 buffet kaunter yang dikhaskan untuk main dishes. setiap kaunter mempunyai 6 jenis hidangan yang terdiri daripada nasi tomato, nasi beriyani, spaghetti sambal sotong, ayam masak merah madu, kari ikan tenggiri bendi, kambing bahmia, sweet & sour prawn, ikan keli goreng berlada, daging salai pulut kuah lemak, mix vegetables dan kepak masak cili pada pedas.










i sempat mencuba hampir kesemua menu yang terdapat di main dishes..dan ternyata keenakan hidangan yang disajikan memang kena dengan citarasa dan selera tekak i.. 





Salad And Appertizer
Tidak dilupakan seleksi salad dan appetizer sebagai pelengkap juadah seperti Kerabu Taugeh, Kerabu Pucuk Paku, Kerabu Tanghoon (Vermicelli Salad), Acar Timun Nenas, 6 jenis Ulam-Ulaman Kampung, Kerabu Sotong, Acar Rampai, Sambal Ikan Bilis & Tempe, Pasembor, Rojak Buah-Buahan, Assorted Meclun Mix dan Tauhu Sumbat.






CONDIMENTS AND PICKLES
Jangan lupa untuk mencuba sambal belacan, tempoyak, budu, sambal belimbing, papadom, ikan masin, keropok ikan, sambal pudina, telur masin, air asam limau, sambal cili mangga, tartar sauce, 1000 island dan shallot vinaigrette. boleh mixed mengikut citarasa masing-masing yer..






Koay Teow Goreng.. my favorite!


roti canai





Desserts
Tidak lengkap juadah tanpa pencuci mulut, kat sini terdapat pelbagai aneka dessert yang pastinya akan meninggalkan memori manis selepas mencubanya.. terutamanya Sago Gula Melaka, Sago Pengat Pisang dan Caramel Custard! memang umphhh habis..

























Action Stalls
Selain itu, apa yang menariknya lagi buffet ramadhan kat sini adalah terdapat 10 action stalls yang menyediakan hidangan seperti Kambing Panggang Golek served dengan nasi beriyani, Ayam Bakar, Ikan Bakar, Sushi Sotong Kerabu Mangga, Cucur Kerang Berlauk, Ayam Goreng Berempah, Sate & Kuah Kacang, Apam Balik dan stalls minumn seperti Teh Tarik, Air Manis dan Ice Kacang.






live demo untuk menyediakan sushi..


live cooking ayam goreng berempah










Kambing Panggang Golek yang diperap dengan campuran rempah rahsia dan dipanggang dengan sempurna..Wallahhh!



kombinasi sate, kuah kacang dan nasi impit yang sangat lazat.




HALAL & KEMUDAHAN SURAU
Sekiranya u all datang untuk iftar kat sini..tidak perlu risau yer kerana hotel ini mempunyai sijil halal.. dan di sini juga terdapat kemudahan surau bagi mereka yang ingin menunaikan solat..


Last but not least, terima kasih kepada Cik Vayshnavee dan assistant Cik Jacklyn bagi pihak Hotel Royale Chulan Penang kerana sudi menjemput i ke sesi Preview Selera Ramadhan : "Macam-Macam Ada" yer.. #muahciked

Overall i kasi 5 bintang juga untuk buffet ramadhan Hotel Royale Chulan Penang!


Untuk tempahan sila hubungi:-
Tel: +6042598888 ext:8910
Email : info@royalechulan-penang.com
Adress:
Formerly known as Royale Bintang Penang
No. 1 & 2 Pengkalan Weld
George Town
10300, Penang
Malaysia


With Love,
FarahGlanzDotCom

You Might Also Like

10 comments

  1. Spaghetti sambal sotong tu bunyi dia menarik.
    Siap ada demo sushi. Sedapnya sis.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes.. bukan nampakjer menarik..tapi rasa pun meletops!😆

      Padam
  2. Kita yang nengok nie telan air liur..
    Menarik betul juadahnya.. Tapi jauh sangat.. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mmg semua best2.. ala pi la sesekali jenjalan ke Penang..hee 😉

      Padam
  3. wow banyak nyer makanan !!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bulan ramadhan jer nak merasa makanan byk mcmnie yer dak..hehehe😄

      Padam
  4. Cepat2 scroll sebabtak nak tengok makanan2 tu ☺☺

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alaa...cuci la mata dulu sebelum berbuka nie..hee

      Padam
  5. Ingat royale chulan KL tadi. Banyak kemain makanan. memang tak larat nak makan banyak macam tu. Tu malas nak pergi buffet

    BalasPadam
  6. sedap tgk menu dia kak... ada mcm2 haih lapaq 😍😍😍

    BalasPadam

Google+ Followers

Like me on Facebook

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping
|||| Click Banner For Details ||||