Buffet Ramadhan Lexis Suite Penang | 'MAI PI BUKA PUASA ALA-ALA KAMPUNG RAMADHAN BUFFET' 2017

11:00

Assalamualaikum dan Haiiiii..
Tinggal lebih kurang seminggu jer lagi dah nak masuk bulan puasa..so sana- sini hotel dah mula mempromosikan buffet ramadhan mereka.. dan salah satunya adalah Lexis Suite Penang!

Baru-baru nie I berkesempatan untuk datang mencuba sendiri hidangan yang akan disajikan kepada para pelanggan sempena bulan puasa nanti. Bertemakan "Mai Pi Buka Puasa Ala-Ala Kampung Ramadhan Buffet, Lexis Suite Penang menjanjikan pengalaman berbeza dalam menikmati pelbagai jenis hidangan yang pastinya memenuhi selera pelanggan.


Apa yang menariknya tentang Buffet Ramadhan kat sini adalah terdapat lebih kurang 100 jenis hidangan berbuka puasa yang terdiri daripada masakan tempatan, antarabangsa dan termasuklah masakan dari negara Timur Tengah.



The Signature Dish- tidak lengkap juadah berbuka puasa nanti tanpa menikmati kambing golek kan.. selalunya kambing golek nie memang famous pada waktu bulan puasa jer.. so nanti sila jangan lepaskan peluang mencuba keenakan kambing golek kat sini sebab perapan sosnya special homemade daripada chef mereka sendiri..



Selain kambing golek, Chef Eksekutif Lexis Suite Penang juga ada menyediakan signature dish lain seperti Sup Gear Box,Chicken Shawarma, Lamb Kuzi, Ekor Lembu Asam Pedas dan Ikan Panggang. Kesemua hidangan ini juga disediakan mengunakan rempah dan sos buatan chef mereka sendiri. Jadi rasanya memang berbeza sekali dengan hidangan lain yang pernah kita cuba..







Di station nie pula, terdapat hidangan tempatan masakan melayu seperti....sila tengok gambar-gambar kat atas yer..dan hidangan di station ini akan bertukar-tukar setiap hari sepanjang bulan ramadhan..semua hidangan yang disediakan memang terbaik dan pastinya akan menepati citarasa pelanggan..




Di Soup Stations' terdapat Soto Ayam dan Sup Ketam Berempah..



Selain daripada hidangan utama, di appetizers station pula terdapat pelbagai jenis ulam-ulaman yang disajikan bersama 3 jenis sambal..dan pelbagai jenis kerabu seperti Kerabu Sotong, Kerabu Udang dan Kerabu Pucuk Paku.. i sempat mencuba Kerabu Sotong...memang umphhhh habis rasa dia...











3 jenis sambal yang mempunyai keunikan rasa yang tersendiri..















dan tidak dilupakan Ketupat Lemang bersama rendang.. serunding yang secukup rasa dan bila makan terus fefeeling esok hari raya! hahaha




Selain itu, yang ini boleh dikatakan signature dish juga.. sebab u all sedia maklum la Penang kan terkenal dengan keenakan Pasembor.. so kat sini u all boleh mencubanya secara buffet.. memang terbaik pasembor yang disajikan kat sini.. 







Salah satu signature dish yang wajib kena cuba.. sebab menu memang rare..pernah u all makan Char Koay Teow Kambing?? Haa mesti tak pernah kan..so kena datang sini cuba.. i suka sebab memang rasa dia lain dari yang lain..


must try okay! terbaik! 





Di BBQ stations u all juga boleh mencuba hidangan seperti sate Daging & Ayam Bersama Kuah Kacang..

















As for dessert, terdapat pelbagai jenis manisan seperti kuih-muih tempatan such as Kuih Talam, Kuih Lapis, Kuih Raya, Kuih Sago. Kuih Nona Manis, Kuih Kosui, Kuih Ketayap, beraneka jenis Kek yang lazat disajikan khas untuk pelanggan yang datang berbuka puasa di sini..


buah-buahan segar..



Di station minuman pula, terdapat minuman sejuk, teh tarik dan ais kacang.







Assorted ice cream...




FYI, Hidangan yang disajikan di Lexis Suite Penang nie semuanya halal yer..Nah i tempek juga logo HALAL yang disahkan oleh JAKIM..so u all tak perlu rasa was-was untuk berbuka kat sini nanti..

Hotel nie juga turut menyediakan kemudahan surau kepada pelanggan yang beragama islam yang ingin menunaikan solat.



Okay..mesti u all teruja nak tahu info lanjut tentang buffet ramadhan kat sini kan.. Okey meh checkadaut!

Buffet Ramadhan Lexis Suite Penang akan bermula pada...

Date : 27 May 2017 -24 Jun 2017
Masa: 6.30 ptg - 10.30 mlm 
Tempat : Open Air Tepi Pantai Lexis Suite Penang /
Roselle Coffee House,  Level M. 

Harga

RM68 nett (Adult)
RM40 nett (Children)
RM 40nett (Senior Citizen)

Early Bird

RM58 nett untuk 1000 pelanggan pertama
(15% discount extended for in-house guests during the Ramadhan period) 
Setiap tiket yang terjual, RM2 akan disumbangkan kepada rumah anak yatim terpilih.

CABUTAN BERTUAH

Bukan itu sahaja, yang menariknya lagi pelanggan yang berbuka puasa di sini berpeluang untuk memenangi cabutan bertuah berupa penginapan 2H1M  di mana-mana rangkaian Lexis Hotel Group's! Jangan lupa #RamadhanLSP2017 jika ingin menjadi salah seorang pemenang yang bertuah nanti..

SPECIAL ROOM RATE

Bagi yang ingin menginap di sini pada bulan Ramadhan nanti, Lexis Suite Penang juga menawarkan promosi harga bilik bermula dari RM340 semalam. 
psst:- Best tau menginap dekat sini..sebab kat dalam setiap bilik ada private pool.. i last year datang stay kat sini sempena wedding anniversary i..part nie nanti kat next entri la i citer okiesss..hee



Okay, last but not least, terima kasih kepada Ms.Jeanize Low kerana sudi menjemput i ke sesi review buffet Ramadhan nie yer..dan i nak Haiiii juga pada Jumie dan Vina..ini dah kali kedua kami berjumpa and terus jadi geng!! hee sempoiiiiiiii!

Overall i kasi 5 bintang untuk Buffet Ramadhan di Lexis Suite Penang!


Untuk maklumat lanjut dan tempahan hubungi:-

Lexis Suites Penang
28 Jalan Teluk Kumbar,
Mukim 9 Daerah Barat Daya
11920 Bayan Lepas, Penang
M +016 271 6395 (Mr.Lee Meng Hong)
M +012 484 1677 (Ms.Jeanize Low)



With Love,
FarahGlanzDotCom

You Might Also Like

19 comments

  1. Semua nampak sedap! kalau tengok nih time bulan puasa memang confirm pergi terus..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe..sebab tu la kena share before puasa..nnti bulan puasa jgn tengok terus ja booking buka puasa kat sini..heee

      Padam
  2. Kemain gemok lg kambing golek tu.. Menu2 lain pn meriah tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang pun.. isi pn lembuttt jer..

      Padam
  3. Bukan bilil je yg best, makanan dia pun semua nampak best. Platting dia sgtlah menarik. Buat org makin berselera nk makan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes mmg terbaik sgt hotel nie..nie dok dok plan nk pi stay lagi.m😉

      Padam
  4. Balasan
    1. Sedap hingga menjilat jari cik nor menuw kt sini.m😆

      Padam
  5. banyaknya makanan...semua sedap2 plak tuh...ichhh...jeles ahkak tau!akk mmg suka sngt makanan banayk2 cmne...mesti nak rasa semua..wajib!

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau nanti bulan puasa nie datang Penang..sila la singgah yer akak..;p

      Padam
  6. wahhh banyak nyer makanan !! meraih uolls!

    BalasPadam
  7. Char kuey tiaw kmbing tu....
    Fuhhhj sangat

    BalasPadam
  8. kenapa dulu tak macam ni...sedap ja tgk kali ni punya aishhh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahun ni ada kelainanan sikit la kot.. nk tarik lebih ramai pelanggan dtg..😊

      Padam
  9. nampak eklusif. char keuy teow kambing? belum pernah dengar
    JanjiKita

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yesss itulah keunikan menu berbuka puasa kt sini.. mmg sedap tau c.teow kambing tu..i makan bertambah 2kali..😆

      Padam
  10. Adoiii... berderet2 entry pasal makan jer ni ☺

    BalasPadam

Google+ Followers

Like me on Facebook

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping
|||| Click Banner For Details ||||