'MUHIBBAH RAMADHAN BUFFET' DI HOTEL EQUATORIAL PENANG

16:23


Assalamualaikum dan Haiiiiiiiii...
Tik tok..tik tok.. tinggal 5 hari jer lagi kita dah berpuasa kan.. so macam mana dengan persiapan nak sambut Ramadhan kali nie..dah settle ke belum??? dan yang paling penting, puasa tahun lepas tu haa..dah habis ganti ke belum??? kalau semua belum, cepat-cepat lah settle-kan yer..i doakan semoga dipermudahkan segala urusan kita semua untuk menyambut ramadhan pada tahun nie..

Dekat-dekat nak tiba bulan ramadhan nie mula la kecoh sana-sana sini nak masak apa..nak pi bazaar mana... nak iftar kat hotel mana yang best..Haishhh relax la...jangan la sampai gusar dan gundah-gulana kerana hal sebegini..Okay,meh sini baca rapat-rapat i nak share satu lagi hotel terbaik di Penang yang u all wajib try dan terjah untuk iftar bersama orang tersayang nanti..

Bertemakan "Muhibbah Ramadhan Buffet", Hotel Equatorial Penang menyediakan lebih kurang 200 jenis hidangan yang pastinya akan menepati citarasa para pelanggan bermula pada 27 Mei 2017 - 26 June 2017 jam 6.30ptg-9.30mlm..Lokasi di Nada Lama Restaurant..psstt..i dah jatuh cinta tau dengan restoran nie sebab ada 2 konsep..open air dan close air.. and i prefer open air.. sebab view pool dia ohsem! 




Apa Yang Menariknya Buffet Ramadhan Di Hotel Equatorial Penang??

Tahun ini, Hotel Equatorial Penang menjanjikan pengalaman menjamu selera yang menarik dan lazat dengan 6 putaran menu yang terdiri daripada pelbagai jenis masakan Asian dan International. Antaranya seperti Kibas Panggang served with nasi arab, lamb masala, nasi hujan panas, dan signature menu yang paling win adalah chilli crabs.. 

Selain itu, yang menariknya lagi, terdapat 2 konsep action stall yang menyediakan pelbagai menu menarik iaitu 'Inside Stall' dan 'Outside Stall'..dan menu di action stall itu akan bertukar-tukar setiap hari yer... Wow menarik bukan!

'Inside Stall'
- Equatorial Famous 
- Dim Sum Selection
-Noodle Soup Stall
- Murtabak Stall
- Ikan Bakar
- Nasi Kukus
- Goreng-Goreng
- Ice Kacang & Cendol
- Hot Selection
- 12 Dessert selection as per chef

manakala 

'Outside Stall'
- Milkshake Station
- Mangolian BBQ
- Grill Station
- Japanese Tempura
- Kibas Panggang
- Assorted Tempura
- Thai Corner
- Sugar Cane/ Nutmeg Juice
- Drinks counter
- Chicken Shawarma














Selain hidangan utama, tidak dilupakan hidangan di appetizer station seperti ulam-ulaman (Kerabu Pucuk Paku, Kerabu Papaya, Kerabu Taugeh, Kerabu Ikan Bilis, Sambal Tempe, Kerabu Mangga, Kerabu Nangka Muda, Kerabu Kacang Botol, Kerabu Kacang Panjang, Kerabu Udang..

Seafood on ice seperti Udang dan Tiram, aneka jeruk seperti  Jeruk Mangga, Jeruk Cermai, Jeruk Kara, Jeruk Kelubi, Jeruk Kedondong, Jeruk Betik, Jeruk Buah Salak..

Aneka keropok seperti Keropok Udang, Papadom, Keropok Sayur, Keropok Ikan, Muruku dan ikan masin..dan menu lain seperti soup served with Roti Benggali dan porridge.

Rambang mata tau tengok semua hidangan yang ada dan semuanya memang betul-betul membuka selera kita.. 




















Tidak lengkap iftar sekiranya tidak mencuba pencuci mulut sebagai penutup selera kan..Di sini terdapat 12 jenis seleksi dessert yang menarik antaranya...pelbagai jenis kuih-muih Tradisional Melayu, Sago Gula Melaka, Coconut Puding, Lime Jelly, Kurma, Cream Caremal, Manggi Panna Cotta, Cookies Rata, Breadh Butter Pudding,Vanilla Creme Brulee, Walnut Tart,

Pelbagai jenis kek seperti Chocolate Fudge Cake, Chocolate Brownies, Carrot Cake, Fruit Tartlet, Fruit Cream Puff, Black Forest cheese cake dan banyak lagiiiii la..nak list semua kat sini tak surprise la kan..kena pergi dan enjoy sendiri keenakkan dessert yang ada kat sini okay.

  













  

Coffee and Tea counter








One of my favorite dish kat sini.. Mongolian BBQ.. cara nak menikmati sajian nie..1st kita kena pilih dari seleksi item yang kita nak..boleh mixed ikut kesesuaian selera kita..then lepas tu just bagi kat chef untuk dimasak and enjoy live cooking dari cheft..memang menarik!



















Nasi Ulam Stall - menariknya kat sini kita boleh menyediakan sendiri nasi ulam mengikut citarasa kita sendiri samaada nak pedas tau tidak pedas dengan menggunakan bahan-bahan yang telah disediakan. i juga turut tidak melepaskan peluang jadi chef pada malam tu..hasilnya memang amat menyelerakan sekali.


  








Sambil-sambil menjamu selera, para Pelanggan juga akan turut dihiburkan oleh persembahan live band dari Philippines ini..Fuh bertambah berselera lagi la kan..kalau nak enjoy with the music, silalah buat tempahan meja kat luar yer..heee

Berhibur..berhibur juga..tapi solat jangan lupa..FYI, Hotel Equatorial Penang ada menyediakan kemudahan surau untuk pelanggan yang ingin menunaikan solat nanti..




Harga Muhibbah Ramadhan Buffet Di Hotel Equatorial Penang

Harga

RM128 nett (Adult)
RM64 nett (Child)
RM98 nett (Senior Citizen)


Early Bird Special 
RM98 nett adult 
(Pembelian Voucher dari 1-26 May 2017)

Untuk tempahan sila hubungi:-

Tel : +60 4632 7000
Email : fb_reservation@pen.equatorial.com
Website : www.equatorial.com



Okay last but not least, terima kasih kepada pihak Hotel Equatorial Penang di atas jemputan dan layanan mesra yang diberikan sepanjang i berada di sana.. U all semua memang Ohsem!!! thumbs up!!!!!!

Overall i kasi 5 bintang untuk 'Muhibbah Buffet Ramadhan'!




With Love, 
FarahGlanzDotCom


You Might Also Like

13 comments

  1. makanan semuanya nampak sedap-sedap belaka..
    yang menarik perhatian live cooking tu.. awesome!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes mmg menarik.. siap berapi2 kuali tu.hehehe

      Padam
  2. tu dia..banyaknya makanan..buffet ramadhan meriah ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes nad..berbaloi la dgn harga dan rating 5 star depa..kalau dtg Penang try la buffet ramadhan kt sini tau..😆

      Padam
  3. byknye makanan..inside stalls & outside stalls...mmg meriah...ramabng mata nk pilih mana tu hehe

    BalasPadam
  4. this is heaven. period.

    fuhhh semua sedap2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya.ya...semua sedap tak dak yg tak sedap..😆

      Padam
  5. ehh.. cik receptionist tu macam kenai jaa.. :p

    BalasPadam
    Balasan
    1. jeng..jeng..jeng...kenai tak pa..heee

      Padam
  6. macam-macam ada. terliur tengok semuanya
    JanjiKita

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe..sabar2 takut nnti batal posa pula..heee 😉

      Padam
  7. Tak sanggup nak tengok makanan2 sedap ni ☺

    BalasPadam

Google+ Followers

Like me on Facebook

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping
|||| Click Banner For Details ||||