Percutian Ke Seoul,Korea Pada Musim Bunga 2016 | Day 4- Last Part : Everland Park (에버랜드)

12:48

Assalamualaikum..
Akhirnya sampai juga di part terakhir bagi travelog percutian i ke Seoul, Korea tempoh hari...Fuhh legaa...dah boleh start next travelog pula la selepas nie.. Yayyy!

kat entri sebelum nie ada i bagi tahu yang pada hari terakhir kami di bumi Seoul, kami terpaksa cover dua tempat yang boleh tahan jauhnya pada hari yang sama..so sebab tu lah awal pagi lagi kami dah keluar dan terus tour ke Nami Island..kami berada dekat sana sampai tengahari...then lepas lunch terus cepat-cepat naik feri kembali ke subway station untuk naik train ke Everland Park pula.. 

Fyi, Everland Park nie adalah taman tema yang ada dekat Seoul...cara nak pergi ke sini, kena naik subway dan kena turun dekat Gangnam Station.. then keluar dari subway station ambil bas No.5002 untuk ke Everland Park..

Perjalanan nak ke Everland Park nie mengambil masa lebih kurang 1 jam..so pada masa tu sempat la juga i krohhh..krohhhh kat dalam bas..dah letih kot sebab awal pagi dah keluar untuk tour..tapi demi nak lengkapkan agenda percutian nie i gagahkan diri juga..lagipun bukan selalu nak datang kan.. so setiap masa yang ada kena dimanfaatkan dengan baik..


sesampai jer kat sini.. kita kena naik pula free shutte bas yang disediakan untuk ke Everland Park..actually jarak dia dekat jer pun, around 7-8 minit jer dah sampai kat pintu utama..waktu kami sampai nie dah tak ramai orang..cuma beberapa kerat jer..kalau nak ikut, masa yang sesuai untuk datang ke sini adalah waktu pagi..baru lah puas nak cover semua permainan yang ada di Everland Park..tapi memandangkan masa yang kami ada teramatt terhad, so kena rushing la sikit.. tapi okay jer, yang penting dah sampai kat sini...

turun jer dari shuttle bas, terus cari kaunter tiket yang katanya boleh dapat harga tiket murah khas untuk tourist..cari punya cari akhirnya jumpa juga walaupun pening2 dah melilau cari kat mana lah kaunter dia..hahaha...

bagi membolehkan kita dapat harga tiket murah, syaratnya kita kena tunjuk flight ticket kita dekat petugas kaunter..then lepas tu baru la kita layak mendapat discount tue..so kalau nak murah, make sure bawa la tiket flight u all tu sekali yer..

nah i tempek sekali harga tiket nak masuk ke Everland Park...

haishhh...kenapa lah penjaga kaunter pun segak sungguhhhh..hahaha..okay boleh nampak tak berapa total yang kami kena bayar.. harga tiket asal KRW174,000 untuk 4 dewasa.. then after discount kena bayar just KRW128,000.. ok lah kan..dah jimat banyak nie..

selesai urusan pembelian tiket terus serbuuu ke pintu masuk..tak sabar nak kembali menjadi kanak-kanak riang gembira di taman tema! hahaha


dari pintu masuk kita boleh nampak pokok cantik nie..pokok nie siang cantik, malam lagiiii la cantik tau..nanti picca suasana malam i share kat bawah yer..




Fyi, Everland Park nie sangat luas tau.. ada macam-macam aktiviti yang kita boleh buat kat sini..


tempat pertama yang kami terjah adalah ke Zootopia.. tempat ni tak la besar sangat..tapi best la juga sebab kita dapat tengok haiwan2 secara dekat..

masa kami kat sini hari tu..orang ramai gila! kena que-up lebih kurang sejam baru dapat naik bas untuk masuk ke dalam zoo..


begini la rupa bas yang kami naiki tu..




tapi kalau tak nak naik bas, boleh juga naik jip nie..tapi yang nie kena add on harga lah..lebih mahal berbanding bas.. sebab jib nie khas untuk private jer.. so kalau nak rasa nak tengok binatang-binatang yang ada kat dalam nie dengan lebih mesraaaaa lagi boleh la naik jib nie..harga sorry i tak sure berapa..heee









part yg paling best adalah sewaktu masuk kat dalam air nie...risau pun ada sebenarnya.. sebab kat sebelah kanan tu ada banyak ekor singa yang tengah tunggu masa jer nak jadikan kita lauk...huhuhu.. tapi memang best la..dapat pengalaman tengok binatang2 yang ada kat sini secara terbuka begini...kita pula yang macam ****** sebab dok dalam sangkar! (bas) hahaha


see.. bebas bersantai lagi tu haaa..




Part nie yang paling i teruja sekali.. si comel Zirafah nie kemain manja sangat datang dok sua kepala kat celah tingkap bas kami..

geram tau tengok.. mata dia..aduhaiiii cair! comeyyy sangatttttt...




kat sini ada banyak lagi la haiwan2 lain..dari pemerhatian i, zoo kat sini dijaga dengan baik sekali.. tempat dia bersih dan haiwan2 pun semuanya bersih dan tidak menyedihkan macam zoo kat tempat kita...huhuhuh... jangan marah tau..tapi itulah hakikatnya..


jamu mata jer kat sini..nak membeli memang tak lah..mahaiiii okiessss..



lepas tengok binatang..kami naik benda ni pula... ok la not bad..best la juga..cuma track dia terlalu pendek..rasa tak puas! heee




keluar jer terus sejukkan tekak.. sedap sangat aiskrim depa..




tak tahu kenapa rumah hantu nie tutup masa kami datang.. baru nak acah2 seram kat dalam tu...


ada berani nak main tak??? i tengok track pun dah serammm.. so jangan harap la i nak naik..sakit jantung mampuihhh...hahaha






tengah tunggu turn masuk.. tapi tak seram sangat pun...but okay lah...btw, ada banyak lagi games yang sempat kami cover..tapi dah tak daya nak ambil gambar dah..lemau habis seluruh badan..tapi bila fikir bukan selalu nak dapat peluang datang ke sini, kami gagahkan diri juga la walaupun mata dok terbayang tilam dan bantal dah...heee


Fyi, acara kemuncak kat Everland Park ni adalah acara penutup yang menampilkan persembahan kereta berhias dengan cahaya lampu yang bergemerlapan serta diikuti dengan tarian yang pastinya membuatkan kita tak berkelip mata.. seriously sangat terhibur!!! so kalau datang ke Everland Park sila tunggu sampai malam untuk menikmati persembahan ni okay...



lawaaa tersangat lawaaaa... berkilau2 jer..konsep lebih kurang macam kat A'Famosa Resort tu.. tapi yang nie double tripple best lagi la..


suasana malam di Everland Park.. amat cantik dengan kilauan cahaya lampu di mana-mana.. kawasan Everland Park nie sangat besar tau..kami hari tu sampai tersesat tak jumpa jalan keluar.. dah la hari dah malam.. jenuh melilau cari jalan keluar..tanya orang merata..tapi akhirnya dapat juga keluar..pening-pening lalat dah masa tu.. hehehe..pengalaman sungguh..dalam taman tema pun boleh tersesat...hahaha





lawaaa sangat kat sini..sayang i tak bawa kamera dslr..kalau dak lebih jelas dan cantik la gambar-gambar kat sini.. 









hahh nie la pokok petang tadi tu..bila malam lagi lawa kan rupa dia...




kat sini paling ramai orang bergambar dan kami pun tak terkecuali..nak juga posing dekat istana ala-ala citer fairy tales nie..


setelah puas berjimba dekat sini, kami melangkah keluar dengan hati yang berat..Overall, Everland Park nie wajib tau dimasukkan dalam itinerary kalau bercuti ke Seoul, Korea.. sebab memang best.. kalau bawa anak pun sesuai sangat.. i sepanjang kat sini dok teringat kat Emir Daniyal..kalau bawa dia mesti dia suka tempat nie.. hurmm..InsyaAllah maybe next time.. 

Keesokannya, check out dari hotel..kami minta tolong hotel panggilkan taxi charted dari airport.. harga sama macam datang hari tu juga.. mahal sikit tapi yang penting selesa la..sebab barang hasil shoppingan pun banyak...heee


Alhamdulillah urusan check in semua berjalan lancar..tak ambil masa yang lama pun kat sini.. dan satu lagi, if u all shopping kak sini sila jangan lupa claim balik tax sebelum balik tau.. make sure simpan semua resit-resit pembelian sebagai bukti..rugiiii tau kalau tak claim.. 


Bubyyeee Seoul, Korea sehingga berjumpa lagi..

Okay, overall bagi i Seoul, Korea adalah sebuah negara yang wajib u all datang sebab negara 4 musim nie ada banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi.. i dah pergi pada musim bunga.. jadi memang banyak la bunga-bungaan yang berkembang mekar di sepanjang jalan.. InsyaAllah jika ada rezeki, i nak datang pada musim luruh pula.. katanya musim nie yang paling cantik sekali.. InsyaAllah kena start menabung dari sekarang lah..heee.. 

Tamat sudah yer travelog percutian i ke Seoul, Korea selama 5h4m pada musim bunga!!! 


With Love,
FarahGlanzDotCom

You Might Also Like

9 comments

  1. layan gambar cecantik kat korea ni...syoknya dapat teroka Korea kan...penat tapi puas hati takpe farah

    BalasPadam
  2. rindu everland..time akak pegi dlu ujan tp xla lebat....lost valley tu best..siap zirafah masuk ikut tingkt lg ..riso juga kn hehe....akak naik roller coaster tu..1st time tgk roller coaster trek kayu...dlm family 3 org je yg berani naik hehe

    BalasPadam
  3. syoknya g korea.. banyak haiwan yang geram nak tengok gak..

    BalasPadam
  4. baca entry ni tingat running man. ada scene buat kt sini hahahahaah

    BalasPadam
  5. Itukan singa...bukan harimau :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohhhh terima kasih sangat kerana sudi perbetulkan kesilapan i tu.. heee

      Padam

Google+ Followers

Like me on Facebook

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping
|||| Click Banner For Details ||||