BUFFET RAMADHAN DI VISTANA HOTEL BUKIT JAMBUL, PENANG | NIKMATI JUADAH '101 RESEPI PENUH TRADISI TOK WAN'

12:00

Assalamualaikum!
Sempena bulan Ramadhan 2017 nie, Vistana Hotel Bukit Jambul,Penang turut tidak ketinggalan menyediakan hidangan buffet ramadhan khas buat semua para pelanggan dengan mengetengahkan kembali resepi terkenal mereka iaitu '101 RESEPI PENUH TRADISI TOK WAN' yang bermula pada 29 Mei 2017 sehingga 24 Jun 2017 bertempat di Ground Floor Ballroom.

Hidangan yang bertemakan masakan Melayu Tradisional dan diinspirasikan dari nama To Wan yang terkenal di Negeri Pahang dengan panggilan nenek. Pastinya buffet ramadhan '101 RESEPI PENUH TRADISI TOK WAN' ini akan menepati selera semua kerana hidangan yang disediakan semua lazat dan mempunyai keunikan rasanya yang tersendiri.

HARGA 
RM 70 nett ( Dewasa)
RM 30 nett ( Kanak-Kanak 4-12 Tahun)
Harga bersih termasuk 6% GST

Now, jom layan gambar-gambar yang sempat i ambil semasa di Preview Buffet Ramadhan mereka tempoh hari.


The signature | Hidangan kambing golek adalah antara menu wajib yang disajikan pada setiap kali bulan ramadhan..rasanya tak lengkap buffet ramadhan tanpa hidangan kegemaran ramai ini kan.. Vistana Hotel juga tidak ketinggalan menyediakan menu kambing yang digolek panas-panas dan dimakan bersama pelbagai jenis sos istimewa daripada chef mereka.


  begitu juga dengan sate yang dipanggang panas-panas nie.. my all time favorite..


Fyi, Tok Wan's main course pula terdiri daripada  lebih 10 jenis hidangan seperti Nasi Putih, Nasi Beriyani, Nasi Hujan Panas, ayam goreng berempah, ikan cencaru belah belakang, daging rendang tok, siput belitung masak lemak cili padi, gulai daging, rendang, pucuk ubi masak lemak dan pelbagai lagi hidangan menarik yang disediakan. 

Main Menu Buffet Ramadhan di Vistana Hotel ini antara yang terpanjang yang pernah i review. Dari segi seleksi menu dan harga yang ditawarkan, i rasakan memang sangat berbaloi untuk datang berbuka puasa di sini lebih-lebih lagi bagi yang mempunya keluaraga yang besar kerana di sini juga satu-satunya hotel yang menyediakan konsep Ballroom Round Table buat semua pengunjung yang datang untuk menikmati buffet ramadahan yang disediakan. Suasana sebegini pastinya akan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama kita.. 






















Selain kemeriahan dan keenakkan juadah di sajian utama, appetizers section juga tidak kurang hebatnya. Terdapat pelbagai jenis kerabu yang disediakan seperti kerabu mangga, kerabu sotong, kerabu kaki ayam serta ulam-ulaman seperti ulam raja, jantung pisang dan banyak lagi yang boleh dimakan bersama sambal belacan, sambal nenas, cencaluk, tempoyak, budu dan sambal nenas sebagai pelengkap rasa.

Menariknya lagi, tema hiasan yang diketengahkan membuat kita seperti berada di suasana perkampungan. Ini sekaligus pasti menambat selera kita untuk berbuka puasa di sini.



antara menu rare yang terdapat di sini.. 
Pelbagai seleksi bubur yang disediakan. 


My favorite dish. Ketupat dan serunding yang disajikan kat sini memang sangat-sangat sedap. Sampaikan i dok repeat 4-5 kali tau kat sini..heee


Turut disajikan 'The all-time Penang Favourites' seperti Nasi ayam, Asam Laksa, Murtabak, Kerang Rebus, Rojak dan pasembor yang menggunakan konsep action stall dengan hiasan yang menarik.










Di sudut pencuci mulut pula, terdapat beraneka jenis dessert yang disediakan seperti kuih-muih tradisional, onde-onde, seri muka, ketayap, kuih loyang , sagu gula melaka serta banyak lagi. 














Dodoi timbang kati..hehehe
Minuman panas seperti Teh Tarik dan Kopi 
Pelbagai jenis minuman sejuk yang disediakan.

Ais Kacang penyejuk tekak setelah seharian berpuasa





Yang paling mengujakan sekali adalah kat sini juga terdapat Aiskrim Malaysia...serius memang rare sangat menu-menu yang terdapat di sini.. satu kelainan yang pastinya memberikan pengalaman berbuka puasa yang manis buat semua pelanggan. sangat lah rugi sekiranya tidak datang mencuba sendiri buffet ramadhan dekat sini..



  



Pelanggan juga akan turut dihiburkan oleh persembahan live sambil menikmati  buffet ramadhan '101 Resepi Penuh TradisiTok Wan'



Terima kasih kepada Ms. Kai Jing kerana sudi menjemput i dan kawan2 ke sesi Preview Buffet Ramadhan '101 Resepi Penuh Tradisi Tok Wan' ini. Overall i kasi 5 bintang untuk buffet ramadhan ini! 



Sebarang pertanyaan atau tempahan sila hubungi,

Tel :+604-646 8000



 With Love,
FarahGlanzDotCom

You Might Also Like

4 comments

  1. fuh meriah btul menu2nya...ada eskrem msia lg...dessrt byk...lauk pauk...rambang mata

    BalasPadam
  2. Ya ampunnnnnnnnnnnnnnnn meriah nyer makanan !! Paling win ketupat palas ... aaa sedap nyerrrr

    BalasPadam
  3. ya ampun...kambing tu..pagi2 buka blog terus lapar haha

    BalasPadam
  4. Hamboi menu dia.. sakan makan nie.. hehehe..

    BalasPadam

Google+ Followers

Like me on Facebook

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping
|||| Click Banner For Details ||||