TRIP GEGIRLS KE HO CHI MINH, VIETNAM DENGAN BAJET RM398.00 SAHAJA UNTUK FLIGHT+HOTEL 3H2M DENGAN AIRASIAGO | DAY 1

15:20

Assalamualaikum dan haiii..review buffet ramadhan i tangguh sekejap yer, sebab nak bagi laluan kat travelog i ke Ho Chi Minh, Vietnam dulu..kalau asyik dok update pasal makan jawabnya niche blog travel i nie nanti kena tukar kepada niche foodie la kekdahnya..hahaha..so untuk memastikan niche blog tidak tersasar, meh la kita update travelog i yang seterusnya.. 

Btw trip i ke Ho Chi Minh nie last yer punya tau..tarikh 20-22 Mei 2016! hahaha..gila ahh lama betul kepam citer.. 2017 baru timbul kat blog..lepas nie ada lagi tau trip 2016 yang dok bersusun nak update..so nampak gayanya travelog 2017 nie tahun 2018 la kot baru boleh update..hahaha..mohon bertabah la yer..lewat macam mana pun i tetap akan update kat blog kesayangan i nie..terpulang la ada yang nak baca ke tidak..tapi yang pasti i tetap juga akan abadikan semua travelog2 i di blog kesayangan nie..heee *psst tapiiii kalau sudi tu silalah baca...hahaha


TRIP GEGIRLS KE HO CHI MINH, VIETNAM DENGAN BAJET RM398.00 SAHAJA UNTUK FLIGHT+HOTEL 3H2M DENGAN AIRASIAGO |  DAY 1 

Ok back to the story.. trip nie adalah trip gegirls sahaja yer..actually last minit punya plan juga sebenarnya.. trip nie i booking sebulan before i pi Korea.. tu pun sebab nampak AirAsiaGo buat promo harga tiket ke Ho Chi Minh dengan harga RM398 untuk Flight+Hotel 3H2M...from Penang lagi tau! so apa lagi, meloncat la geng gegirls nak pi.. tambahan pula dapat pi before raya pula tu.. memang semua tak nak lepaskan peluang lah! 

Urusan booking AirAsiaGo i yang settle-kan..tapi urusan untuk cari tour guide kat sana i serahkan dekat Nazdia.. sebab i memang tak boleh nak fikir lagi dah time tu..sebab itinerary i ke Korea pun belum 100% settle..so terpaksa lah i mintak Nazdia take over..dan hasil survey sana sini akhirnya dia dapat juga cari service tour guide yang paling murah..harga RM900 all in untuk transport dan 2 hari tour + 1 lunch...so maknanya seorang cuma perlu bayar RM150 sahaja..ok settle part nie..tak payah fikir dah..kami just kena stanby duit untuk makan dan shopping sahaja nanti..

Akhirnya tarikh yang ditunggu pun tiba..maka berangkat lah kami 6 orang gegirls ke Ho Chi Minh City dengan perasan happy..cuak..takut..risau..bercampur-baur.. hahaha.. yer la 1st time kot nak travel gegirls saja.. dah la banyak dengar citer scary pasal Ho Chi Minh nie.. kes tourist kena rompak lah..tourist kena tipu lah..dan macam-macam lagi.. tapiiiiiiiiii Alhamdulillah kami okay jer sepanjang kat sana.. tak dak pengalaman menakutkan pun..semua kenangan manis-manis jer.. yang penting kena ikut tips nie:-

TIPS MELANCONG KE HO CHI MINH
  • Ambil lah tour guide.. bukan mahai mana pun..yang bagus mereka akan pick/drop kita direct kat airport/hotel..amat disyorkan kalau pergi secara group
  • Tak perlu tukar wang Vietnam Dong(VND)..guna Ringgit Malaysia(RM) jer kat sana..sebab mereka lagi suka duit kita..
  • Jangan naik teksi selain Teksi VINASUN..sebab teksi nie sahaja yang trusted dan hak milik kerajaan..yang lain banyak scammer..so beware!
  • Bawa bersama kad hotel tempat kita menginap sebab nanti senang nak tunjuk kat teksi driver..mereka tak faham bahasa English.
  • Bargain - minta sampai harga tak logik akal.. memang boleh dapat kalau kena cara.. berbaloi-baloi murah!
  • Makanan - Kedai makan halal ada..tapi harga agak pricey.. kalau nak jimat bawa lah stock makanan sendiri.. tapi macam kami suka jer makanan sana...yes mahal sikit tapi sedap! 
  • Botol Mineral - bawa la botol mineral kosong..tandas mereka tak ada paip air.
  • Check barang lepas beli- Yes yang nie wajib.. i nyaris nak kena scam.. beli 15 helai dapat 14 helai.. dapat nasib baik cepat detect.. so boleh tuntut balik..jangan sampai balik hotel baru check..alamatnya menangis tepi bucu katil la..
  • Kopi Ais - Must try!!!! sedap kaw-kaw.. confirm akan teringat2
Okay setakat nie dulu lah i share tips..nanti kalau ingat i update lagi..


Flight kami dari Penang pukul 12.10 tghari.. perjalanan ambil masa lebih kurang 1jam50minit sahaja.. masa pi ada la turbulence sikit..huhuhu..i dah la penakut..kalau Edy ada boleh manja dengan dia..tapi mujur ada Nazdia..thanksss you bagi i pinjam tangan!!!! ahahaha.. masa i dok gengam tangan Nazdia..si Nina bantai dok gelak kat i...hampeh betul..hahaha..i memang aerofobia.. tapi fobia2 pun tetap nak travel juga..hahaha 

Lebih kurang pukul 1.00 ptg kami selamat sampai di Tan Son Nhat International Airport.. urusan dekat Imigresen berjalan lancar..then terus keluar cari tour guide yang kami dah deal tempoh hari..bagusnya tour guide nie kami tak perlu bayar sebarang deposit di Malaysia..bayaran semua dibuat setibanya kami kat sini.. bagus la macam nie..tak perlu risau nak kena scam ke apa..

kat belakang tu lah transport kami selama 3H2M kat sini..heee
sangat besar dan selesa.. katanya ada WIFI..tapi sampai ke sudah line hampeh!
  
our tour guide..Abang Soleh..service tip top!
Fyi, tour guide kami nie orang muslim tau..pernah kerja kat Malaysia lama..so bahasa melayu dia agak bagus la..tapi yang sebenarnya dia bukan lah orang yang kami deal kat Malaysia.. yang kami deal nama dia Loh Aeda..dia lah tokey..Abang Soleh nie kira pekerja dia lah.. 

so far sangat senang dan selesa berurusan dengan Loh Aeda..sebabnya dia tour guide muslim kat sini..so dari segi nak makan ke apa senang..yang bagusnya lagi tak dak extra caj or caj tersembunyi..memang puas hati la dengan servis mereka..kalau nak guna service mereka boleh contact:-

Trusted Tour Guide Ho Chi Minh
Whatsapp :- +84 126 993 0648
Facebook :- Loh Aeda Tour Guide


Dari airport kami gerak menuju ke destinasi shopping yang pertama..Ahaaaa..sampai2 jer terus shopping kennnn..actually trip nie memang nak shopping pun..tour tolak tepi..so tempat pertama yang kami singgah adalah di sini..


GEDUNG KAIN LINDA WHOLESALE


Gedung kain LINDA WHOSALE nie menjual pelbagai jenis pakaian ready made untuk lelaki dan wanita.. Ada 4 tingkat semuanya..memang rambang mata tengok..Kualiti pakaian kat sini pun bagus dan harga yang ditawarkan juga sangat-sangat murah..rasanya ramai orang Malaysia mai borong pakaian kat sini then pi jual balik kat Malaysia.. sebab memang ada satu koleksi tu Nazdia beli kat sini.. harga murah gila dalam RM50 tak silap i..tengok terjumpa design yang sama kt Malaysia orang jual hampir RM300 okay! ahahaha..best2 manyak huntung wooo!! tapi tak boleh la nak kuiri kan.. adat la orang meniaga.. kos nak datang pun kena ambik kira juga yer dak..

  


   






Haa, dah cuci mata tengok koleksi yang ada??? memang murah-murah..semua harga tak lebih RM100 pun.. kat tempat kita mana nak dapat oiiii.. kain saja kot yang dapat.. upah jahit lain pula.. so kalau datang ke sini jangan lupa shopping banyak2.. i bila tengok gambar nie balik, terus rasa menyesal tak membeli hari tu.. kalau dak boleh juga buat tukar2 baju pi ofis..Hurm, al maklum ler..i kan baru balik dari Korea masa tu..so fulussssssssss tu tak berapa nak banyak lerrr..Uwaaaaaaaaaaaa.. 

Settle shopping kat sini kami terus menuju ke hotel untuk check-in..ikut pakej AirAsiaGo kami akan menginap dekat..




HOTEL BLUE RIVER
Tel: 84 (8) 38376483, Fax: 84 (8) 38379945





Hotel nie terletak di area Disctrict 1 dimana lokasi dia tak berapa jauh pun dari Ben Thanh Market.. cuma tidak la boleh berjalan kaki saja yer..jenuh peluh ketiak la kalau nak berjalan juga..tapi don't worry teksi Vinasun senang jer nak dapat kat sini.. 

Dari segi keluasan bilik bagi i ok lah..saiz bilik yang sederhana dan bersih..tilam empuk..toilet bersih..ada tv..cuma yang downside sikit tentang hotel nie adalah tak ada lift! kami hari tu dapat bilik di Tingkat 3..cobaa bayangkan balik shopping dengan barang banyak kena angkut naik tingkat 3..pfttt semputtt okay.. hahaha.. tapi overall i still recommend lagi hotel nie sebab faktor keselesaan dan kebersihan.

For accommodation i suggest u all cari dekat area Ben Thanh Market jer kalau betul datang for shopping.. ada beberapa hotel yang just berjalan kaki jer ke Ben Thanh Market or night market like Hotel Alagon Western..lokasi hotel nie betul-betul kat tengah2 night market.. turun bawah jer terus shopping..next time kalau datang lagi i nak stay kat situ..


  


Settle urusan check-in terus siap-siap turun ke bawah untuk ke Ben Thanh Market.. mujur driver nak tolong drop kami kat Ben Thanh Market sebelum servis dia tamat..tapi yang bagusnya abang soleh still nak follow kami sebab dia risau kami semua kan gegirl..hehehe..abang soleh siap bagi tips galas beg kat depan lagi..sebab kat sini banyak pick pocket..so memang kena extra careful!

kat sini abang soleh bawa kami ke tempat jual tudung nealofar murah..bersepah weiiiii kat tepi-tepi jalan jer.. harga tak masuk akal pulak tu..original ke tak i tak sure.. tapi kualiti bagus la.. i memborong sakan juga la tudung nie..sebab nak melaram pakai ulang-alik pi kerja..harga murah harussslah memborong!



macam orang kena sampuk dah punya dok borong..hahaha





Dah sampai kat sini jangan ketinggalan try kopi ais nie tau..MasyaAllah rasa dia sedappppppppppp nak meninggal..setaraf kopi starbucks! hahahah..harga 1 cup RM3 sahaja.. 

Hari semakin gelap so perut masing-masing dah mula berkeroncong..so kami tanya abang soleh kat mana tempat makan halal yang best.. so dia suggest makan di Restoran Osman..walaupun sebenarnya restoran Hajah Basiroh yang lebih terkenal tu ada kat sebelah jer..hahaha.. so kami pun tanpa membuang masa terus serbu ke Restoran Osman..


RESTORAN MUSLIM DI BEN THANH MARKET






Menu makanan kat sini lebih kurang sama jer macam kat Malaysia..so kami semua order nasi goreng jer senang.. rasanya memang tidak mendukacitakan..lazat dan kenyang..alhamdulillah..


  

Selesai dinner turun bawah tengok..mak aiiii sekejap jer orang dah ramai serbu kat night market.. dan jangan terkejut yang paling ramai adalah orang Malaysia..hahaha..kat night market nie yang paling happening sekali kalau nak shopping..macam-macam barangan ada dijual.. dan harga memang terlajakkk murah dan yang best still boleh bargain lagi.. memang best gila shopping kat sini.. kualiti barangan kat sini pun bagus..bukan cikai punya tau..memang jauh beza dengan kualiti barangan siam..



T-shirt nie RM10..
backpack kat sini semua murah!
RM10 juga sehelai..kualiti elok..





   
  
i beli 4 ketul frame bunga merah kat sini..murahhhhhhhhh

Fuhhhh memang rambang mata tau datang shopping kat sini..harga yang memang kita tak boleh dapat dekat Malaysia..padan la rakyat Malaysia suka sangat datang Ho Chi Minh yer.. i pun dah terjebak sama dah.. next time datang lagi i nak bawa duit berkepok2..baru haven shopping..hahaha

Ok tamat sudah itinerary hari pertama dekat sini.. esok kami akan tour ke Sg.Mekong..so bersambung kat next entri la yer.. till then..Bye!


- TRAVELOG KE HO CHI MINH - 
  1. TRIP GEGIRLS KE HO CHI MINH, VIETNAM DENGAN BAJET RM398.00 SAHAJA UNTUK FLIGHT+HOTEL 3H2M DENGAN AIRASIAGO | DAY 1
  2. TRIP GEGIRLS KE HO CHI MINH, VIETNAM | DAY 2 | PART I - KEDAI MADU LEBAH DAN BUAH-BUAHAN
  3. TRIP GEGIRLS KE HO CHI MINH, VIETNAM | DAY 2 | PART II - NAIK SAMPAN DAN MELAWAT TEMPAT MEMPROSES COCONUT CANDY
  4. TRIP GEGIRLS KE HO CHI MINH, VIETNAM | LAST PART - HO CHI MINH CITY

With Love,
FarahGlanzDotCom

You Might Also Like

12 comments

  1. lama dah teringin nak ke ho chi minh ni..tapi tulah ,belum ada budget lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak try ushar2 AirAsiaGo..kadang nasib baik boleh dapat harga promo macam kami dapat nie..;p

      Padam
  2. wahh seronoknya shopping. murah murah kat hcmc ni kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. yes betul...tersangat murah dan good kualiti.. ;p

      Padam
  3. Kalau nak pi lagi..ajak kami sama naaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. ok roger alia! nnti kita plan lain.. next year ke maybe.hee

      Padam
  4. Next time kalau nak pergi lagi ajak akak..jgn lupa..ok?

    BalasPadam
    Balasan
    1. okok boleh2..nanti kalau dapat promo best kita roger akak..;p

      Padam
  5. wah murah juga tu flight+hotel..sronok jln2 and shopping ngan geng gegirl

    BalasPadam
    Balasan
    1. murah kan..dari Penang lagi..tu yang terus grab promo tu..hee

      Padam
  6. nk gelak dlu laaa hahahahaahaha 😂😂😂😂
    nasib baik nis bg tau dh update. tergelak2 kami baca memang xleh lupa part shopping

    BalasPadam

Google+ Followers

Like me on Facebook

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping
|||| Click Banner For Details ||||