FAM Trip 3H2M Bersama SuperStar Libra Cruise | Part I - Pelayaran Dari Penang Ke Phuket!

21:32

Assalamualaikum dan Hai!

Tak sangka impian nak merasa percutian di atas kapal mewah menjadi kenyataan akhirnya.. betul la orang kata, cakap-cakap kosong tu pun boleh menjadi satu doa tau..Setiap kali kapal mewah milik Genting Group nie berlabuh dekat Swettenham Pier Cruise Terminal, dari jendela ofis i selalu cakap, satu hari aku mesti naik juga kapal ni! tup..tup..termakbul sudah apabila i terpilih untuk join FAM Trip 3H2M Bersama SuperStar Libra Cruise Dari Penang ke Phuket , Thailand pada 26-28 Julai 2017 yang lepas..Yayyy! 

Fyi, pakej 3H2M dari Penang ke Phuket,Thailand ini adalah pakej terbaharu yang diperkenalkan oleh Star Cruise selepas pakej 4H3M dari Penang ke Phuket dan Krabi telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan..Trip ini akan berlayar pada hari Rabu dengan tambahan hari Jumaat untuk trip kedua setiap minggu.


Bagi yang pertama kali ingin menaiki SuperStar Libra Cruise, meh i kongsikan beberapa info dan tips yang perlu u all ambil tahu..



  • Pastikan sampai di terminal sebelum jam 5.00 petang untuk urusan check-in..datang awal lagi bagus sebab tak perlu beratur panjang.
  • Pastikan bawa bersama passort dan pastikan tempoh aktif melebihi 6 bulan selepas tarikh perjalananan
  • Buat semakan online status ke luar negara sebelum berlepas bagi mengelakkan masalah semasa di pintu berlepas.. (Imigresen | LHDN)
  • Star Cruise ada menyediakan parking kereta khas untuk penumpang dengan bayaran sebanyak RM5 untuk tempoh masa 2 hari. Lokasi tempat letak kenderaan ini adalah bersebelahan dengan Tugu Fort Conwallis.
  • Ubat-ubatan...bagi yang jenis mabuk laut tu jangan lupa bawa bersama ubat muntah..walaupun kapal nie besar tapi masih boleh kena mabuk laut tau..sebab gelora laut andaman nie lain macam sikit..so better standby!
  • Passport kita akan disimpan oleh pihak cruise dan akan digantikan dengan sekeping kad akses. Segala urusan di atas kapal kena menggunakan kad akses ini.
  • Bawa International Travel Adapters untuk kemudahan di bilik/cabin..
  • Bawa Sun Block sekiranya ingin berendam di jakuzi dan swimming pool..

Okay sekarang jom baca pengalaman 3H2M i berlayar bersama SuperStar Libra Cruise..

Swettenham Pier Cruise Terminal
Kad Akses yang dicetak dengan nama kita





Hari Pertama
26.07.2017 (Rabu)

Kami diminta berkumpul di terminal seawal jam 4.30 petang...kemudian lebih kurang 5.30 petang baru lah kami dibenarkan untuk masuk ke dalam kapal..Prosedur menaiki cruise nie sama juga seperti menaiki kapal terbang dimana kita perlu melalui pemeriksaan imigresen dan kastam terlebih dahulu.. 

Setelah selesai semua prosedur tersebut, i terus menuju ke bilik penginapan yang telah disediakan di tingkat/Deck 6..i sebilik bersama Instafamous tau..nama dia @SyifaMajid..hehehe..nasib baik la i dapat partner bilik orang utara juga..so tak la rasa kekok sangat nak berbual..heee 

Sampai jer di bilik alangkah terujanya apabila melihat bilik yang kami dapat nie dah persis hotel kekdahnya..walaupun ruangnya agak terhad tapi segala fasilitinya lengkap..Nombor bilik i 6010 - Room Type Deluxe Oceanview Stateroom With Window dengan 2 katil single.. Di dalam bilik terdapat televisyen dengan saluran astro, almari pakaian, meja solek, air mineral, tandas lengkap dengan toiletries dan tuala..Selain itu, di dalam bilik juga dibekalkan jaket keselamatan jika berlaku kecemasan.

Cumanya part downside sikit adalah tiada iron disediakan..hehehe..tapi tak mengapa, perkara kecik jer yang tu kan..Overall bagi i bilik cabin nie still memenuhi kriteria i dan sangat berpuas hati.. satu pengalaman baru dapat menginap di bilik yang bersaiz kecil dan comey begini.. 

Selesai apa yang patut, kami terus naik menuju ke Deck 9 kerana kami diberitahu pihak Star Cruise telah mengatur beberapa aktiviti menarik untuk para penumpang sepanjang pelayaran 3H2M ini..














Sailaway Party


Sebaik sahaja naik jer ke Deck 9, kedengaran suasana riuh-rendah dengan bunyi dentuman muzik yang sangat rancak..rupanya Sailaway Party dah pun bermula..memang teruja dan terhibur sangat dengan persembahan live band dan juga tarian pembukaan oleh pihak Star Cruise sebagai simbolik menyambut kedatangan semua penumpang... 

Di sini juga, kami turut dihidangkan dengan makan malam secara buffet..terdapat pelbagai jenis hidangan yang disediakan..semuanya tampak menarik dan lazat-lazat belaka..antara menu yang menjadi pilihan i adalah seafood dan laksa! siap repeat banyak kali kot..hehehe..









  

















MENIKMATI KEINDAHAN SUNSET DARI ATAS DECK 10

Sambil menikmati makan malam, i juga sempat naik ke Deck 10 iaitu deck paling atas sekali untuk menikmati suasana matahari terbenam.. Subhanallah, memang cantik! rasa macam tak percaya jer dapat merasai moment seindah ini dari atas SuperStar Libra Cruise..







ZUMBA AT THE SEA BY FITNESS FIRST

Menjelang malam, aktiviti kedua pula bermula iaitu Zumba At The Sea By Fitness First.. Haa..memang sesuai sangat la kan selepas makan malam kita berzumba pula! kita kasi bakar semua kalori-kalori yang ada..hee.. i tengok ramai juga penumpang yang ikut berzumba pada malam tu..i jer tak join sebab masih malu-malu..aduiiii ruginyaaaaa lahai..





PASSENGER SAFETY DRILL


Tepat jam 8.30 mlm semua penumpang wajib menghadiri safety drill dimana semua penumpang akan ditunjukkan satu sesi demo keselamatan di atas cruise..Pihak Star Cruise sememangnya sangat menitikberatkan hal keselamatan para penumpang..sebab itulah sesi ini diwajibkan dan sekiranya terdapat penumpang yang gagal mengikuti sesi demo ini, satu surat tunjuk sebab akan diletakkan di depan pintu bilik dan penumpang tersebut tetap perlu menghadiri sesi demo keselamatan ini mengikut waktu yang akan ditetapkan semula oleh pihak cruise.

Actually, sesi demo keselamatan ini tidak mengambil masa yang terlalu lama pun sebenarnya..lebih kurang dalam 15 minit sahaja..so sila la jangan excuse yer..ini untuk kebaikan kita juga, in case terjadi apa-apa tak la terus panik!

Selesai sesi demo keselamatan kami kembali ke bilik untuk berehat sebentar.. sebab sebentar lagi ada aktiviti yang menarik menanti kami iaitu magic show!




SHOWTIME : MAGIC ILLUSION BY JAMES LONG

Aktiviti seterusnya adalah menonton persembahan Magic Illusion by James Long di Stardust Lounge yang terletak di Deck 5.. Show ini bermula pada jam 9.30 mlm - 10.00 mlm.. Persembahan yang sangat menarik bagi i sebab teknik yang digunakan oleh James membuatkan kita berfikir macam mana la dia boleh buat teknik sehebat ini tanpa dapat dikesan oleh mata kita..overall memang pertunjukan yang sangat menghiburkan.



NIGHT SWIM & CHARADE GAMES

Habis jer magic show, mata tak terasa mengantuk lagi..so i ajak Syifa naik ke Deck 9.. saja nak keluar menghirup udara segar sambil melihat bintang-bintang di langit.. tapi malam tu macam tak dak bintang jer..hahaha..

terhibur tengok gelagat kak Miera dan Wendy mandi kolam..siap naik pelampung unicorn lagi..malam tu i tak terasa nak mandi kolam pun..sebab keletihan dan dah start nak kena mabuk laut...ahaaa...so just i baring dan enjoy the beautiful night sebelum balik ke bilik dan tidur..







RISE & SHINE WITH YOGA LESSON BY FITNESS FIRST

HARI KEDUA
27.07.2017 (KHAMIS)

Keesokan pagi, aktiviti dimulakan dengan Yoga Lesson..tetapi malangnya i tak dapat join the the yoda dek kerana mabuk laut yang semakin teruk! jangan kata nak beryoga..nak habiskan setengah sosej semasa breakfast pun tak terdaya dah..huhuhu...thats why la i share tips kat atas supaya u all take note dan bawa bersama ubat-ubatan..jangan jadi macam i..memang spoiled! tapi nasib baik la ieyra ada bawa ubat dan after makan ubat i rasa okay sikit..





EXCURSION KE PHUKET, THAILAND

Saat yang dinantikan telah tiba..aktiviti kami yang seterusnya adalah excursion ke Phuket, Thailand..untuk pengetahuan semua, pihak star cruise juga akan menyediakan pakej excursion ke Phuket dengan harga yang berpatutan. tapi terpulang la pada u all sama ada nak join atau tidak..kalau tak nak join u all still boleh enjoy all the fasiliti yang ada di atas cruise...tapi pendapat i rugi la berlayar jauh-jauh sampai ke Phuket tapi tak nak join pakej excursion mereka..Phuket nie best okay! trust me.. i dah pernah datang sini before and still nak repeat pergi lagi tau..heee





Sementara tunggu arahan selanjutnya daripada pihak Star Cruise, apalagi sakan la berselfie sana sini kat atas Deck 9..cuaca panas terik tolak tepi..yang penting selfie! ahaa




Lebih kurang jam 11.00 pagi kami diminta berkumpul di Stardust Lounge di Deck 5...kemudian kami dibahagikan kepada beberapa group dan kemudian turun pula ke Deck 1 untuk menaiki bot transit yang telah sedia menanti..

Fyi, SuperStar Libra akan stop kat tengah-tengah laut tau..then bot transit ini akan take over membawa penumpang ke pelabuhan. So far bot yang kami naiki ni selesa jer..kami pilih duduk di bahagian atas sebab nak menikmati keindahan laut..

SuperStar Libra Cruise dari kejauhan..




Sesampainya di pelabuhan, kami dibawa menaiki bas yang telah disediakan oleh pihak Star Cruise. Bas ini akan membawa kami melawat beberapa tempat menarik yang terdapat di sekitar Phuket.




Tempat pertama yang kami singgah adalah di Rich Home Decor Phuket...di sini terdapat pelbagai jenis barangan hiasan rumah yang unik. Selain tu terdapat juga barangan seperti pakaian, topi, cenderahati  dan bermacam-macam lagi barangan yang berkualiti tinggi. Harga sudah semestinya sepadan dengan kualiti.. heee.. so i tak membeli apa..just cuci mata sahaja..

Seterusnya kami di bawa ke Patong Beach..tapi sayangnya bas cuma lalu melepasinya sahaja dan kemudian drop kami di belakang Jungceylon Mall..kami perlu kembali semula di bas selewat-lewatnya jam 5.30 petang..



Aktiviti bebas kami bermula dengan pencarian makanan thai food..sebijik tuk-tuk 9 orang naik..ko mampu???? hahaha,..tambang yang dikenakan cuma 200bath sahaja..kami minta driver tuk-tuk drop kami di kawasan masjid..kerana di situ terdapat banyak restoran yang halal..

Saveena Restoran menjadi pilihan kami!


i order nasi goreng pataya dan teh ais.. sebelum ke sini i sempat beli seketul kebab ayam..sebab dah kebulur sangat..maklum ler breakfast tadi tak boleh makan langsung...so sekarang cover balik lah! 



Ternyata makanan yang disajikan kena dengan citarasa i..sedap sehingga menjilat jari.. plus murah pulak tu..total damage kat sini cuma 100 bath sahaja! 


BANGLA ROAD PATONG BEACH, PHUKET

Seusai makan, apa lagiiiii aktiviti shopping bermula! tapi i tak shopping pun..just beli spinner jer untuk Emir Daniyal..yang lain teman Syifa jer la dok shopping sakan..tempat shopping paling terkenal di sini adalah Bangla Road..macam-macam ada kat sini.. tak berubah pun seperti semasa i datang tahun 2013 dulu..tetap happening macam dulu juga..kalau nak tahu aktiviti malam kat sini malam lagi syiokkk tau..macam2 show adaa..jeng..jeng..jeng..
















tak sempat nak buat thai massage tempoh hari..huhuhu







KARON BEACH PHUKET

Sebelum kembali ke kapal, kami stop sebentar di Karon Beach..pantai kat sini tak la happening macam di Patong Beach tu.. tetapi still cantik la dan tak ramai orang.. petang tu angin kuat betul..ombak pun besar.. sebab tu i rasa tak ramai lepak kat sini kot..













Lebih kurang jam 6 petang bot transit membawa kami kembali semula ke SuperStar Libra Cruise.. Maka tamat sudah excursion kami selama 5 jam di Phuket.. Walaupun cuma sebentar sahaja di Phuket tetapi i really enjoy dan berpuas hati..


Next??? Okay nanti i bersambung di Part II yer...tunggu tau sebab ada banyak la aktiviti-aktiviti menarik yang tak sabar i nak kongsikan dengan u all semua..tapiiiiiii kalau ada yang dah tak sabar nak tunggu kesimbungan tentang trip nie kat next entri i, boleh jer terus layari link seperti di bawah dan cepat-cepat grab promo untuk trip ini yang bermula dengan harga serendah RM699 seorang untuk pelayaran pada hari Rabu dan RM899 seorang untuk pelayaran pada hari Sabtu . Promo ini sah sehingga 30 Ogos 2017 sahaja okay...So better hurry!!!





With Love, 
FarahGlanzDotCom

You Might Also Like

4 comments

  1. syok betul dpt naik starcruise tu..teringin juga..moga2 ada rezeki...sronok tgk kwn@ blogger yg dpt pi trip ni

    BalasPadam
  2. Alaaaa...da hbis ka promo tu
    Tapi serem la..kita ni jnis mabuk laut gak kdg2 tu...
    Pernah pi island hoping kt phuket tu masa otw mabuk laut...andaman tgh bergelora time tu...
    Muntah2 kami...
    Huhu...
    Serik pun hadooo

    BalasPadam
  3. walaupun mabuk laut, muka tetap berseri-seri..hehe.

    BalasPadam
  4. ini kalau dpt hanimun atas kapal...perrghhhhhhh bahagianyaaaaa

    BalasPadam

Google+ Followers

Like me on Facebook

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping
|||| Click Banner For Details ||||