Escape Penang Teluk Bahang, Pulau Pinang

08:15

Assalamualaikum dan Hai..
Tahun 2017 ni macam banyak jer cuti public holiday kan..hari tu baru jer kita cuti 5 hari..tup..tup..hari Jumaat nie cuti lagi 3 hari sempena Maulidur Rasul..hiphiphorayyy sakan la no...so cuti 3 hari ni dah ada plan ke nak pi mana??

Bagi yang belum, haaa meh i nak share satu lagi tempat best yg ada di Penang iaitu Escape Penang! alaaa tak jauh pun tempat ni, dekat Teluk Bahang tu jer! seriously memang best okay tempat nie..anak-anak pasti akan suka dengan semua aktiviti yang terdapat kat sini..tak percaya jom tengok..


ESCAPE PENANG TELUK BAHANG, PULAU PINANG




TICKET INFO
  • Future Kid (0-3)           - FREE
  • Junior Kid (4-12)         - RM55.00
  • Big Kid (13-60)            - RM60.00
  • Super Kid (61-100 )   - FREE
OPERATING HOURS
  • 10am-6pm, Selasa - Ahad
  • Isnin CLOSED



21 ATTRACTIONS RESTRICTION 

please klik gambar untuk paparan lebih jelas yer..





ZOOM BUG

Aktiviti pertama yang Emir Daniyal explore setibanya kat sini adalah main go-kart..nampak lebih kurang macam basikal jer..tapi bukan yer..ni kalau ada geng lagi syiokk tau, boleh la race kat track yang memang dikhaskan untuk permainan nie..






MONKEY BUSINESS SCHOOL

Seterusnya ke aktiviti yang lebih mencabar sikit.. mula tu i ragu-ragu nak bagi Emir Daniyal explore benda nie..sebab nampak macam mencabar dan kurang sesuai jer untuk budak umur baya dia..tapi ternyata i tersilap..rupanya Emir Daniyal sikit pun tak kekok..dah macam pro kekdahnya! haishhh mama dia yang over risau sebenarnya kan..anak wat lex wat pis ja..


















settle part Emir Daniyal, jom tengok Edy pula beraksi..dia dah la penakut tinggi..tapi kali nie tertiba pula nak naik..nak uji keberanian la kononnya..tapiiii hampeh!! sekejap jer naik, belum habis lagi stage pertama dah pancit..adehh! stamina dan mental belum cukup kuat ni..cuba lagi next time yer sayang..hahaha

so sementara tunggu malam kami just relax dan bersantai kat sini sambil tengok gelagat orang dok panjat sana-sini...











Cantik sangat tau di kawasan persekitaran Escape Penang nie..Kebersihan pun terjaga..


Di sini juga disediakan bilik yang kita boleh sewa dengan harga yang berpatutuan... kalau datang dengan group yang besar sesuai kalau rental bilik nie..boleh letak barang-barang peribadi or boleh juga gunakan bilik nie untuk sebarang event..kot2 u all nak buat birthday party pun boleh...






ruang cafe kat Escape Penang pun menarik bagi i.. best jer bersantai sambil menghirup udara segar kat sini...


makanan tengahari kami pada hari itu turut di-sponsor oleh Escape Penang...menu yg disajikan sangat sedap..lebih-lebih lagi ayam masak kicap!



BASE CAMP DI ESCAPE, PENANG

Saat yang dinanti..check in time!!! setelah seharian puas berjimba kat sini..kami diberi peluang untuk merasai pengalaman bermalam di Base Camp pula...aduhaii terharu sangat dengan layanan istimewa yg diberikan oleh staff Escape Penang..

I sangat teruja apabila dapat tahu akan bermalam di dalam khemah dan dalam hutan pulak tu..memang rare la bgi i..sebab seumur hidup tak pernah join orang camping..hahaha..so excited sangat bila dapat peluang macamni..



selesai urusan check in, kami diberikan sebuah locker berkunci untuk memudahkan kita menyimpan barangan yang berharga..



Okay begini la suasana di tempat base camp yer.. ada beberapa kategori khemah yg kita boleh pilih.. dan setiap base camp ada disediakan toilet di bahagian belakang.. selain tu, ada tempat unggun api utk bbq..ada safety box dan juga ada buaian.. 
Dari segi keselamatan pula, jangan gusar kerana Base Camp ni masih terletak di dalam kawasan berpagar dan dengan 24 jam security...so kita boleh enjoy camping dengan rasa senang hati..







Toilet dia bersih dan terjaga...water pressure pun kuat..tapi dinasihatkan sila mandi sebelum Escape Penang dibuka untuk public..sebab toilet ni tidak berbumbung yer.. so takut nanti orang yang melalui track kat atas tu boleh skodeng kita mandi pulak..heee


BBQ DI ESCAPE,PENANG

Pada hari kejadian sepatutnya kami bbq di base camp.. tapi disebabkan hari tersebut hujan..so pihak Escape Penang pindahkan lokasi bbq ke bawah khemah di kawasan park.. dan semua menu dan alatan bbq disediakan oleh pihak Escape..terbaik la service yang diberikan oleh staff di sini..thumbs up!








selesai makan malam..kembali ke khemah..kemudian i suruh Edy nyalakan unggun api..baru fefeeling bercamping kann...dan Alhamdulillah camping malam tu tak ada nyamuk yg singgah kat khemah kami sebab i dah standby awal2 bawak spray anti bug n mosquito..i beli kat watson harga sebotol RM15.90 jer..





Keesokannya..sebelum check out kami breakfast dulu..baki sosej bbq semalam masih ada..so jadi la buat alas perut..

budak tak nak balik..itu yang masam jer muka..hahaha

Overall ini adalah pengalaman yang sangat berharga..1st time tau i tido tempat macam nie..banyak jugak la kejadian lucu yg jadi sepanjang camping nie..mujur Edy jenis melayan jer bini yang tido kat khemah tapi fefeeling macam tido kat hotel..hahaha -InsyaAllah jika berkesempatan lagi i nak repeat datang lagi..best rupanya sesekali berubah angin buat aktiviti lasak sebegini...

Okay kalau u all pun excited nak mencuba park dan base camp di Escape Penang, mereka ada 2 jenis pakej combo seperti berikut:-. 
  • AdventurePlay  Base Camp 2 Days
  • AdventurePlay  Base Camp 3 Days
Harga Pakej bole semak dan klik SINI


Untuk keterangan selanjutnya sila layari:-

Website : www.escape.my
Facebook : Escape.MY
Email : info@escape.my
Phone :  6048811106
Fax :  6048813106
Address : 828 Jalan Teluk Bahang, 11050 Pulau Pinang



Wih Love,
FarahGlanzDotCom

You Might Also Like

7 comments

  1. syoknya banyak aktiviti. untuk si kecik pun ada. comel je

    BalasPadam
  2. bestnya farah..mcm2 xtvt ada..:)

    BalasPadam
  3. Bestkan, Azwar pun dah pergi. Banyak-banyak aktiviti, aktiviti kayuhan basikal tu yang tak sempat naik

    BalasPadam
  4. Wah bestnya! Banyak aktiviti boleh buat kat sini. Sesuai sangat untuk family. Siap ada base camp & toilet comel lagi.

    BalasPadam
  5. Malam2 lena bunyik cengkerik ni

    BalasPadam
  6. amboiiii emir... syok no... ni yg rs nk bercuti jg niii

    BalasPadam

Google+ Followers

Like me on Facebook

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping
|||| Click Banner For Details ||||