FAM TRIP 3H2M BERSAMA SUPERSTAR LIBRA CRUISE | PART II - PELAYARAN DARI PENANG KE PHUKET!

16:04

Assalamualaikum dan Hai!


Lebih kurang jam 7.00 ptg kami selamat tiba di depan pintu masuk Deck 1..saat melangkah masuk jer kat dalam cruise, perut terus bagi signal..maklum la last makan tengahari tadi jer, so tanpa membuang masa, i terus ajak Syifa pergi dinner dulu di Deck 9..seperti biasa makan malam dihidangkan adalah secara buffet..kali ni i dapat makan tanpa rasa mabuk kepayang lagi.. mujur dah makan ubat kat Phuket tadi...so gembira rasa hati dapat enjoy makan malam tanpa rasa nak werkkk..werkkkk...hahaha

Seusai makan malam, kami kembali ke bilik untuk berehat dan segarkan diri sebelum meneruskan aktiviti yang seterusnya..serius tak bosan tau naik SuperStar Libra Cruise nie..sebab banyakkkkkk sangat aktiviti yang disediakan oleh pihak star cruise untuk kita..pendek kata tak sempat nak rasa bosan la walaupun pelayaran kita jauh!


ONE IN A MILLION SHOW | DECK 5

Jam menunjukkan pukul 9.00 mlm.. dan tiba lah masa yang ditunggu-tunggu..kalau semalam kami layan magic show kat sini, tapi malam nie ada 'ONE IN A MILLION SHOW' pulak..dan persembahan kali nie lebih mantap lagi bagi i..cerah bijik mata oiiii tengok persembahan yang sangat sexyyyy..memukau dan menghiburkan..alaa sila jangan kecam yer..bukan selalu pun dapat tengok show sebegini..lagipun laki i is tak der..so no hal la...Ahaaa


















 

FAREWELL PARTY : BANANA FOOD THEME SUPPER | DECK 9


Selesai tengok show tadi..terus menuju ke Deck 9 pula..sebab ada FAREWELL PARTY untuk semua para penumpang.. theme banana lagi okay.. seriously masa dapat itinerary, agak kecoh dalam group whatsapp kami yang join trip nie..masing-masing tak nak kalah nak dress up mengikut tema..heee... tapi i is simple jer malam tu..masih lagi mengikut konsep..tapi tak ada la corak-corak banana bagai.. cumanya i pakai dress berwarna kuning jer..mujur memang dah ada dress color tu..save duit i..heeee

back to the party... malam tu pihak cruise sediakan supper berkonsepkan buffet juga.. memandangkan temanya banana...so kebanyakan hidangan yang disediakan juga menggunakan pisang! paling sedap bagi i adalah 'cekodok' depa..i siap berulang-ulang pi ambik.. hehehe..tapi menu yang lain pun sedap juga.. tak caya ha meh tengok..kalau terliur jangan salahkan i yer..kofff..kofff..kofff


























malam tu semua pakat menari mengikut rentak music..dan kali nie i tak melepaskan peluang turut join sekali.. aduiihai kenapa la malam last baru hilang rasa malu2 meowwwww..hahaha..bestttttttttt rupanya weiii..menyesal tak join dari awal..dushh2







PHOTO CHALLENGE BANANA THEME

Malam tu juga ada sesi PHOTO CHALLENGE.. so masing-masing apa lagi..tak nak kalah gaya lah! Selfie sana..selfie sini dengan props yang disediakan.. lucu weiii tengok gaya masing2.. memang tak bole lupa moment tu..











MENIKMATI SUNRISE DARI DECK 10

Kalau sebelum ni dah tengok sunset yang super cantik..kali nie i berpeluang menikmati keindahan matahari naik pulak dari atas cruise dan di tengah-tengah lautan.. so before tido semalam..gigih la kunci jam kat hp risau tak terjaga..maklum la takut terlajak tido sebab semalam kemain sakan sangat dok berjoget kan...hehehe


Sementara menanti kemunculan si matahari, selfie dulu la kan.. cantik tau suasana masa nie kat atas cruise..





FITNESS CENTER & SPA DAN GYM DI DECK 10

Fyi, kat Deck 10 ni juga ada FITNESS CENTER & SPA tau..tapi i tak sempat nak cuba..kalau lah hari mula tu i tak mabuk laut sure i dah terjah sini..hurmm maybe next time..







BREAKFAST DI OCEAN PALACE RESTAURANT DECK 9

Dek kerana matahari yang masih lagi tak mau memunculkan dirinya...akhirnya kami memutuskan untuk pergi breakfast dulu.. pagi tu i makan nasi lemak omelette cheese.. sedap kaww..kawwww...tak bole move on omelette cheese dia..sedap!!!





Tengah sedap dok breakfast, nampak dah bayangan matahari tengah naik..so apa lagi..cepat-cepat habiskan makanan then terus naik ke Deck 10 semula..


Subhanallah cantik sangat sunrise pagi tu.. dengan angin bertiup sepoi2 bahasa...indah tak terkata2...




SWIMMING POOL & JAKUZI DI DECK 9

perut dan kenyang..sunrise pun dah tengok so its time to enjoy the swimming pool & jakuzi.. paling i suka dapat berendam dalam jakuzzi..air dia suam2.. so dapat sesuai untuk relax dan hilangkan stress sambil layan sunrise yang indah kat depan mata...





















SHOPPING DUTY FREE DI DECK 4

Buat si shopaholic, boleh la pi terjah ke Deck 4 kerana kat sini terdapat beberapa Duty Free Shop untuk u all shopping till drop! banyak discount menarik khas untuk penumpang tau...hahaha

Selain itu, terdapat juga Beauty Salon kat sini..bagus kan ada kemudahan macamni..mana la tahu kot2 ada yang tertiba rasa nak set rambut cecantik ke untuk photoshoot kat pool deck nanti kan..ha boleh jer turun kat Deck 4 nie..





























GALLEY TOUR WITH CHEF

Aktiviti yang terakhir pada hari itu adalah GALLEY TOUR WITH CHEF..di mana kami semua dibawa melawat ke dalam kitchen SuperStar Libra Cruise.. Wahhh terjua rasa dapat peluang sebegini.. Untuk pengetahuan semua, SuperStar Libra Cruise ni ada 8 tempat makan yang u all boleh cuba iaitu...

  • Mariners Buffet - Menu Asian dan International Buffet
  • Ocean Palace - Menu Asian dan Chinese Cuisine
  • Four Seasons Restaurant - Menu Asian dan Western Cuisine
  • Taipan - Menu Chinese Cuisine
  • Pool Bar - Juice, Drinks & Cocktails dan Coconut Willy's (Non Muslim)
  • Spices Restaurant - Menu Malay Cuisine (diiktiraf Halal oleh JAKIM)
  • Blue Lagoon - Refreshment dan Snak (Halal)

Untuk info selanjutnya boleh la layan video pendek kat bawah yang sempat i record tempoh hari yer..
















Akhirnya..tamat sudah FAM TRIP 3H2M Bersama SuperStar Libra Cruise! Terima kasih ke semua yang terlibat khususnya Neyra dan PR Star Cruise kerana sudi menjemput i join trip nie yer..InsyaAllah ada rezeki i nak ajak Edy & Emir pula merasai pengalaman naik kapal mewah..pasti lagiiiii best...

Okay Last but not least, dalam entri lepas i ada share promo untuk trip bulan Ogos kan iaitu - Pelayaran 3H2M Penang-Phuket-Penang.. ada yang sempat grab tak.. kalau ada good!!!!!!! tapi kalau yang terlepas promo tersebut, jangan sedih..meh nak share pula promosi terbaharu mereka yang sedang on going..so lets chekadaut!

HOT DEALS-HOT DEALS-HOT DEALS


With Love,
FarahGlanzDotCom

You Might Also Like

7 comments

  1. wah..syoknya Farah!macam dalam filem 'Pisau Cukur'! Tempat shoping macam mall. Anyway, comel gila theme banana tu. Lawanya pelampung corak donat, pinjam boleh?hehe

    BalasPadam
  2. Best tul dpt peluang naik kapal mewah ni, mcm2 activity

    BalasPadam
  3. Bestnya dpt merasa naik cruise

    BalasPadam
  4. Best nyer wehhhhh memang tepat rezeki ko laaaa ;)

    BalasPadam
  5. Terpukau tengok pemandangan dalam cruise. Terasa macam dekat dalam a big shopping complex je. Selama ni tengok dalam tv. Live macam ni sure berbeza experience nyer.

    BalasPadam

Google+ Followers

Like me on Facebook

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping
|||| Click Banner For Details ||||