WEEKEND GETAWAY KE DANOK, THAILAND | ASIAN CALTURAL VILLAGE TEMPAT MENARIK DI DANOK, THAILAND.

08:29


Assalamualaikum dah Hai...

Jika semalam i dah review tentang penginapan best yang ada di Danok..- WEEKEND GETAWAY KE DANOK, THAILAND | MBI RESORT HOTEL -so hari ni nak share pula tentang satu lagi tempat menarik yang ada di Danok, Thailand iaitu Asian Caltural Village! 

Fyi, jarak dari MBI Resort Hotel nak ke Asian Caltural Village cuma mengambil masa 5 minit sahaja dengan menaiki free shuttle yang disediakan oleh pihak resort..


ASIAN CALTURAL VILLAGE DANOK, THAILAND

So apa yang menarik ada kat sini?? Heyy macam-macam ada okay..tempat dia fun gila kot! I 100% gerenti bukan anak-anak jer akan enjoy tapi kita pun sama.. trust me!

Tempat ni tersangatttt besar dan terbahagi kepada beberapa park dan setiap park itu ada tarikannya yang tersendiri..antaranya Dinosaur Park, Animals World Park, Street of Wulin, Caltural Village, Wishing Cooridor, ACV Recreation, Future Park, Water Fun Park, Cowboy Town, Panda Love Lock Garden, Rabbits Garden, Happy Farm, Horse Carriage, ATV Challenging Range, Happy Fun Car dan Kids Land.. 

Entrance fee setiap park bermula dari harga serendah 50 bath - 300 bath! Asian Caltural Village ni dibuka SETIAP HARI dari jam 10pg-10mlm..




Hari tu kami cuma sempat explore pada sebelah malam sahaja..so memang agak terhad la tempat yang kami dapat pergi..So i suggest kalau u all nak pergi, datang la waktu pagi...baru syiokkk dapat cover semua park...

Untuk pengetahuan juga, dekat sini ada disediakan free shuttle untuk kemudahan kita..shuttle ni akan stop dekat semua park yang ada..kalau nak berjalan kaki i rasa semput gak kot...hahaha..so dah ada kemudahan guna jer lah..




DINOSAUR PARK

Pada hari kejadian, tempat pertama yang kami terjah adalah ke Dinosaur Park.. bayaran masuk untuk dewasa 250 bath manakala kanak-kanak 120 bath..infant below 3yrs FREE..

Bagi i Dinosaur Park nie memang sangat menyeronokkan..anak-anak paling teruja sebab ada banyak jenis replica dinosaur yang boleh bergerak-gerak..siap ada bunyi lagi tau..taman dia pun cantik dan dihiasi dengan lampu LED yang bergemerlapan..












ANIMALS WORLD

Seterusnya kami ke Animals World pula..kat sini macam mini zoo jer..tapi kami tak masuk pun..sekadar tengok dari luar jer..anak-anak dapat tengok kambing dari luar pun jadi ler..kalau nak masuk sini kena bayar 100 bath..






CALTURAL VILLAGE

Bersebelahan dengan Animals World Park, ada Caltural Village.. tempat ni adalah perkampungan etnik Karen Tribe yang tinggal di bahagian utara Thailand...etnik yang leher depa tu panjang haaa..so kat sini boleh la tengok gaya hidup depa.. kalau nak beli barang kraftangan depa pun ada kat sini.. tapi sayangnya gambar i ambik tak menjadi pula..so nah i tempek gambar ihsan dari google..heee






Di sepanjang kiri dan kanan jalam memang dihiasi cahaya lampu LED yang indah- indah belaka.. kereta kuda cinderella pun ada..



STREET OF WULIN

Kalau teringin nak menggayakan tradisonal costume zaman maharaja china boleh la singgah di Street Of Wulin ni, kadar sewaan costume lengkap dengan aksesori cuma harga 100 bath jer..







WISHING CORRIDOR

Laluan kat Wishing Corridor ni pun sangat cantikk..






ACV RECREATION

Seterusnya kami singgah di ACV Recreation..sempat juga kami mencuba water cycling sambil menikmati pemandangan indah Chinese Bridge tu..harga rental sebuah pedal boats cuma 100bath sahaja..








COWBOY TOWN

Kat sini pun tak kurang menariknya juga..terasa betul-betul seperti berada di sebuah Pekan Cowboy..happening gila kat sini..







FUTURE PARK

Entrance fee cuma 100 bath sahaja..sila jangan lepaskan peluang masuk ke Future Park ni yer...i confirm anak-anak mesti suka..






PANDA LOVE LOCK GARDEN 

Park last yang kami singgah..kat sini ada lebih kurang 100 ekor panda dengan cahaya lampu LED yang memukau..boleh selfie dengan panda! FREE jer..ngee









Overall daripada total 16 park yang ada kat sini ..kami cuma sempat cover 8 park sahaja kerana masa yang terhad..InsyaAllah memang ada plan nak pergi ke sini lagi nanti..tapi maybe next year la kot...sapa nak join?? jom kita set time, boleh pi sekali..heee

Settle kat sini....keesoknya bertolak pulang..tapi macam biasa before keluar kami singgah makan2 dan shopping dulu kat pekan danok..part ni i malas dah nak tempek gambar sebab dah banyak kali kot dok citer kat blog...sama jer kekdahnya...tapi kalau ada yang belum baca pi la godek kat kotak search tu na..okay bubyeee...

Untuk info selanjutnya tentang layari:-


With Love,
FarahGlanzDotCom

You Might Also Like

4 comments

  1. Menariknya kalau bawak anak2. Nak masuk holiday list la. Tapi nak tunggu anak2 besar skit dulu. TQ share. 😍

    BalasPadam
  2. lampu lip lap lip lap dah mcm kat i-city shah alam laa pulak ;-)

    BalasPadam
  3. Cantiknya lampu lip lap tu

    BalasPadam
  4. Meriah pulak dengan lampu2. Terasa nak pegi sana terus

    BalasPadam

Google+ Followers

Like me on Facebook

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping
|||| Click Banner For Details ||||