WEEKEND GETAWAY KE DANOK, THAILAND | MBI RESORT HOTEL

01:47

Assalamualaikum dan Hai!
Hari nie i nak share trip ke Danok,Thailand pula..walaupun dah berkali-kali i buat review tentang Hatyai dan Danok kat dalam blog nie..tapi trip kali nie lain sikit yer..sebab kali nie i ke Danok bukan setakat pergi makan2 or shopping, tapi kerana nak explore satu lagi tempat tarikan terbaharu yang terdapat di sini..kalau nak tahu apakah tempat itu, meh follow rapat-rapat entri nie yer.. heee



MBI RESORT HOTEL DANOK, THAILAND

Selepas dah dapat tau kat mana lokasi tempat yang i nak pi terjah tu, terus i buat survey hotel di kawasan yang berdekatan..dan hotel yang menjadi pilihan i adalah MBI Resort Hotel..baca review ramai kata hotel nie best, sebab kolam dia besar dan cantik..so memang dah menepati kriteria hotel yang i cari.. selalunya kalau nak book hotel, fasaliti pertama yang i akan tengok adalah swimming pool.. sebab anak-anak i dengan pool kan terpisah tiada...hahaha

so memandangkan MBI Resort Hotel nie adalah antara hotel yang paling besar dan yang tercantik sekali yang ada di Danok, i terus booking 3 bilik..rate semalam hanya RM134+ jer weiiii termasuk breakfast.. memang berbaloi sangat kan harga untuk kategori resort! kat Malaysia mana nak dapat macamni yer dak..

so no wonder la orang kita lebih selesa memilih travel ke luar negara berbanding kat tempat sendiri..bukan nak riak or tak nak support ekonomi negara..tapi i rasa tak mampu kot nak bercuti kat tempat sendiri untuk kategori resort hotel yang sama.. kat tempat orang kita dapat stay kat resort hotel...kat tempat sendiri dapat hotel bajet jer..so ko rasa???? Kalau nak stay kat resort di Malaysia, confirm harga paling cikai pun RM500 semalam! Betul tak? So sila jangan kecam apabila orang lebih prefer travel ke luar negara dari negara sendiri..






back to the story..i buat booking through Agoda.com..so sampai jer kat hotel, i just tunjuk reservation email kat reception kaunter..tak perlu print slip dah...deposit depa collect 100 bath sahaja untuk ketiga-tiga bilik..

Otw naik ke bilik sempat i tinjau kawasan lobby depa..memang cantik konsep resort hotel nie..modern dan luxury!



BILIK DELUXE DOUBLE, MBI RESORT

Okay now, jom tinjau rupa bilik yang kami dapat pula..bilik jenis Deluxe Double dengan 1 katil king..saiz katil yang memang sesuai untuk kami 3 beranak.. plus tilam dan bantal dia empuk gila!

Selain katil dan bilik yang besar, interior bilik pun sangat cantik..pandai depa deco bilik ni..memang kena dengan citarasa i..tampak mewah! dari segi fasiliti dalam bilik pun lengkap.. ada peti ais, tv, coffee table, wardrobe pun besar..begitu juga dengan ruang di bilik air..kebersihan tip top..memang no complaint at all..i sangat-sangat berpuas hati..lebih-lebih lagi bilik i dapat nie view swimming pool!






view dari bilik
SWIMMING POOL, MBI RESORT

tak sempat rehatkan badan lama sikit atas tilam yang empuk tu, anak-anak dah kalut ajak turun pi mandi pool..sebab masa check in tadi depa dah tengok pool tu ada gelungsor..so lagi la tak menyempat dah..so terus tukar baju dan turun ke bawah...mujur cuaca pun redup elok petang tu..memang masa yang sesuai untuk bermandi-manda.. 

Swimming pool dia lawaaaa sangat.. ada 2 sections..untuk dewasa dan kanak-kanak.. keluasan pool pun sangat besar..so memang puas la nak berkuak lentang bagai..




  
anak-anak nampak gelungsor mainan...tau mama pula nampak apa???..tu haaa..nampak resort massage! hahaha.. malam tu i request orang datang massage kat bilik.. sedap amatttt.. harga  murahhhh pulak tuh! full body 500 bath jer..







  





Selesai aktiviti mandi-manda..naik semula ke bilik...relax sekejap.. then after maghrib kami siap2 menuju ke tempattttt....yang i akan share kat next entri...heee

Sambung nanti..Bye

psst:- bagi u all yang ada plan nak stay kat resort hotel ni juga, boleh klik link kat bawah yer..

MBI RESORT RESERVATION



With Love,
FarahGlanzDotCom

You Might Also Like

7 comments

  1. Nice sgt hotel dia kak farah..
    Kt msia mmg tak dapat la condition hotel n bilik besaq mcm ni rega mcm tu...
    Alaa org kita yg kuat kondem org tu..kondem2 org travel oversea tu...dpt hotel pun org byarkan n xpernah keluarkan duit sendiri..sebab tu acah2 nk keji org..puikkk

    BalasPadam
  2. Folo rapattt. Nak taw itinerary sebab plan nak ke Danok cuti sekolah nanti. :D

    BalasPadam
  3. syoklah bawa family bercuti kat sini kan..semua lengkap...swimming pool ada,sukalah dak sorang tu..

    BalasPadam
  4. cantik n bersih... pool tu wajib utk emir ;-)

    BalasPadam

Google+ Followers

Like me on Facebook

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping
|||| Click Banner For Details ||||