5 Petanda Terdapat Kebocoran Pada Alat Penyaman Udara Anda

09:00

5 Petanda Terdapat Kebocoran Pada Alat Penyaman Udara Anda

Kebocoran merupakan masalah yang biasa terjadi pada alat penyaman udara, tambahan lagi bagi alat penyaman udara yang sudah berusia dan jarang diservis dengan baik. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna anda boleh mengambil mudah masalah ini.

Sebarang kerosakan, kecil atau besar haruslah dibaiki dengan segera sebelum ia melarat. Lagipun, bak kata pepatah, “mencegah lebih baik daripada mengubati”. Jadi, bagi membantu anda untuk mengenal pasti jika terdapat masalah kebocoran pada alat penyaman udara anda, saya telah kumpulkan beberapa petanda untuk anda perhatikan pada alat tersebut.



1. Dengar bunyi air menitis

Kebanyakan alat penyaman udara model baharu lebih senyap daripada model yang terdahulu. Jadi, semasa alat itu terpasang, anda akan boleh mendengar bunyi air menitis dari unit dalam (bagi alat penyaman udara jenis unit pisah). Selain itu, jika anda berada di bahagian luar rumah atau berhampiran dengan saluran air keluar, dan anda dengar bunyi titisan air, ini jelas menunjukkan terdapat masalah kebocoran pada alat tersebut.

2. Angin yang dihembus tidak sejuk

Alat penyaman udara anda akan berfungsi dengan efisien jika semua bahagian pada sistem tersebut berada dalam keadaan yang baik. Tetapi, jika terdapat kobocoran pada paip yang akan mengeluarkan lembapan yang telah terkondenasi, prestasi alat tersebut akan menurun. Hasilnya, alat itu akan menghembuskan udara yang panas kerana ia tidak dapat menyejukkan udara dengan baik melalui sistemnya.

3. Kekurangan gas penyejuk

Setiap alat penyaman udara memerlukan gas penyejuk (refrigerant gas) untuk menyejukkan udara sebelum ia dihembuskan semula ke dalam bilik. Jika gas penyejuk pada alat tersebut berkurangan, angin yang dihembuskan akan menjadi panas, atau pada tahap suhu bilik sahaja. Gas penyejuk tidak akan berkurangan dengan mudah, melainkan terdapat kebocoran pada salurannya. Jadi, dapatkan khidmat pakar servis aircon dari Recommend.my untuk periksa masalah tersebut dengan segera.


4. Terdapat ais pada saluran

Jika anda lihat terdapat ais pada saluran alat penyaman udara atau pada unit dalam atau pada paip yang berhubung dengan unit luar, jelaslah ada masalah kebocoran pada alat tersebut. Air yang melalui saluran tersebut telah dibekukan oleh gegelung penyejuk (cooling coil) yang terlalu sejuk berpunca daripada masalah kebocoran gas penyejuk. Selain itu, ais juga boleh terbentuk pada unit dalam jika terdapat masalah kebocoran gas penyejuk tadi.

5. Kesan basah dan kulat di dinding

Kadangkala, terdapat juga kebocoran kecil pada unit dalam yang mengakibatkan alat penyaman udara sentiasa berada dalam keadaan lembap. Jika tidak dibaiki dengan segera, kulat akan tumbuh pada bahagian dalam dan sekitar alat itu. Selain itu, anda juga akan dapat melihat kesan basah pada dinding. Masalah kebocoran ini menyebabkan udara yang dihembus oleh alat itu kurang sejuk, dan lebih bahaya lagi, tercemar.


Saya berharap perkongsian di atas dapat membantu anda mengenal pasti masalah kebocoran pada alat penyaman udara di peringkat yang lebih awal. Jika anda ingin mendapatkan perkhidmatan pakar penyaman udara untuk pasang, baiki dah servis aircon untuk rumah anda, layari Recommend.my.


Apabila anda membuat tempahan untuk servis lebih dari dua unit alat penyaman udara melalui Recommend.my, anda hanya akan dikenakan caj tetap RM60 untuk setiap unit. Tempahan untuk semua perkhidmatan berkaitan alat penyaman udara hanya perlu dilakukan secara atas talian. 

You Might Also Like

5 comments

  1. Nice tips kak farah..thanks for sharing...so far tanda2 ni xda lagi..selalu duk maintain n cuci sendiri filter...tpi next year rsa nak panggil org service jugak

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
    Balasan
    1. aduii sorry dear..terdelete komen u.. gelong ar pc i nie..huhuhu

      Padam

Google+ Followers

Like me on Facebook

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping
|||| Click Banner For Details ||||