Review Penginapan 3H2M Di Hotel Klana Resort Seremban, Negeri Sembilan

14:24

Assalamualaikum dan Haiiiii...
Last year i join sukan tahunan anjuran kementerian i, kali nie Zon Selatan yang jadi tuan rumah..so lokasi yg dipilih adalah di Kompleks Belia dan Sukan Paroi, Seremban.. penginapan dan transport semua jabatan sponsor..tapi memandangkan i bawa Emir Daniyal ikut sekali, so tak boleh la nak stay dekat hostel yang disediakan..maka terpaksa lah i keluarkan duit poket sendiri untuk tanggung kos penginapan dan transport ke sana..sobsss..tapi tak kisah la demi keselesaan dan semangat kesukanan i pejam mata jer la! cewahhh..cittt!

mulanya i prefer nak dok kat Hotel Royale Chulan Seremban..sebab tengok hotel tu macam best jer..maklum ler rangkaian hotel Royale Chulan kan semuanya best2! hahaha...tapi bila last minit baru nak booking, so jangan veranganss la nak ada bilik yang available lagi..frust dah masa tu.. sebab kat Seremban nie tak banyak pilihan hotel yang best pun..yang ada kebanyakannya kategori hotel bajet jer..i prefer nak dok hotel yang ada swimming pool..sebab tahu lah Emir Daniyal tu kan hantu kolam...


HOTEL KLANA RESORT SEREMBAN, N9



so hotel kedua terbaik yang ada kat sana adalah Hotel Klana Resort Seremban..hotel nie 4-star juga macam Hotel Royale Chulan tu..cuma bezanya hotel nie old version sikit..hehehe..lokasi pun agak jauh ke dalam sikit..tapi not bad lah..still boleh consider sebab i dapat harga government rate..so agak berbaloi kat situ..



urusan check in smooth jer..syoknya kami dapat free upgrade bilik yang view swimming pool..maybe orang tak ramai la kot..ngeee





bilik jenis apa nie i lupa dah..hahaha..lama sangat kepam citer..tapi ruang memang bilik besar la..dari segi kebersihan pun okay..cumanya yang downside sikit ada bau yang kurang menyenangkan..bau kehapakaan yang menusuk ke hidung..tapi yer la tak boleh letak high perfection, sebab hotel pun dah lama kan..tapi bila aircond dah running, kurang sikit la bau kehapakan tu..



ni view dari bilik yang sememangnya ohsem! nampak jer swimming pool, Emir Daniyal dan mengelupur ajak turun..tak sempat nak baring hilangkan penat.. pffttt




nampak tak kemain laju budak Emir Daniyal turun..tak terkejar dah..biar Edy jer yang kejar...tak kuasa nak tercungap-cungap turun ke bawah..semput tauuu...



antara sebab yang i consider untuk stay kat sini adalah kerana swimming pool dia cantik dan of coz la budak Emir Daniyal suka lebih-lebih lagi pada waktu kejadian kami jer yang conquer kolam tu!












selain swimming pool yang cantik kat sini juga ada permainan Snake & Ladder yang bersaiz giant! memang puas hati la dapat main..



chess pun begitu..bersaiz giant juga



  

playground yang sesuai untuk kiddos..

  
  

view suasana Klana Resort Seremban pada waktu malam..


     

keesokkannya breakfast dulu sebelum ke majlis perasmian sukanan tahunan.. menu breakfast pun not bad..ada banyak seleksi menu yang dihidangkan secara buffet..



actully ada banyak gambar masa hari sukan kementerian i...tapi malas ahhhh nak share kat blog..sebab i bukan nak highlight citer pasal sukan ni pun..just nak review pasal Hotel Klana Resort Seremban jer..HAHAHA

So overall stay 3H2M kat sini bagi i just okayyyyy..i kasi 3/5 bintang..still boleh consider kalau nak bercuti dekat2 dengan family tersayang! kat mana nak booking??? Haa meh klik link kat bawah...till then bubyeeee


[ KLANA RESORT SEREMBAN FOR BOOKING PLEASE KLIK HERE ]


With Love,
FarahGlanzDotCom

You Might Also Like

3 comments

  1. pernah stay sini masa outstation dlu...dlu2 tkde yg mcm slide utk bdk2 tu

    BalasPadam
  2. Akak orang seremban pun tak pernah stay sini...apapun ni mmg hotel old school di Seremban yang menjadi pilihan government..

    BalasPadam
  3. Cantik view dr bilik tu. Kalau lalu depan hotel tak nampak pun semua ni. Menarik juga hotel ni.

    BalasPadam

Google+ Followers

Like me on Facebook

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping
|||| Click Banner For Details ||||