REVIEW PENGINAPAN DI WP HOTEL KUALA LUMPUR YANG ADA INFINITY POOL VIEW KLCC YANG OHSEM!

15:03

Assalamualaikum dan Hai..
Dari Genting Highlands, kami bertolak menuju ke K.Lumpur..alang-alang dah dekat so singgah la sekejap..lagipun husband adik i Nurul nak belanja kami makan musang king - durian punya pasal mana boleh tolak weiiiiii..heee

tapi jadi kerja gila la juga sebenarnya kalau plan last minit macam ni..sebab malam tu juga i kena cari hotel..dah la hotel kat kl tu bersepah banyak..ingat senang ke nak cari yang murah tapi best..hahaha.. at last jumpa juga hotel yang menepati kriteria yang i nak iaitu....


WP HOTEL KUALA LUMPUR YANG ADA INFINITY POOL YANG OHSEM!

Hotel 4-star yang terletak di Jalan Tuanku Abdul Rahman/Chow Kit..lokasi yang strategik dan mudah untuk access ke pusat bandar..dan yang paling menarik sekali hotel nie ada Infinity Roof Top Pool! yea ini lah sebab utama kenapa i pilih untuk menginap di sini..i booking 3 bilik dengan harga RM407.55..so harga semalam cuma RM135+ jer..murah kan.. dah la murah ada infinity pool pula...memang terbaik!

Lobby hotel..simple but very nice..
 


SUPERIOR ROOM

Bilik superior nie ada 2 jenis bed..satu double bed..satu lagi twin bed macam yang i dapat ni..ruang bilik sangat besar dan selesa..fasiliti dalam bilik standard la..ada tv, coffee n tea maker, safety box, towel dan lain-lain.. dan yang paling penting ada WIFI yang laju berdesuppp!







bilik air melepasi tahap piawaian.. bersih dan wangiiiiiiiiii...




DARI INFINITY ROOF TOP POOL DAPAT TENGOK VIEW YANG OHSEM!

Terletak di tingkat atas sekali..kalau naik lift tekan jer button [R], nanti sampai la kat atas nie..view kat atas ni ohsem gila! boleh mandi sambil menikmati panorama indah kat depan mata..bestnya lagi terik matahari tak sampai ke ..so boleh mandi tanpa perlu mengelak sinaran cahaya matahari..hehehe





Fitness Centre juga berada di tingkat yang sama..
Pool bar
 
   

i try order western food depa..okay la not bad.. sedap! best okiess dapat makan sambil menikmati view yang ohsem kat depan mata..




 


JENJALAN PI MAKAN DURIAN DEKAT CHOW KIT

Malam tu kami keluar cari musang king kat area chow kit..dari hotel just jalan kaki jer..sebab tak jauh sangat..tapi malangnya malam tu tak ada pula durian musang king.. huhuhu...so makan jer la durian biasa yang ada.. Hurmmm bukan rezeki nak merasa musang king..




 


Balik dari makan durian, saja naik kat atas nak tengok suasana malam..lagiiiiiiiiiii cantiiikkkkkkkkk! pool buka sampai pukul 10.00 mlm..tapi kami tak mandi pun..just lepak kejap ambik angin jer kat atas nie..lepas tu balik bilik tido..

tak lama lepas tu, dapat berita adik kepada adik ipar i meninggal dunia..muda lagi baru umur 20 tahun..accident orang langgar..Allahuuuuuuu..terus bergegas balik ke Sg.Petani..tapi sedihnya tak sempat nak tengok arwah buat kali terakhir...Al-Fatihah untuk Allahyarham Mohd Fahmi Hakim. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.


[ NAK BOOKING WP HOTEL KUALA LUMPUR??? CLICK HERE ]


With Love, 
FarahGlanzDotCom





You Might Also Like

4 comments

  1. the view . Ya Allah cantiknyaaa. mandi malam sambil melayan lampu

    BalasPadam
  2. mmg syok..view pool nmpk permandangan cantik sgt kn..akak stay aritu rm75 thru traveloka...syok mkn durian tu

    BalasPadam
  3. Wah, memang betul cantik lah. Sangat berbaloi lepak tidur kat situ.

    BalasPadam

Google+ Followers

Like me on Facebook

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping
|||| Click Banner For Details ||||