YANG SUPER AWESOME DI KARNIVAL #UPINIPINLUARBIASA

13:05

Assalamualaikum dan Hai!


Siapa tak kenal watak animasi Upin & Ipin tu, sila pindah ke negara lain! hahaha...


Okeylah, baru-baru ni i berkesempatan untuk mengunjungi Karnival Upin & Ipin yang berlangsung di MAEPS, Serdang, Selangor...sebaik saja sampai di sana, tiba-tiba i rasa begitu teruja dan tak sabar-sabar nak teroka apakah 'luar biasa' yang dijanjikan oleh pihak penganjur.


Sebelum itu, Karnival Upin & Ipin yang bertemakan #UpinIpinLuarBiasa ini telah pun berlangsung dari Jumaat hingga Ahad, bertarikh 24 - 26 November 2017 dan ia telah dirasmikan dengan jayanya oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, YB Dato' Seri Mohamad Nazri bin Abd Aziz...Untuk pengetahuan semua, watak animasi popular ini merupakan Duta Pelancongan Malaysia tau! Fuhh..cayalah!


Kemeriahan karnival ini bermula seawal jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam menjanjikan pelbagai keseronokan, aktiviti, program serta tarikan yang berbeza...Jadi untuk tidak menghampakan peminat-peminat Upin & Ipin yang selama ini menyokong kedua-dua watak animasi terhebat Malaysia ini, pihak penganjur telah menyediakan 2 tempat berbeza bagi memastikan para pengunjung dapat menikmati pengalaman LUAR BIASA yang belum pernah diadakan sebelum ini.


Okay, sebelum sama-sama menyertai keseronokan ini, u all perlulah mendapatkan tiket masuk yang sangat berpatutan harganya, sama ada di kaunter karnival atau pun menerusi atas talian... Bagi yang nak dapatkan extra keseronokan, anda boleh mendapatkan pakej VIP.

Seperti yang dinyatakan tadi, karnival ini dilangsungkan di dua dewan dan setiap dewan menjanjikan kelainan dan aktiviti berbeza:

Dewan A
-(berperanan sebagai pentas utama)

-Tayangan Episod Baru Upin & Ipin

-Persembahan Puteri Limau

-Persembahan Maskot Upin, Ipin dan Kawan-kawan

-booth jualan

-cabutan bertuah, dan banyak lagi





Dewan C

-Alam Dino

-Rumah Opah

-Persembahan Wayang Kulit Upin & Ipin

-Persembahan Robot

-Aktiviti Berucuk Tanam, dan banyak lagi.



'Pengembaraan' i di karnival ini bermula di Dewan C. sebaik sahaja melangkah masuk, telah disajikan dengan 'sesi taaruf' tentang Upin & Ipin melalui penghasilan skrip, proses ilustrasi dan animasi sampailah ke peringkat merakamkan suara...bila dah selesai semuanya, maka wujudlah sebuah cerita hebat yang bukan sahaja disukai golongan kanak-kanak, malah orang dewasa pun sama! betul, betul, betul!








Selepas itu, i berpeluang untuk meneroka Rumah Opah yang famous tu! Wah, memang tak sangkalah dapat menjengah Rumah Opah yang selama ni kita tengok je kat dalam TV. walaupun kecil, tapi kemas dan seronok! patutlah Upin & Ipin 'enjoy' duduk bersama Opah dan Kak Ros.

Di belakang Rumah Opah pula, ada aktiviti bercucuk tanam dan para pengunjung boleh membeli tanaman pilihan mereka.






Selain itu, di dalam Dewan C turut menyediakan Persembahan Wayang Kulit Upin & Ipin! Wah, ni memang betul-betul kelainan yang luar biasa! pengunjung yang datang bersesak-sesak mencari tempat duduk untuk menyaksikan persembahan ini. yalah kan... mana nak dapat persembahan begini kalau tidak di Karnival Upin & Ipin!



Sebelum itu, i sempat juga menyaksikan persembahan robot-robot comel yang menari mengikut lagu tema Upin & Ipin. sooo cute! dan tak lupa juga, kemunculan Ultraman Ribut yang dinanti-nanti! Ultraman Ribut tidak membuat sebarang persembahan tapi cuma sesi 'meet & greet' bersama peminat-peminatnya sahaja...namun ia tetap seronok!




Bila dah puas menikmati keghairahan di Dewan C, i beralih pula ke Dewan A. sebaik sahaja melangkah masuk, Tayangan Episod Baru Upin & Ipin baru berlangsung. Wah, memang bertuah pengunjung karnival kali ini kerana dapat menyaksikan episod terbaharu sebelum ia keluar di TV!




Selesai menonton, i 'meronda' sekeliling dewan dan menyaksikan pelbagai aktiviti sedang dijalankan. ada yang sedang 'menconteng muka ala-ala Puteri Limau', ada yang tengah buat kraf, ada yang tengah main robot control, dan tak kurang juga untuk kaki-kaki gamers, ruangan 'Battle Ground Arena' sememangnya khas untuk mereka.










Pelbagai booth jualan dan perkhidmatan turut disediakan termasuklah di Kedai Upin & Ipin... Di sini kita boleh dapatkan barangan istimewa Upin & Ipin dan yang paling best, ada diskaun khas lagi untuk para pengunjung..







Dah penat berjalan, di Dewan A ini juga turut menyediakan Restoran Upin & Ipin dan bolehlah kita melepaskan lelah dan mengisi perut di sini.

Bila sampai masa untuk pulang, memang rasa beratttt sangat nak balik sebab seronok dan tak puas berada di Karnival Upin & Ipin ni..







Apa-apa pun, jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Les' Copaque Production kerana menganjurkan Karnival Upin & Ipin ini bersempena cuti sekolah kali ini..Semoga ia menjadi satu pengalaman yang mengujakan dan pastinya ia sesuatu yang luar biasa! betul. betul, betul!


Untuk mendapatkan keterangan lanjut dan gambar-gambar menarik sepanjang karnival ini, jemputlah untuk melayari:



Instagram: https://www.instagram.com/upinipinofficial/?hl


With Love,
FarahGlanzDotCom

You Might Also Like

7 comments

  1. syok ada karnival macam ni kan. parents boleh spend time dengan anak anak

    BalasPadam
  2. best kan karnival upin ipin ni.. bukan anak2 jer teruja.. mak bapak pun teruja hahahah

    BalasPadam
  3. wahh bestnya dapat pergi

    BalasPadam
  4. elok bt time cuti sekolah.. hahaha. syok la emir

    BalasPadam
  5. if i were a kid i would be so excited to be here. hehe

    jmput ke sini

    http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html

    BalasPadam
  6. waaa.. menariknya.. teringin nak pi

    BalasPadam
  7. wahhh kalau dekat dah pergi dah ni

    BalasPadam

Google+ Followers

Like me on Facebook

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping

New Complexion 6 Premium Skin Whitening Dripping
|||| Click Banner For Details ||||